1

2

3

4

Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

resepi Twister Ala KFC

Twister Ala KFC
Twister Ala KFC 

BAHAN:
  • Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
  • Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Daun salad secukupnya
  • Tomato – potong dadu  
  • Lobak merah – disagat
  • Timun – disagat
  • Keju – ikut citarasa.
BAHAN PERAP AYAM:
  • Tepung goreng serbaguna
  • Telur – dipukul
  • Bahan perasa
Cara-cara:
  • Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
  • Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
  • Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
Kredit resepi: Mastura Razali

RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC

RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC
 RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC
Bahan Potato Wedges :

● Kentang
● Garam
● Pati Ayam
● Tepung gandum
● Serbuk Lada Hitam

Bahan Sos Cheesy :

● 3-4 sudu makan butter
● 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
● 1 sudu makan tepung gandum
● suku kiub pati ayam
● 6 keping chesse
● sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
● pewarna kuning

Cara-caranya :

  • Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
  • Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.
  • Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.
  • Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).
  • Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
  • Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.
  • Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam

 Peminat-peminat KFC, saja nak bagitau kat hampa semua, kat area Bukit Mertajam ni, antara tempat yang korang boleh jumpa restoran KFC adalah di dalam AEON Mall Alma. Makan dekat dalam AEON Mall nanti kalau dah settle makan bolej lajak pi shopping plak.

set hidangan KFC
set hidangan KFC

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
Kepada yang taktau kat mana AEON Mall Alma ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°19'11.7"N 100°28'40.3"E atau 5.319928, 100.477868

KFC / PIZZA HUT Bertam Kepala Batas KINI DIBUKA!!

Kedudukan yang strategik, keluar tol Bertam, terus boleh nampak KFC ni yang bertentangan dengan TESCO Bertam. Banguan KFC ni berkembar dengan PIZZA HUT...so orang Bertam boleh la datang menikmati PIZZA HUT ni...kat pekan Kepala Batas lama ada gak KFC dan PIZZA ni, cuma sekarang di Bertam ia lebih besar.
KFC dan PIZZA HUT Bertam Kepala Batas

Kaunter order KFC
Makan mana-mana KFC or Pizza hut ni standard lama mana-mana cawangan pun..cuma aku pos kat sini sebab nak habaq kat korang dua fast food ni dah dibuka untuk orang ramai.
Zinger burger

dinner plate + cheese wedges
5°31'01.6"N 100°26'39.2"E