Showing posts with label makanan pantai timur. Show all posts
Showing posts with label makanan pantai timur. Show all posts

Singgah makan tengahari di Warung Che Bunga, Sungai Buloh, Selangor

Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga, Sungai Buluh

Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga, Sungai Buluh
Warung Che Bunga ni terletak di jalan kampung melayu sungai buloh medan selera, Kampung Melayu Batu 13, Sungai Buloh, Selangor. Kalau drive long distance atas highway utara-selatan dan bosan nak makan di rnr sungai buluh, boleh exit dulu di exit sungai buluh (yang ada hospital sungai buluh). Boleh cari warung che bunga...Tak jauh pun dari exit sungai buluh tu...
beratur di sini untuk ambil makanan dan bayar terus
beratur di sini untuk ambil makanan dan bayar terus

kawasan tempat makan yang luas dan selesa
kawasan tempat makan yang luas dan selesa
Menu warung che bunga ni berkonsepkan makan pantai timur...set-set pantai timur mesti suka kalau datang ke sini. Antara menu yang ada di warung che bunga ni adalah nasi gulai ikan, nasi gulai ayam, nasi khaomok, nasi che bunga, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam percik...
lauk-lauk yang padu...pantai timur style
lauk-lauk yang padu...pantai timur style

pilih lauk nasi kerabu
pilih lauk nasi kerabu
Makan tengahari aku kali ni aku pilih untuk makan nasi che bunga dan nasi kerabu...Macam rare kan nasi che bunga ni, tu yang order tu..mungkin signature dish diorang kot..Kedua-dua yang aku makan memang padu dan sedap...sesuai memang tengah lapar gila nih😅
nasi kerabu
nasi kerabu

nasi che bunga
nasi che bunga
Air pulak aku order teh ais madu buih meleleh....biasa menu teh ais madu ni aku banyak jumpa masa aku jalan-jalan di pantai timur...Sebagai pencuci mulut pulak, aku nak try makan roti sangkaya...
teh ais madu
teh ais madu

roti sangkaya
roti sangkaya
Kepada yang nak try makan di warung che bunga ni, boleh cari di Sungai Buluh. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 3°12'55.9"N 101°34'39.0"E atau 3.215527, 101.577512

Restoran Kak Som, Kampung Baru KL, makanan pantai timur

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru
Restoran Kak Som Di Kampung Baru Kuala Lumpur ni, kebanyakkan menunya adalah berkonsepkan makanan pantai timur dan makanan ala-thai. Di restoran Kak Som ni ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, megi sup, lokcing, pulut mangga dan sebagainya.

Bagi yang tak biasa dengan menu pantai timur tu, di Kak SOm ni juga ada nasi berlauk, makanan panas gorengan ala thai yang pada kebiasaannya kita selalu makan...

side sini kalau korang nak makan nasi campur
side sini kalau korang nak makan nasi campur

side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
Disebabkan aku baru jer makan tengahari di salah satu restoran di Kampung Baru ni (restoran gerak 23), jadi aku singgah sini just nak makan yang ringan-ringan jer..aku try pulut mangga dan lokcing sosej..
pulut mangga
pulut mangga

lokcing sosej
lokcing sosej
Kepada yang nak try makan di Restoran Kak Som ni, boleh la cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1620429682476257, 101.70480477119331

Restoran makanan pantai Timur Anggerik Desa Seberang Jaya kini berwajah baru

Aku pernah  buat posting pasal restoran ni..boleh check kat posting Anggerik Desa..Dulu restoran ni kecil je, sekarang dah besar dan lebih cantik. Sekarang diorang renovate dua kedai jadi satu kedai yang lebih luas dan selesa...Orang yang datang sentiasa penuh, sampai kena tunggu mejo kosong untuk nak makan.
Pandangan depan Restoran Anggerik Desa

lebih luas dan selesa

Pelbagai pilihan makanan
Untuk ke sini, gps koordinat dan google map aku dah share dalam posting ANGGERIK DESA yang lepas. Boleh tengok kat situ.

Restoran makanan pantai timur di Pulau Pinang

Orang kelate, orang ganu....yang duduk diperantauan terutamanya di negeri Pulau Pinang, mesti korang rindu masakan timur...kalau ikutkan jarang ada restoran yang sediakan makanan timur di negeri selain negeri pantai timur...tapi kat seberang jaya, Pulau Pinang ni ada satu restoran yang boleh mengubat rindu masakan timur bagi orang-orang pantai timur ni...Nama restoran ni adalah restoran Anggerik Desa......
Restoran Anggerik Desa - masakan pantai timur dan selera kampung
Banyak makanan pantai timur yang ada kat sini...aku try makan nasi kerabu...memang terbaik la...rasa cam duduk kat kelantan pada waktu dan ketika itu..hihihihi..macam biasa la nasi kerabu ni, korang boleh pilih lauk apa yangkorang nak makan...
Nasi kerabu Anggerik Desa

Pilihan lauk nasi kerabu
Kuih muih berasaskan makanan pantai timur pun ada gak kat sini...selain tu, pelbagai jenis bubur pun ada dijual...segalanya berkonsepkan makanan timur...maka suka sangat la pokcik mokcik abang kakak yang berasal dari kelantan...makanan feveret ada di Pulau Pinang ni....