1

2

3

4

Showing posts with label daging merah. Show all posts
Showing posts with label daging merah. Show all posts

Daging masak merah ala Thai

Daging masak merah ala Thai
Daging masak merah ala Thai 

Bahan-bahan:
  • Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. Rebus 30-35 minit menggunakan api kecil, kalau air kering tambah lagi.
  • Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis
Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar  cili boh 
  • 4 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
  • tambahan: apa-apa sayur kegemaran
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur
  • setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. siap. 

Kredit resepi: aisyah Humairah

RESEPI DAGING MERAH THAI

DAGING MERAH THAI
DAGING MERAH THAI

Bahan:
  • 1kg daging
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit garam

Cara-cara:
  • Rebus bahan diatas sehingga empuk(simpan air rebusan daging untuk kuah)
  • Hiris nipis dan goreng sedikit garing..
  • Angkat dan toskan

Bahan sos:
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 10 biji cili padi diketuk
  • 2 senduk cili kering blender
  • *2 sb sos tiram
  • *2 sb sos tomato
  • *1 sb sos cili
  • *Sedikit sos ikan
  • *Sedikit gula

Bahan Lain:
  • 1 Pokok Daun Ketumbar di hiris kasar
  • 1 Biji Bawang Holland
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi..
  • Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan semua bahan * dan kacau sehingga memekat sedikit..Masukkan daging dan cili padi..Gaul sebati..
  • Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah ini sedikit berkuah
  • Last tabur bawang holland dan daun ketumbar..

Kredit resepi: RASA resepi

Restaurant PrikThai - Bertam Putra Kepala Batas, Pulau Pinang

Resturant ni, masakan yang dimasak ala-ala thai..nama pun prikthai, dah terang-terang ada perkataan 'thai' kat situ..Restaurant ni terletak di Bertam Putra, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku pun first time datang makan kat sini...sedap gak la untuk first aku makan kat prikthai nih..
Restaurant Prikthai - dari luar

Restaurant Prikthai - dari dalam