1

2

3

4

Showing posts with label daging bakar. Show all posts
Showing posts with label daging bakar. Show all posts

Resepi cara-cara buat Daging Bakar

Daging Bakar
Daging Bakar

Bahan-bahan:
  • 2 keping daging batang pinang yg telah dipotong selebar tapak tangan
  • 1 sudu serbuk kunyi
  • Garam secukup rasa
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • serai
Cara menyediakan:
  • Perap daging bersama semua bahan-bahan tadi lebih kurang 2 jam
  • Lepas tu bole la panggang daging tu mengunakan pemanggang ajaib
  • Panggang di atas dapur gas selama 30-40 minit- bergantung kepada ketebalan daging tu
  • Sambil tu kena balik-balikan daging tu
  • Setelah masak bole la dihiris nipis-nipis n dihidang bersama air asam dan nasi panas
Kalau tiada pemanggang ajaib, anda boleh bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 1 jam. Pastikan anda memeriksa daging tersebut agar tidak terlalu masak.

Mudahnya nak buat daging bakar harimau menangis

Daging bakar Harimau Menangis
Korang jangan salah faham ek. Bukan kita nak makan daging harimau, harimau menangis ni adalah daging lembu. 'Harimau Menangis' ni nama glamour jer. Mungkin bila harimau tengok daging ni, sampai boleh menangis kot sebab sedap sangat..hihihi..aku agak la. Daging ni memang sedap. Cara nak buat harimau menangis ni takde la susah sangat. Di sini, aku nak share dengan korang cara-cara penyediaan daging bakar harimau menangis ni. Simple je. Semua orang boleh buat.
daging mesti cari yang ada lemak-lemak sikit
Part yang paling penting sebelum korang start nak buat adalah pemilihan daging yang sesuai. Daging mesti la yang ada lemak-lemak. Lemak-lemak ni la yang menambah sedap harimua menangis yang ber-juicy. Kalau kat pasaraya, korang boleh cari daging bahagian tenderloin. Tapi kalau korang beli kat pasar awan ke, pasar malam ke, minta penjual daging tu pilih daging yang berlemak.
daging yang dah dipotong

sos-sos untuk perapan
Dah dapat daging yang sesuai, kemudian potong daging-daging tu ikut saiz yang sesuai dan letak dalam satu bekas. Untuk perapan, simple je bahan-bahan perap. Macam kat bawah ni:

               Untuk daging 1kg,
                         4 sudu besar cili sos
                         4 sudu besar sos BBQ
                         4 sudu besar sos tiram
                         4 sudu besar sos ikan
                         4 sudu besar gula

semua bahan masuk sekali dalam bekas

siap perap
Dah gaulkan semua bahan tadi, kemudian simpan sekejap untuk biarkan semua bahan tersebut sebati dengan semua daging. Simpan dalam peti sejuk. Tunggu nak bakar je.
tiba masa untuk bakar

dah nak hampir bakar

dah siap bakar
Nak lagi best, bakar dengan arang. Macam aku lambat nak setup dapur grill yang guna arang tu, aku juga pemangang biasa je (diorang panggil pemanggang ajaib) cepat sikit.... Bila dah masak, korang kena tunggu kejap sebelum potong semua daging tu. Bukan makan seketul-seketul ek daging tu. Kena potong dulu.
daging bakar harimau menangis yang dipotong-potong
Haaaaaaaaa dah siap pun daging bakar harimau menangis aku. Nampak sedap kan? korang pun boleh cuba. Simple je step nak buat. Selamat mencuba!!!!

Ayam percik meletop sedap di Restoran Yati Ayam Percik Kota Bharu, Kelantan

Yati Ayam Percik Kota Bharu Kelantan

waktu operasi
Restoran Yati Ayam Percik adalah salah satu restoran yang patut dikunjungi. Restoran ini juga turut menyediakan nasi kerabu dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng kampung, gulai daging kawah, solok lada dan berbagai-bagai lagi.

Hidangan special di kedai ini sudah pasti ayam perciknya yang lembut dan lazat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Waktu operasi Restoran Yati Ayam Percik ni bermula dari pukul 10 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari. Cuma hari Jumaat tutup sekejap antar pukul 1 tenghari hingga pukul 2 petang untuk solat Jumaat.

Jadi misi aku kali ni di Yati Ayam Percik, mesti la nak rasa ayam percik diorang tu yang sering diperkatakan netizen. Bila dah makan tu, baru aku boleh confirmkan yang netizen cakap tu memang betul. Ayam yang lembut dengan sos yang sedap...dan ahkirnya aku terpaksa order lagi sebab tak cukup makan satu jer. Korang boleh jugak makan ayam percik ni dengan nasi kerabu.
ayam percik

ayam percik

boleh makan ayam percik dengan nasi kerabu
Satu lagi menu yang aku suka di sini iaitu daging bakar. Daging bakar yang juicy macam daging bakar harimau menangis. Memang terbaik. Dah la aku ni perminat daging bakar harimau menangis.
daging bakar
List dalam gambar kat bawah ni, antara menu-menu lain yang ada di sini.
list menu dan senarai harga

ayam bakar
Jadi, sekirannya korang dah sampai Kota Bharu, Kelantan, jangan lupa singgah di Restoran Yati Ayam Percik ni. Korang wajib datang dan rasa sendiri keenakkan ayam percik diorang.
Sebagai panduan untuk korang, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang mencari restoran yati ayam percik ni.
gps koordinat : 6°07'41.6"N 102°15'23.0"E atau 6.128210, 102.256388

Daging Bakaq Danok terbaik di Restoran Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Meja makan yang banyak di Iwan Char Koay Teow ni...
Iwan Char Koay Teow ni terletak di Pusat Bandar Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Kalau dari susur keluar tol Bertam, ambil kanan, jumpa simpang empat (ada bank rakyat) belok ke kanan. Korang akan jumpa nanti restoran Iwan Char Koay Teow ni.  Di sini sebenarnya bukan saja jual char koay teow, ada juga menu-menu lain yang menarik. Yang paling aku suka adalah Daging Bakaq Danok yang super duper osem. Sos cicah pun terbaik. Rasa macam makan daging harimau menangis yang juicy dan creamy..yumm yumm yummmm.... 
Lagi satu yang patut korang cuba adalah nasi goreng udang. Aku rasa diorang guna udang galah kot..namapak cam udang galah yang viral rm1 seekor tu... Udang besar banyak ekor jugak la untuk sepinggan nasi goreng udang tu. Selain tu of coz la korang kena cuba char koay teow diorang tu. Tapi tekak aku masih berselera untuk makan Daging Bakaq Danok tu... masing-masing punya selera kan..
Daging Bakaq Danok

nasi goreng udang

char koay teow
Selain tu, aku menambahkan lagi menu sebagai melayan selera lapar aku yang tengah menggila sekarang ni dengan nasi putih set keli dan juga mushroom soup.
nasi set keli goreng

mushroom soup

air bandung dan bandung cincau
Kepada yang berminat nak makan petang di Bertam Kepala Batas, boleh la datang ke Iwan Char Koay Teow ni. Buka petang hingga malam. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang.
gps koordinat : 5°31'00.8"N 100°26'52.1"E   or     5.516875, 100.447806