![]() |
| Telur masak masam-masam manis |
- Telur ayam, jumlah ikut suka
- Seulas bawang putih
- Sos cili
- Air
- Gula
Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
![]() |
| Telur masak masam-masam manis |
![]() |
| TELUR PECAH HANCUR MELETOP |
kredit resepi: Aleen Aireish
Menu Jawa pulak la lunch ni..yang ni aku makan ayam ungkep, sambal kering tauhu dan tempe dan sayur goreng telur..resipi boleh tgk dekat link.
saja je nak pesan..untuk sayur tu jgn masak sampai layu ye..hilang kang nutrisi sayur tu...Jemput makan!
Kali ni aku nak share apa yang aku tau pasal telur. Semua org tau telur adalah sumber protein yang bagus sebenarnya. Tapi kadang2 ada gak org tanya bape biji telur boleh makan sehari…Tapi takda la plak org nak tanya bape ketul ayam goreng fast food yg boleh amek dalam sehari…
Telur pun ada telur premium. Bila premium mestila harga mahal sikit dak…macam barang2 branded, mestilah harga mahal kan…pada yang nak jaga sihat, mereka akan berjuang utk itu..aku pun nak jadi salah seorang daripada golongan tu…(moga istiqomah).
Telur selenium yg aku suggest dalam entry aku ada banyak kelebihan. Antaranya ada banyak jenis vitamin. Vitamin B1,B3,B6,B9,B12 dan mineral macam kalsium dan selenium. Apasal plak penting selenium tu? Sebenanya selenium tu diperlukan dalam badan kita dalam kuantiti yg sikit je. Selenium ni sangat membantu badan kita memproses sejenis protein istimewa yang dikenali Enzim Antioksida.
Enzim
ni boleh halang kerosakan sel manusia dan mendorong pertahanan tubuh yang lebih
baik. Kalau kurang selenium, simptom nilah yg kita akan dapat. Otot selalu
lemah, ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita, rambut kerap gugur, kuku
pecah.
Kalau
korang tengok warna kuning dalam telur selenium pun lagi oren terang compare
dengan telur biasa. Aku refer pd telur yg aku beli la ye…Harap membantu…
Kat sini aku senaraikan bahan2 asas yang aku beli. Mungkin membantu korang yang nak sekapal dengan aku ni. Check it out!!
1. Minyak kelapa
Aku beli jenama Medella. Ada lagi jenama lain..korang boleh cari dekat Tesco. Minyak ni aku guna bila aku nak menumis. Memang mahal sikit, tapi ko bukan nak guna banyak pun. Bukan nak buat deep fry pakai minyak ni..so pada aku berbaloi. Aku letak je lah nutrition facts tu. Aku pun x pandai sgt nak explain.. Cuma yg aku tau, badan kita memang perlukan lemak baik. So, kita boleh dapat salah satunya dari penggunaan minyak yang baik..yg trans fat 0g macam ada dalam fakta nutrisi ni. Korang boleh google if nak tau lagi detail pasal trans fat.
2. Olive Oil
Kadang2 aku guna olive oil jugak utk tumis or bila nak bakar2. Bila fefeeling obersea…Olive oil pun ada banyak jenis…yang penting korang kena beli yg ada tulis Best For Roasting & Frying.
3. Extra Virgin Olive Oil
Olive oil ni pun ada banyak brand. Kat Tesco pun
ada..yg ni lebih kepada kalau nak buat dressing salad. Macam omputeh tu ha…jangan
korang letak minyak olive oil utk roasting plak…tak lalu kang nak makan…
4. Beras
Aku ada baca yang beras pun mainkan peranan gak utk sihat.
Yang dicadangkan adalah beras Parboiled atau beras rebus. Beras ni
direbus supaya kulit-kulitnya yang kaya dengan fiber masih lagi dikekalkan dan
vitamin boleh menyerap. So, beras tu akan tinggi khasiat. Kalau untuk kurus,
beras ni bagus sbb GI (glisemiks index) rendah. Yg ni nanti2 la aku citer ek..Kalau nak sihat, makan beras biasa pun ok jer...
5. Garam
Garam putih pun kena tukar dengan garam bukit or
garam laut. Antara sebab yg aku tau gula putih tu dah dilunturkan dengan bahan
kimia. Sbb tu die jadi putih…so dah hilang la nutrisi kat situ. Badan kita pun
perlukan mineral. So salah satu sumber semulajadi adalah dari garam. Korang
boleh cari kat tempat organic di Tesco or malas nak kuar shoppee kan ada…mahal
sikit je dari garam putih yg korang selalu beli tu..tak luak la gaji korang
tu..kata nak sihat!
6. Gula
Next, pemilihan gula. Gula ni banyak sikit
kontroversi. Ada banyak pendapat. Walaupun gula ni lagi better dari gula putih
(sama kes macam garam putih), pengambilan tetap tak boleh dalam kuantiti yang
banyak. Sebab gula pun memang dah sedia ada dalam real food yang kita ambil.
Dalam buah,, sayur…so, sendiri kena control la ye…buat masa skang ni, aku tak
banyak letak gula dalam masakan. If perlukan manis, aku akan gantikan dengan madu…ok
je. Takda la rasa pelik. Tetap manis…tapi tetap xley banyak la yer…
7. Telur
Ini satu lagi yang perlu korang tukar kalau nak lebih sihat.
Sebab jenis telur pun bagi kesan pd badan. Telur ni sumber protein yang sangat
baik tau. Vitamin dan mineral macam kalsium pun ada tau. Nanti2 aku buat entry
pasal telur pulak…yg aku beli ni telur yg ada selenium sbb ada manfaatya..kat
Tesco, Mydin pun ada telur ni…telur kampung organik pun terbaik gak..
Aku rasa ini je dulu yang aku beli..If ada info lain, aku roger korang lain...Selamat makan sihat...