1

2

3

4

Showing posts with label murtabak. Show all posts
Showing posts with label murtabak. Show all posts

RESEPI MURTABAK AYAM KULIT POPIA

MURTABAK AYAM KULIT POPIA
MURTABAK AYAM KULIT POPIA

Sukatan inti ayam ikut sesedap selera

Inti Ayam :
2 labu bwg besar dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bwg putih,ketuk dan cincang halus
1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji
3 keping dada ayam dipotong dadu kecik2)@boleh guna ayam Kisar Ramly
Sebiji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecik2. Rebus empuk dan toskan.
2 sd makan rempah kari daging cap O
2 sd Rempah Kurma cap O @lain2 brand
1/2 sd makan lada hitam biji ditumbuk halus
Garam halus secukup rasa
1 sd makan serbuk Hilal
Sedikit gula
Daun sup dihiris halus secukupnya
Kulit popia
2@3 biji telur@secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jgn cair sgt bancuhan inti lepas disatukan dgn telur

Cara-cara:
**Inti ayam
Tumis bwg besar, bwg putih,lada hitam dan halia.Kacau2 hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan rempah kurma yg dibancuh dgn sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak.
Masukkan ayam,kacau2 hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering.
Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau2 dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam.
Biarkan sejuk .Kemudian campurkan inti dgn telur mentah yg telah dikocok. Kacau rata..

Cara buat Murtabak :
Ambik sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan.
Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dgn sedikit minyak dlm kuali nonstick hingga masak kekuningan.
Masak dgn api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap...sedap dinikmati panas2 bersama kuah jeruk bawang@sos cili. Makan mcm tu pun dah sedap 

**Boleh tambahkan cili serbuk@cili kisar dlm bancuhan rempah utk masak inti ayam. 

Kredit Resepi : Zurina Kifli‎

Makan murtabak cheese di Restoran Bismie Murtabak Cheese House, Bertam Putra Kepala Batas

 

Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Ada port menarik untuk korang layan murtabak di Bertam Putra, Kepala Batas ni. Murtabak yang sempoi dan padu korang boleh makan di Restoran Bismie Murtabak Cheese. Kira murtabak cheese ni diorang punya signature dish la... kalau korang datang sini wajib try yang ni...
murtabak cheese
murtabak cheese
Murtabak cheese yang penuh cheese di dalam murtabak di cicah pula dengan sirap bawang dan kuah dal....kena sepinggan terus boleh kenyang oooo....Ada banyak variasi murtabak ni yan korang boleh try..kalau taknak makan murtabak, korang boleh makan roti canai...sampai ke malam roti canai kat sini ada jual... Selain murtabak cheese ni, aku try gak makan nasi lemak ayam goreng...nasi lemak pun sedap...sambal padu, nasi pun berlemak....
nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

roti canai
roti canai
Ada banyak lagi menu-menu lagi yang ada di sini...korang boleh la nak try...antara menu-menu di Bismie Murtabak Cheese ni, korang boleh tengok dalam list-list menu lat bawah ni yang sempat aku snap gambar....
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Boleh la korang masukkan dalam wish list makanan korang😁😁... Kepada yang nak try murtabak cheese boleh cari restoran ni di Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°31'11.2"N 100°28'50.4"E atau 5.519764654671835, 100.48068049781497

https://maps.app.goo.gl/etTEAT1vHXxcP2789

Resepi inti serbaguna daging blackpaper

inti sebaguna daging blackpaper
inti serbaguna daging blackpaper

Nanti senang korang nak buat popia ke karipap ke murtabak ka... sedap wehhhhh.... πŸ˜πŸ˜‹

Bahan:
  • 1 pkt daging kisar ramly
  • 3 biji kentang-dadu halus
  • 1 pkt kecik rempah kurma adabi
  • 1 biji bwng besar-dadu
  • 3 ulas bwng putih-hiris
  • 1 sudu mkn lada hitam
  • 1 mangkuk daun sup/daun bwng-siap hiris
  • 5 tangkai cili padi-hiris
  • Garam,perasa n sedikit gula
Cara:
  • Tumis bawang putih n bawang besar dadu
  • Masukkan rempah kurma..tumis hingga naik bau..masukkan 2 gelas air
  • Masukkan kentang n daging kisar
  • Masukkan garam,perasa n gula
  • Bila daging n kentang dh empuk..masukkan daun sup/daun bwng dan cili potong..
  • Siap!!!

Selamat Mencuba!

RESEPI MURTABAK MAGGI KARI

 

MURTABAK MAGGI KARI
MURTABAK MAGGI KARI

Bahan-bahan:
  • Maggi Kari 1 bungkus
  • Perencah kari daging Adabi sedikit
  • Telur 2 biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Sosej
  • Daun bawang dan daun sup
Cara-cara:
  • Rebus maggi kemudian toskan- ketepikan dahulu
  • Tumis bawang merah dan putih, kemudian masuk kan perencah kari maggi dan perencah kari daging 1 sudu besar. Tutup api dulu.
  • Dalam bekas lain gaul telur dengan maggi yang dah direbus tadi hingga sebati dan masuk kan bahan tumis tadi.
  • Panaskan minyak masukkan bahan campuran kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan macam goreng telur tu.
  • Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. 
  • Siap untuk di makan.

Kredit tuan punya resepi

House of Murtabak, Bertam Kepala Batas

Biasanya kalau nak makan murtabak, kita akan cari kat pasar malam or pasar pagi or pasar tani. Uniknya murtabak kan..kalau roti canai tak pulak kita jumpa jual kan pasar malam...korang penah jumpa??.....
Tapi kat Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang ni, anytime nak makan murtabak, sila la ke sini....murtabak dalam restoran...menu utama adalah murtabak. Macam-macam jenis murtabak ada kat sini. Boleh pilih yang mana berkenan..
House of Murtabak, Bertam Kepala Batas

Alamat penuh House of Murtabak kat muka depan buku menu
Aku order satu jenis je murtabak ni..murtabak apa ntah aku tak ingat..hihihihi..sedap gak la aku rasa...selain tu aku cuba gak la menu lain yang listed dalam buku menu tu...aku order roti bakar telur goyang...tu je yang aku order..hahaha..(cara explain cam aku order semua)...roti bakar telur goyang tu aku rasa telur dia cam tak cukup goyang la...nasib baik bukan menu utama restoran ni, kalau tak, habis aku pangkah...Tempat ni boleh korang try sebagai alternatif minum-minum petang ke apa ke...ikut suka korang lah...