RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

SAMBAL GORENG JAWA
SAMBAL GORENG JAWA

Bahan Hiris/ Potong:
  • soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecilikan 
  • bilis - di goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong kotak kecil
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering - digunting bentuk kotak dan direndam
Bahan Kisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering/padi
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - direndam terlbih dahulu
Bahan Tambahan:
  • 1/4 cawan asam jawa
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula dan garam secukupnya
Cara Buat Sambal Goreng Jawa:
  • kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. selepas tu goreng tauhu basah, tempe, dan ikan bilis
  • siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. masukan juga bawang besar yang sudah dihiris.
  • masukan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. tetapi sedikit demi sedikit ya. bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.
  • masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. kemudian kacau terus sehingga kering.
  • bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan

No comments:

Post a Comment