Showing posts with label soto. Show all posts
Showing posts with label soto. Show all posts

Warong Wak John, Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, Johor

 

Warong Wak John
Warong Wak John

Warong Wak John
Warong Wak John
Port sarapan aku ketika bermusafir ke Johor. Aku ada urusan sikit di UTHM. Pintu masuk UTHM tu betul-betul bertentangan dengan Warong Wak John ni. Jadi lepas sarapan di Warong Wak John, boleh terus gerak masuk ke UTHM.

Warong Wak John ni buka dari jam 7.30 pagi sehingga ke 2 petang. Hari Jumaat dan Sabtu diorang tutup. Cuti umum pun tutup jugak...apa la wak john tutup kedai cuti-cuti ni😁.

Gambar kat bawah ni adalah menu sarapan yang ada di warong ni.

menu warong wak John
menu warong wak John
Menu sarapan utama di sini adalah lontong, soto, nasi lemak.
teh tarik
teh tarik

soto
soto

lontong sambal
lontong sambal
Jadi kesimpulannya, makanan di sini sedap-sedap belaka. Sangat recommended untuk korang makan di sini. Landmark senang jer, bertentangan dengan pintu masuk UTHM. GPS koordinat dan google map ke warong Wak John adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 1.8519836959998683, 103.08643785498857 atau 1°51'07.4"N 103°05'11.1"E

https://maps.app.goo.gl/HEHTbqTcsVpPF4s87

Bihun soto ayam bakar

Bihun soto ayam bakar
Bihun soto ayam bakar 

Resepi Sup:
  • Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan air
  • Biarkan mendidih
  • Masukkan rempah sup adabi lada hitam 
  • Masukkan kaki ayam
  • Rebus sampai empuk
  • Masukkan kentang carrot daun saderi
  • Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Ayam Bakar:
  • Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
  • Bakar di atas bara api

Suun - digoreng dalam minyak yg panas tapi buka api kecik ja takut hangit

Celur bihun 
  • Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup&bwg..
Sambal kicap
  • Cili api kicap bawang pth air limau gula ajinomoto.. Blender

Kredit resepi: zarazelah othman

RESIPI SOTO YANG SEDAP

Soto
soto

Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan):

  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • bawang merah besar 4 biji (memang kalau banyak lagi sedap)
  • bawang putih 1 ulas
  • buah keras 1 biji
  • ****blend semua bahan di atas
  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nanti
  • serai 2 batang (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • kiub ayam 1
  • akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • air 2 liter/ sejug
*atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto.Rempah soto je boleh dapat kan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

Cara masak:
  • tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  • masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
  • masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  • masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
  • Siap!
Resipi Begedil kentang:
  • ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
  • lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kan kemudian leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • lada sulah
  • garam secukup rasa

*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh sangat. Panas kan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan. Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler