Showing posts with label makanan laut. Show all posts
Showing posts with label makanan laut. Show all posts

Makan malam di Restoran Nelayan Kuala Juru, Pulau Pinang

Restoran Nelayan Kuala Juru

Restoran Nelayan Kuala Juru
Restoran Nelayan Kuala Juru yang dimiliki oleh Persatuan Nelayan Kuala Juru terletak di Kuala Juru Pulau Pinang. Aku dah 3-4 kali datang makan ke sini. Tapi dalam lama dah la...dalam tahun 2006, 2007 kot rasanya. 2018 ni, tetiba rasa macam nak pegi makan kat situ. Sebab dah terlalu lama tak pegi, ingat dah tak wujud dah la kot restoran nelayan ni. 50-50 gak la nak drive ke situ. Then, aku nekad juga la nak teruskan drive ke situ. Bila dah sampai, tengok Restoran ni masih wujud lagi.Nasib baik ada, ingat dah bungkus hahahaha...tapi restoran famous mana boleh bungkus kan....dah la Kuala Juru ni agak jauh ke dalam sikit...
Restoran ni betul-betul disebelah muara Sungai, tempat jeti nelayan. Ada banyak bot-bot nelayan disitu. Kalau datang petang boleh la menikmati pandangan jeti nelayan sambil makan-makan. Aku datang malam, so tak nampak la jeti tu, gelap.
Nama lain bagi Restoran Nelayan Kuala Juru adalah Juru River Seafood macam dalam menu kat atas tu. Banyak menu makanan di sini terutamanya makanan laut. Maaf gambar menu tak berapa nak clear sangat..
So, daripada list menu tu, aku pilih untuk makan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan tomyam udang.
Siakap tiga rasa

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

Tomyam udang
Kalau korang nak datang ke restoran nelayan kuala juru ni, boleh rujuk map seperti di bawah.
map ke Restoran Nelayan Kuala Juru
Kalau rasa-rasa tengok map kat atas tu pun korang pening, korang boleh guna gps koordiant jer. Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat Restoran Nelayan Kuala Juru : 5°20'25.8"N 100°24'32.4"E atau 5.340510, 100.408987

Makan malam di Idrus Ikan Bakar, Batu Uban Pulau Pinang

Salah satu pilihan untuk makan malam, korang boleh try makan di Idrus ikan bakar ni yang terletak di Batu Ubun Pulau Pinang. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, lepas keluar jambatan, korang kena alert dalam 300-400m ada satu lorong untuk masuk ke Idrus ikan bakar ni. Sebenarnya Idrus ikan bakar ni bersebelah dengan Nurul Ikan Bakar yang aku penah makan dulu. Saja je nak try makan kat Idrus Ikan Bakar ni sebabkan dah selalu sangat makan dekat Nurul Ikan Bakar. Nak ubah selera sikit.

Idrus Ikan Bakar
Idrus Ikan Bakar

Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Oleh sebab ni first time aku nak try makan di Idrus Ikan Bakar, so rasa nak cuba macam-macam mengikut bajet aku la...Mula-mula kena pi pilih dulu makanan laut yang sedar untuk dimasak. Tapi kalau taknak pilih pun ok gak, just bagitau nak makan apa, biar diorang sendiri yang pilihkan. Banyak juga ikan-ikan segar. Aku pilih siakap untuk masak siakap tiga rasa, sotong untuk sotong goreng tepung, ketam untuk ketam masak sambal....
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Selain dari menu makanan laut tu, aku order gak tomyam, sup ayam dan telur dadar. Rasa di Idrus Ikan Bakar ni, kalau nak compare dengan Nurul Ikan Bakar, ada menu yang Nurul Ikan Bakar sedap lagi. Namun ada gak yang sedap kat Idrus ni, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung pun sedap. Berikut adalah gambar-gambar menu yang telah menjadi santapan aku di Idrus Ikan Bakar ni...
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

Siakap tiga rasa
Siakap tiga rasa

ketam masak sambal
ketam masak sambal

tomyam campur
tomyam campur

Sup ayam
Sup ayam

telur dadar
telur dadar
Kepada yang ingin mencuba menu di Idrus Ikan Bakar, tempat ni berhampiran je dengan jambatan Pulau Pinang seperti yang ku dah cakap tadi. Lebih mudah, korang pakai je gps koordinat yang aku sertakan agar korang tak terlepas lorong jalan masuk ke Idrus Ikan Bakar ni. Google map pun dapat bantu korang. Semoga korang dapat cari dan menjamu selera. Harap dapat membantu.

5°21'12.8"N 100°18'41.1"E

Menikmati makan malam hasil laut fresh di Medan Selera Nelayan, Bukit Malut, Kuah, Langkawi

Tempat ni agak tersorok sikit, tapi bila dah sampai tengok orang penuh dalam kedai tu...parking pun penuh. Parking takde parking yang spesifik, korang kena pandai-pandai la ejas...Bila korang dah berjaya menikmati hidangan yang korang order, korang akan merasa sangat-sangat puas...tapi sebelum nak puas tu, ni aku nak story sikit....jeng jeng jeng......
Medan Selera Nelayan Bukit Malut, Kuah Langkawi

Pelanggan menanti hidangan dengan penuh kesabaran
Ok, apa yang perlu korang buat bila dah sampai sini? First korang kena pergi jenguk kat bahagian belakang-tepi kedai tu sebab kat situ la bermulanya segala hidangan makan malam korang hihihi...Kat situ korang tengok cam pasar jual ikan....harus diingat, bukan beli ikan untuk korang bawak balik masak sendiri, tapi korang pilih ikan fresh tu untuk dimasak sebagai hidangan makan malam korang kat situ la....
Ada juga buah-buah untuk hidangan sampingan korang....boleh pilih dan pilih dan pilih lagi......
Pelbagai makanan laut yang fresh sedia untuk dimasak

Siakap sedang menunggu turn untuk ditukar menjadi makaan korang

pilih yang mana berkenan
Daripada hasil pemerhatian aku dengan ikan-ikan fresh ni, dan juga hasil perbincangan mesra dengan bini aku, maka kami secara sebulat suara telah memilih seekor ikan siakap (saiz besar), beberapa ekor sotong dan beberapa ekor siput buluh untuk dikorbankan buat makan malam kami. Untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam kami, setelah mendapat persetujaan dari semua pihak, kami meng'order' menu tambahan iaitu sayur campur dan juga sup ayam yang sempoi terbaik sedap!
pilihan kami yang telah dipersetujui semua pihak
Ikan siakap tu aku pilih buat siakap bakar disertakan dengan sambal. Sotong pada kebiasaannya aku suka dijadikan sebagai hidangan sotong goreng tepung, maka jadi ia sotong goreng tepung. Siput buluh pulak dimasak sambal yang ditambah dengan telur. Hasil daripada request aku tu, terjadi la hidangan seperti di bawah.........
Siakap bakar bersambal

Sotong goreng tepung

Siput buluh masak sambal

Sayur campur

Sup ayam yang super duper sedap
Pasal sup ayam tu, memang terbaiklah...sedap satu hal, ayam dalam tu bukan yang style dipotong dadu yang biasa aku order kat kedai-kedai lain, tapi ayam tu memang ketul ayam...bukan seketul, malah berketul-ketul.....
Pada yang nak datang sini, ataupun korang tengah bercuti di Pulau Langkawi, aku rekomen la untuk korang makan kat Medan Selera Nelayan Bukit Malut ni.....cuma satu je aku nak pesan kat korang....korang kena prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kesabaran menunggu makanan korang siap....penantian satu penyiksaan bak kat muda mudi yang dok bercinta tu...tapi berbaloi tunggu habaq hang!!!!!
Korang boleh guna gps koordinat kat bawah ni or pakai google map yang aku tempek kat bawah ni jugak.......

6°19'10.0"N 99°47'45.4"E