1

2

3

4

Showing posts with label beras. Show all posts
Showing posts with label beras. Show all posts

Cara-cara Bagaimana Hendak Membuang Bubuk Atau Kutu Beras & Mengelakkan Serangga Masuk Ke dalam Bekas Beras Anda

Bawang Putih
Bubuk sebenarnya tidak suka bau-bauan, jadi kerana bau bawang putih yang agak kuat menyebabkan serangga ini tidak suka mendiami bekas beras yang ada bawang putih.

Cili Kering
Jika bekas beras anda sudah dimasuki bubuk, Cuma masukkan cili kering kerana fungsinya sama dengan bawang putih menyebabkan bau kuat selain bersifat panas.

Daun Pudina
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras.

Kayu manis
masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras kerana baunya yang kuat.

Daun Limau Nipis
Letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras kerana sifat asidnya.

Lada Kering
Rempah ini juga menyebabkan bubuk tidak senang dengan baunya, caranya cuma masukkan lada hitam dalam kain, ikatkan seperti bekas sup bunjut, masukkan dalam beras.

Jemur Di Tempat Panas
Masukkan beras ke dalam talam, kemudiannya jemur ditengah panas, menyebabkan bubuk akan melarikan diri kerana suhu meningkat.

Tutup Dengan Kain Lembab
Menggunakan kain basah adalah salah satu cara untuk mengasingkan bubuk kerana, jika beras dimasuki bubuk, tutup bekas beras dengan kain lembab di mana ia akan menyebabkan bubuk berkumpul di kain berkenaan kerana serangga ini sukakan tempat lembab.

BARANG KEPERLUAN ASAS

Kat sini aku senaraikan bahan2 asas yang aku beli. Mungkin membantu korang yang nak sekapal dengan aku ni. Check it out!!

1.  Minyak kelapa

Aku beli jenama Medella. Ada lagi jenama lain..korang boleh cari dekat Tesco. Minyak ni aku guna bila aku nak menumis. Memang mahal sikit, tapi ko bukan nak guna banyak pun. Bukan nak buat deep fry pakai minyak ni..so pada aku berbaloi. Aku letak je lah nutrition facts tu. Aku pun x pandai sgt nak explain.. Cuma yg aku tau, badan kita memang perlukan lemak baik. So, kita boleh dapat salah satunya dari penggunaan minyak yang baik..yg trans fat 0g macam ada dalam fakta nutrisi ni. Korang boleh google if nak tau lagi detail pasal trans fat.


2.  Olive Oil

Kadang2 aku guna olive oil jugak utk tumis or bila nak bakar2. Bila fefeeling obersea…Olive oil pun ada banyak jenis…yang penting korang kena beli yg ada tulis Best For Roasting & Frying. 

3. Extra Virgin Olive Oil

Olive oil ni pun ada banyak brand. Kat Tesco pun ada..yg ni lebih kepada kalau nak buat dressing salad. Macam omputeh tu ha…jangan korang letak minyak olive oil utk roasting plak…tak lalu kang nak makan…

4. Beras

Aku ada baca yang beras pun mainkan peranan gak utk sihat. Yang dicadangkan adalah beras Parboiled atau beras rebus. Beras ni direbus supaya kulit-kulitnya yang kaya dengan fiber masih lagi dikekalkan dan vitamin boleh menyerap. So, beras tu akan tinggi khasiat. Kalau untuk kurus, beras ni bagus sbb GI (glisemiks index) rendah. Yg ni nanti2 la aku citer ek..Kalau nak sihat, makan beras biasa pun ok jer...

5.  Garam

Garam putih pun kena tukar dengan garam bukit or garam laut. Antara sebab yg aku tau gula putih tu dah dilunturkan dengan bahan kimia. Sbb tu die jadi putih…so dah hilang la nutrisi kat situ. Badan kita pun perlukan mineral. So salah satu sumber semulajadi adalah dari garam. Korang boleh cari kat tempat organic di Tesco or malas nak kuar shoppee kan ada…mahal sikit je dari garam putih yg korang selalu beli tu..tak luak la gaji korang tu..kata nak sihat!

6.  Gula

Next, pemilihan gula. Gula ni banyak sikit kontroversi. Ada banyak pendapat. Walaupun gula ni lagi better dari gula putih (sama kes macam garam putih), pengambilan tetap tak boleh dalam kuantiti yang banyak. Sebab gula pun memang dah sedia ada dalam real food yang kita ambil. Dalam buah,, sayur…so, sendiri kena control la ye…buat masa skang ni, aku tak banyak letak gula dalam masakan. If perlukan manis, aku akan gantikan dengan madu…ok je. Takda la rasa pelik. Tetap manis…tapi tetap xley banyak la yer…

7.  Telur

Ini satu lagi yang perlu korang tukar kalau nak lebih sihat. Sebab jenis telur pun bagi kesan pd badan. Telur ni sumber protein yang sangat baik tau. Vitamin dan mineral macam kalsium pun ada tau. Nanti2 aku buat entry pasal telur pulak…yg aku beli ni telur yg ada selenium sbb ada manfaatya..kat Tesco, Mydin pun ada telur ni…telur kampung organik pun terbaik gak..

Aku rasa ini je dulu yang aku beli..If ada info lain, aku roger korang lain...Selamat makan sihat...