1

2

3

4

Showing posts with label pajeri nenas. Show all posts
Showing posts with label pajeri nenas. Show all posts

Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas
Pajeri Nenas

Bahan A:
  • 1 biji nenas, potong kecil (perap dg sedikit gula)
  • Santan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa  
  • Udang hidup
Bahan B: – bahan kisar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering 
Bahan C:
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kari. 
Cara cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah). 
  • Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.
  • Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.
  • Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik.
  • Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas
Pajeri Nenas 

Bahan-bahan: 
  • Nenas
  • Rempah ratus 4 sekawan
  • Santan
  • Serbuk kari
  • Kerisik
  • Lada kering kisar
Bahan yang perlu dikisar:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Lengkuas
Cara caranya : 
  • Panaskan minyak masak.
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau dan garing.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan lada kisar. Tumis sehingga garing.
  • Masukkan serbuk kari dan kerisik. Tumis sehingga kari masak.
  • Masukkan santan dan nenas. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan gula dan garam secukupnya. Jika kuah rasa masam masam manis, kira dah cukup rasa.
Kredit resepi: Fatin Pauzi‎

Resepi Pajeri Nenas Bersama Terung

 

Pajeri Nenas Bersama Terung
Pajeri Nenas Bersama Terung

Bahan:
2 biji terung panjang potong ikut suka
1 biji nenas potong ikut suka
1 biji kelapa @ ambil santan 1liter ikut sukalah nak pekat macamana kita nak
2 sudu makan kerisik sangai ambik daripada sedikit kelapa tadi.

Bahan untuk tumis:
10 biji bawang merah kecil mayang atau hiris
3 ulas bawang putih hiris
Sedikit halia mayang
3 sudu rempah kari bancuh dengan sedikit air
Kulit kayu manis bunga lawang buah pelaga bunga cengkih

Cara membuat:
Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan masuk bawang merah putih halia mayang tadi hingga kuning dan wangi masuk rempah kari kacau rata hingga pecah minyak masuk santan biar mengelegak masuk garam gula air asam jawa untuk seimbangkan rasa biar mendidih masuk kerisik kacau rata kemudian masuk nenas dan terung biar seketika bagi merenih naik minyak bila masak tutup api. Siap selamat mencuba. 

* ada yang suka masuk udang kering pun boleh.

Kredit resepi: Azizah Daud

RESEPI PAJERI NENAS

 

PAJERI NENAS
PAJERI NENAS

Bahan-bahan:

  • rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih dihiris memanjang
  • biji sawi
  • gula sikit
  • garam secukup rasa
  • lada merah/hijau dibelah memanjang (jangan sampai putus)
  • nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:

  • Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
  • Kemudian masuk nenas yang dah siap tos tu, letak gula sikit dan garam secukup rasa.
  • Lepas tu masukkan lada dan biji sawi (masa masuk lada ni tak perlu sampai lunyai pulak, sekadar golek-golekkan dalam kuali tu sikit-sikit).