1

2

3

4

Showing posts with label Kampung Baru. Show all posts
Showing posts with label Kampung Baru. Show all posts

Restoran Gerak 23, antara tempat tumpuan makan tengahari di Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23 ni terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur. Waktu tengahari, restoran Gerak 23 memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Ni kira kali kedua aku sampai di Restoran Gerak 23. Kali pertama pada tahun 2018 dan aku pernah post dalam blog aku ni berkenaan Restoran Gerak 23 yang masa kali pertama aku datang sini. Boleh tengah posting tu DISINI.
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar

pilihan masakan/lauk tengahari yang sangaat banyak
pilihan masakan/lauk tengahari yang sangat banyak

dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
Biasanya kalau restoran menyediakan pelbagai jenis masakan dan lauk yang sangat banyak, ia akan menjadi tumpuan dan tarikan untuk orang ramai datang ke restoran tersebut, apatah lagi jika semua masakan tersebut sedap dan menepati citarasa orang ramai. Begitu juga la dengan restoran Gerak 23 ni.... tak hairanlah jika ramai orang memilih untuk makan tengahari di sini.
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal

aku ambil gak keli bakar...surrrr
aku ambil gak keli bakar...surrrr
Style di Restoran Gerak 23, korang beratur pilih makanan, kemudian beratur lagi untuk bayar...kena bayar dulu sebelum makan...lepas tu baru la korang cari meja untuk nak makan..kalau datang peak hours, kena bersabar la sikit nak dapat meja makan...ramai orang beb...

Kalau korang nak datang ke sini, sangat recommended untuk datang... Boleh cari Di Kampung Baru Kuala Lumpur. GPS koordinat dan google map Restoran Gerak 23 adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°09'38.8"N 101°42'09.1"E atau 3.160772, 101.702513

Restoran Kak Som, Kampung Baru KL, makanan pantai timur

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru
Restoran Kak Som Di Kampung Baru Kuala Lumpur ni, kebanyakkan menunya adalah berkonsepkan makanan pantai timur dan makanan ala-thai. Di restoran Kak Som ni ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, megi sup, lokcing, pulut mangga dan sebagainya.

Bagi yang tak biasa dengan menu pantai timur tu, di Kak SOm ni juga ada nasi berlauk, makanan panas gorengan ala thai yang pada kebiasaannya kita selalu makan...

side sini kalau korang nak makan nasi campur
side sini kalau korang nak makan nasi campur

side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
Disebabkan aku baru jer makan tengahari di salah satu restoran di Kampung Baru ni (restoran gerak 23), jadi aku singgah sini just nak makan yang ringan-ringan jer..aku try pulut mangga dan lokcing sosej..
pulut mangga
pulut mangga

lokcing sosej
lokcing sosej
Kepada yang nak try makan di Restoran Kak Som ni, boleh la cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1620429682476257, 101.70480477119331

Pintasan Saloma (Saloma Link), tempat menarik untuk bergambar di Kuala Lumpur

 

Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma (Saloma Link)

Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma (Saloma Link)
Pintasan Saloma atau nama bahasa inggerisnya Saloma Link, adalah satu jejantas yang unik yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC. Masa yang di ambil bagi sesiapa yang berjalan kaki dari KLCC ke pintasan saloma ni adalah lebih kurang 7 ke 10 minit. Di sebelah Kampung Baru, ada terdapat stesen LRT (LRT Kampung Baru). Mananya korang ada 2 pilihan jika dari KLCC untuk ke Kampung Baru, sama ada menaiki LRT turun di stesen LRT Kampung Baru atau berjalan kaki saja melalui pintasan saloma ni.

Senibina pintasan saloma ni berkonsepkan sirih junjung. Pada malam hari ianya nampak sangat cantik dengan  lampu LED yang memberi impak mengikut tema sesuatu festival. Panjang dari hujung ke hujung adalah sepanjang 69 meter manakala panjang keseluruhanya adalah 370 meter.

pemandangan berlatarbelakang KLCC yang cantik
pemandangan berlatarbelakang KLCC yang cantik

bumbung yang cantik dan unik
bumbung yang cantik dan unik

disebelah Kampung baru, ada lift dan tangga untuk ke tingkat atas pintasan saloma
disebelah Kampung baru, ada lift dan tangga untuk ke tingkat atas pintasan saloma
Kebanyakkan orang ramai akan datang pada waktu malam untuk bergambar di atas pintasan saloma ni. Ianya bukan saja berkenaan akan kecantikan pintasan saloma, malahan spot gambar juga akan lebih cantik dengan berlatarbelakangkan menara berkembar KLCC.

Bagi yang belum pernah ke sini, boleh la berkunjung untuk melihat keindahan dan keunikan senibinanya. Sebagai rujukan lokasi, disertakan GPS dan google map sebagai rujukan untuk ke sini.

GPS koordinat: 3°09'39.7"N 101°42'29.9"E atau 3.161039, 101.708308

Makan malam nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Nasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni. Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni....masa tu aku datang sini dalam tahun 2018...boleh tengok posting aku pasal nasi lemak wanjo ni dalam posting aku yang lepas tu (klik sini). Tapi masa tu aku beli bungkus jer..sebab susah nak cari parking😅... Untuk kali ni, aku dah cerdik sikit, aku datang ke Kampung Baru ni, naik LRT jer...senang tak kalut nak cari parking😁😁😁...Jadi, kali ni aku makan terus di restoran Nasi Lemak Wanjo ni.....
pilih makanan di sini
pilih makanan di sini

lauk-lauk wanjo ni maveles oooo
lauk-lauk wanjo ni maveles oooo😋😋😋
Bila korang nak pilih makanan, Wanjo ni dah bahagi siap-siap untuk yang nak bungkus dan makan di restoran...sebelah kiri beratur untuk sesiapa yang nak bungkus dan sebelah kanan untuk yang nak makan terus di restoran...Di Wanjo ni diorang guna konsep bayar dulu baru makan...so lepas dah sette ambil makanan, terus kena bayar di kaunter...
ni dia...nasi lemak wanjo makan malam famili aku
ni dia...nasi lemak wanjo makan malam famili aku😍

yang ni aku punya nasi lemak
yang ni aku punya nasi lemak😘😘😘

nampak sedap tak?
nampak sedap tak?😋😋😜
Untuk pengetahuan korang, Nasi Lemak Wanjo ni beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam...so kalau korang nak makan tengahari nasi lemak pun boleh datang ke sini😜...Bagi aku yang dah 2 kali makan kat sini, nasi lemak di memang padu la...tak hairan la Nasi Lemak Wanjo ni Famous dan ramai yang datang sini.

Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. GPS koordinat dan Google Map Nasi Lemak Wanjo ni, korang boleh rujuk seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.1623592444419715, 101.70441976373134

Makan Malam di Warong Che Senah, kampung baru, Kuala Lumpur

Warong Che Senah, kampung baru
Warong Che Senah, kampung baru

Warong Che Senah, kampung baru
Warong Che Senah, kampung baru
Warong Che Senah di Kampung Baru Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan orang ramai...sentiasa penuh dengan orang..Aku pun first time datang sini..itu pun hasil dari aku mengoggle😂😂😂

Dalam ni sebenarnya ada banyak gerai makanan rupanya...semuanya lain-lain tokey...nak kata macam food court pun ada jugak...cumanya kedai makan utama adalah Warong Che Senah la...Kalau korang sampai je sini dan duduk di meja yang kosong, korang akan diberi dengan pelbagai menu yang semuanya dari lain-lain tokey kedai....banyak gila menu yang nak kena study😅😅😅...

tempat parking berbayar RM5 per entry
tempat parking berbayar RM5 per entry
Satu masalah kalau nak ke Kampung Baru ni, of coz la masalah parking...peritnya nak cari parking hanya driver yang tahu😅...Walaubagaimanapun ada disediakan tempat parking berbayar per entry RM5...Parking agak luas jugak laa...Warong Che Senah ni juga ada sediakan tempat parking, tapi masih kena bayar juga per entry RM5....Cuma yang best Warong Che Senah ni, dapat tengok view KLCC sambil makan....
Menu Warong Che Senah
Menu Warong Che Senah
Di Warong Che Senah ni aku just makan nasi goreng USA dan air bandung soda, manakala bagi gerai yang lain aku try makan indomie serta spaghetti carbonara....
spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

indomie
indomie

air bandung soda
air bandung soda

nasi goreng USA
nasi goreng USA
Sekiranya korang nak datang makan di sini, boleh la cari di Kampung Baru..alamat Warong Che Senah ni adalah no 53, Jalan Raja Mahadi, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dan google map lokasinya.

GPS koordinat: 3.160508040851368, 101.70276943699393

Makan malam di Suraya Nasi Kukus, Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Suraya Nasi Kukus Kampung Baru, Kuala Lumpur
Masuk Kampung Baru, Kuala Lumpur, memang banyak kedai makan di situ. Antara tempat famous yang selalu orang dok sebut-sebut adalah nasi lemak antarabangsa. Boleh tengok posting aku yang lepas pasal nasi lemak antarabangsa ni. Posting kali ni aku nak bagitau korang restoran Suraya Nasi Kukus.
lebih kurang macam ni lah view dalam restoran suraya nasi kukus ni

Di sebabkan nama restoran ni nasi kukus, aku agak makanan tu famous la di restoran ni. Bila masuk je dalam restoran tu, bukan takat nasi kukus je, menu lain pun ada... kalau korang nak makan yang kebiasaan masakan ala-thai yang biasanya ada di restoran lain, di Suraya Nasi Kukus pun ada. Selain tu masakan pantai timur pun ada disediakan. Lagi best, pulut durian dan pulut mangga pun ada dijual di Suraya Nasi Kukus.
antara menu masakan ala-thai yang ada di restoran Suraya Nasi Kukus
Jadi untuk menyempurnakan makan malam aku, aku telah mengoder nasi kukus, pulut mangga dan kerabu megi seperti dalam gambar-gambar di bawah.
nasi kukus ayam goreng

pulut mangga

kerabu megi
Bagi nak datang ke sini, korang kena bertabah dengan masalah parking yang susah nak dapat. Aku hampir-hampir putus asa. At last kena masuk parking yang berbayar jugak. Konon-konon nak jimat taknak masuk parking yang berbayar.... Harga parking kat sini kebiasaannya RM5 per entry. Kepada yang nak makan di sini, aku sertakan untuk korang  gps koordinat dan google map.
 gps koordinat restoran Suraya Nasi Kukus : 3°09'49.7"N 101°42'14.1"E

Makan malam nasi lemak antarabangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur

Nasi lemak antarabangsa Kampung Baru Kuala Lumpur
Nasi lemak antarabangsa Kampung Baru di Kuala Lumpur merupakan nasi lemak famous. Aku first time sampai kesini. Selama ni dengar dari kawan-kawan je dan juga dari blog-blog orang. Tak pasti la tang mana 'antarabangsa' tu... nampak macam warung biasa jer..hihihihi. Masuk ke Kampung Baru ni, masalah nak cari parking memang buat aku stress... rasa macam nak balik je.. Kalau taknak stress cari parking, ada juga parking berbayar. Tapi harga parking mahal nak mampos! RM5 ringgit sekali masuk walaupun ko just nak parking dalam 5 minit je. Tapi aku pejam mata la bayar juga 5 hinggit tu sebab dah nak muntah hijau cari parking tak jumpa-jumpa. Datang jauh-jauh nak kena try la juga nasi lemak famous seantero Malaysia ni...
beratur nak makan nasi lemak antarabangsa ni
Apa yang aku perhati kat sini, ok la rasa nasi lemak ni. Ada pelbagai pilihan lauk pauk. Tempat makan takde la besar sangat. Kalau ramai customer datang, nampak macam pack sangat dalam warung nih. Masa aku datang plak, sorang pekerja, kira level makcik la...tanya toilet kat mana je pun, tapi dia punya jawapan cam sombong gila...husnuzonnn, mabye makcik tu datang bulan...kot la ada bulan lagi kukuikuikui...... Tahap kebersihan pulak aku tengok, boleh dibahaskan lagi... Secara keseluruhan, sebab ramai orang datang, tandanya orang suka la kot makan nasi lemak antarabangsa ni..
nasi lemak habuan aku makan malam
Bagi yang nak memcuba sendiri makan nasi lemak antarabangsa ni, alamat nasi lemak antarabangsa ni, no 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Mula beroperasi pada pukul 5 Petang setiap hari. Selain tu, korang juga boleh guna je gps koordinat dah juga google map seperti di bawah:
gps koordinat Nasi Lemak Kampung Baru : 3°09'44.7"N 101°42'14.5"E

Sarapan pagi di Hassan Roti Canai, Penaga Pulau Pinang

Hassan Roti Canai, Padang Tembusu, Penaga
Jalan-jalan cari makan diteruskan lagi memcari tempat makan yang menarik dan sempoi-sempoi. Pada kali ni aku berkesempatan untuk bersarapan pagi di Hassan Roti Canai yang terletak di Kampung Baru, Penaga, tepi Jalan Permatang Bendahari. Landmark sangat senang nak cari iaitu betul-betul di simpang tiga yang ada signboard Padang Tembusu seperti dalam gambar di atas.
mungkin 'hassan' sedang beraksi
Anak aku makan bertambah roti canai di sini. Sekeping tak cukup. Total roti canai keseluruhan yang aku order adalah sebanyak 6 keping roti canai kosong dan sekeping roti sardin. Semuanya habis lincin sehingga menjilat jari. Bagi aku roti canai Hassan ni sedap la. Pagi-pagi ramai orang datang bersarapan di sini.
feveret minumam teh tarik

roti sardin

roti canai banjir
 Hassan roti canai ni persinggahan aku sebelum ke Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga untuk nak mencuba beli ikan pakai bisik-bisik. Memang laluan aku untuk ke Pasar Bisik tu, terjumpa Hassan Roti Canai ni, terus singgah le...Lokasi gps dan google map seperti di bawah:
GPS Hassan Roti Canai : 5°32'14.2"N 100°22'47.1"E

Makan tengahari di restoran Gerak 23 Kampung Baru Kuala Lumpur


Restoran Gerak 23 Kampung Baru Kuala Lumpur
Kawasan ataupun tempat yang menjadi tumpuan masyarakat kota untuk makan tengahari di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur ni adalah di Kampung Baru.                 Di Kampung Baru terdapat banyak restoran pilihan untuk kita nak menjamu selera tak kira la sama ada nak sarapan ke, makan tengahari ke or nak makan malam. Disebabkan aku datang untuk makan tengahari, jadi tajuk posting aku pun di mulakan dengan makan tengahari....
Pilihan makan tengahari hari kali ni di Kampung Baru adalah Restoran Gerak 23. Sebelum ni aku nak pernah makan di Restoran Gerak 21, juga di Kampung Baru. Di Restoran Gerak 21 pun berkonsep macam Gerak 23 jugak. Aku tak pasti kenapa diorang letak mana 'gerak'...kalau korang tahu jawapan tolong le bagitau iye.....yang gerak 21 korang boleh tengok posting aku yang lepas.
beratur nak ambil nasi
suasana dalam gerak 23
Restoran yang besar dan luas, namun tetap nampak sesak dengan orang ramai yang tak putus-putus datang. Dan macam pergi kenduri kahwin dah aku rasa. Nak ambil makanan pun kena beratur panjang. Tambah-tambah kalau ada rombongan bas singgah, lagi la panjang korang nak beratur. Aku rasa masa nak ambil nasi tu je kot yang buat lambat sikit, masa nak pilih lauk tu ok la sikit sebab kita akan pusing-pusing cari lauk apa yang kita nak sebat....masakan lauk-pauk di restoran gerak 23 ni memang banyak pilihan la....selain tu ikan bakar pun ada, ulam-ulaman pun ada....cuma satu je tak best kat sini, panas beb! tengah-tengah hari pulak tu, dengan orang ramai yang bersesak-sesak lagi....better aku suggest cari tempat yang ada kipas la...itu pun ikut nasib, sebab nak cari meja kosong waktu peak memang susah sikit la. Kat bawah ni ada la aku sempat snap gambar lauk pauk, ulam-ulam dan ikan bakar sebagai gambaran kat korang...At least korang dah boleh imagine dulu tempat ni macam mana sebelum nak terjah ke sini...


pelbagai hidangan lauk pauk

ikan bakar

ulam-ulaman


Boleh la korang nak datang sini kalau nak cuba makan di restoran gerak 23 ni... senang je cari Kampung Baru ni...lepas dah jumpa Kampung Baru, korang pusing-pusing je kat situ, InsyaAllah jumpa...kalau tak dapat cari juga, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map untuk korang senang nak cari.

gps koordinat restoran gerak 23 kampung baru : 3°09'38.7"N 101°42'09.0"E