1

2

3

4

Showing posts with label bihun. Show all posts
Showing posts with label bihun. Show all posts

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE

 

BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE
BIHUN GORENG KOSONG SIMPLE

Bahan:
  • 200 gr bihun, rendam hingga lembut dan toskan
  • sawi
  • toge
  • cili merah besar
Bahan Sos:
  • 2 sdm cili giling
  • 2 sdm sos tiram
  • 3 sdm kicap manis
  • 2 sdm cili sos
Bahan Kisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis, rendam dahulu
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling, kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
  • Setelah itu masukkan sedikit air, sos tiram, cili sos, kicap, gula, garam dan seasoning. Masak sehingga sambal terbit minyak.
  • Masukkan carrot, udang, fishcake, fishball jika ada.
  • Kemudian masukkan bihun  jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau rata dan tutup api.
  • Siap! 
kredit resepi: kualihelena

RESEPI MEE HOON STYLE KANTONIS

MEE HOON STYLE KANTONIS
MEE HOON STYLE KANTONIS

Bahan-Bahan:
  • 300 gm bihun
  • 200 gm udang @ secukupnya- sederhana besar
  • dibuang kulit dan kepala tinggalkan ekornya-(boleh
  • juga ditambah sotong, isi ayam, fish ball/cake)
  • cawan kobis bunga - dipotong bunga
  • 1/2 batang lobak merah dihiris serong
  • 4-5 cendawan segar - dihiris nipis
  • 10 biji kacang snow peas
  • 1/4 biji capsicum merah - hiris memanjang
  • 1/4 biji capsicum kuning- hiris memanjang
  • 1/4 biji capsicum hijau - hiris memanjang
  • 5-6 batang putik jagung muda - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris/racik halus
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 kiub ayam korr
  • sedikit garam
  • air secukupnya anggaran 1.5 liter
  • 3 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2
  • cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • minyak untuk mengoreng bihun secukup
Cara:
  • Mula-mula sediakan bihun dahulu dengan memanaskan minyak dalam kuali, gorengkan bihun sedikit-sedikit dahulu, apabila minyak dah panas masukkan lebih kurang secekak bihun dan bila bihun dah kembang terus diangkat dan toskan simpan di bekas kedap Udara sebelum digunakan. Api jangan terlalu besar nanti cepat hangus pula.
  • Sediakan pula untuk kuah kantonis. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan udang, diikuti dengan sos tiram, lada sulah dan kiub pati ayam, masukkan air masak sehingga kuah agak mendidih.
  • Masukkan karot dan bunga kobis, apabila daun sayuran ini agak empuk masukkan sayuran yang lain. masakkan sebentar hingga bahan2 ini masak tak perlu lama-lama. masukkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi, masakkan sehingga kuah agak mendidih dan memekat sedikit padamkan api.
  • Untuk hidangkan bihun, letakkan bihun garing di atas pinggan dan siramkan dengan kuah berserta sayuran dan udang, sedap dimakan panas-panas...
  • Selamat mencuba

Bihun soto ayam bakar

Bihun soto ayam bakar
Bihun soto ayam bakar 

Resepi Sup:
  • Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan air
  • Biarkan mendidih
  • Masukkan rempah sup adabi lada hitam 
  • Masukkan kaki ayam
  • Rebus sampai empuk
  • Masukkan kentang carrot daun saderi
  • Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Ayam Bakar:
  • Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
  • Bakar di atas bara api

Suun - digoreng dalam minyak yg panas tapi buka api kecik ja takut hangit

Celur bihun 
  • Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup&bwg..
Sambal kicap
  • Cili api kicap bawang pth air limau gula ajinomoto.. Blender

Kredit resepi: zarazelah othman

BIHUN GORENG SINGAPORE

BIHUN GORENG SINGAPORE
BIHUN GORENG SINGAPORE 

BAHAN- BAHAN : 
  • 3-4bj bwg merah
  • 5-6bj bwg putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inchi halia
CARA MEMASAK : 
  • Blender lumat bahan yg tadi.
  • kopek kulit udang
  • rendam bihun bagi lembut(400gm)
  • kucai dipotong dalm 4cm (rm1) **jika ada lobak.. hiris halus memanjang Macam kucai. taruk dalam bihun pun lagi sedap. 
  • Dah siap blend
  • Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown
  • Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa
  • Masukkan udang
  • Masukkan bihun yang dah di toskan
  • Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
  • Gaul sehingga sebati dan siap sedia untuk di hidang 

Kredit Resepi : Resepi Ummi

RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE

BIHUN GORENG SINGAPORE
BIHUN GORENG SINGAPORE

Bahan-bahan:
  • 600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
  • 200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
  • 200 gm sotong [dihiris kecil]
  • 200 gm kucai [dipotong pendek]
  • 250 gm kobis [racik halus]
  • 1 batang carrot [disagat ]
  • 1/2 cawan air
  • 3 s/b minyak masak
  • garam secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 1 s/b lada hitam
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Bahan hiasan/tabur;
  • 1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
  • 2 biji cili merah [mayang halus]
Cara memasak;
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

Sumber resepi: araaz media network

Resepi Mee Hoon Goreng San Francisco

Mee Hoon Goreng San Francisco
Mee Hoon Goreng San Francisco 

Bahan bahan:
  • 1 pek bihun - rendam air panas & tos
  • 6 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb ikan bilis - tumbuk kasar
  • Ayam - potong kecil
  • 3 biji telur
  • 1 karot - potong kecil
  • 1 ikat sawi - potong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Garam
Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Tomato - hiris
  • Cili merah - hiris (tak letak)
Cara cara:
  • Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul betul garing, masak dan keluar minyak.
  • Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam. masukkan ikan bilis.
  • Masukkan karot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
  • Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mee hoon supaya ianya bersalut dengan telur.
  • Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu. Akhir sekali, masukkan garam, jika belum masin.
  • Kacau mee hoon rata rata. Apabila mee hoon masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan buah tomato serta cili merah.
Nota:
Mee hoon mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti bihun rebus. 

kredit azie kitchen