Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Senarai Pasar Malam Kota Bharu dan di sekitar Kelantan mengikut hari

Terdapat tiga lokasi pasar malam yang dibuka setiap hari di bandar raya Kota Bharu, Kelantan, iaitu 
  1. Pasar Malam Buluh Kubu di Jalan Maahad melalui Jalan Pintu Pong 
  2. Bazar Larut Malam Kota Bharu (Kota Bharu Uptown) di Jalan Parit Dalam di pusat bandar raya
  3. Pasar Larut Malam Wakaf Che Yeh.
Berikut disenaraikan lokasi-lokasi tapak pasar malam di seluruh Kelantan terutamanya di sekitar kawasan Kota Bharu yang boleh korang kunjungi selain yang telah dinyatakan di atas:

Setiap Hari Ahad
  • Berek 12, Kota Bharu (18:00 – 22:00) 
  • Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu 
  • Gunong, Bachok 
  • Cabang Empat, Tumpat 
  • Pekan Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat 
  • Dataran Peladang, Kuala Krai. 
Setiap Hari Isnin
  • Bandar Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu  
  • Padang Tembak, Kota Bharu 
  • Kok Lanas, Kota Bharu (18:00 – 22:00) 
  • Kg. Laut, Tumpat 
  • To’ Uban, Pasir Mas (17:00 – 21:00) 
  • Perupok, Bachok 
  • Pekan Machang 
  • Bukit Sireh, Kuala Krai. 
Setiap Hari Selasa
  1. Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu  
  2. Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu 
  3. Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu (18:00 – 22:00)  
  4. Pekan Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka) 
  5. Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu  
  6. Beris Kubor Besar, Bachok 
  7. Jalan Pintasan Pasir Puteh, Pasir Puteh 
  8. Kota Kubang Labu, Tumpat. 
Setiap Hari Rabu
  • Flat Kg. Sireh, Kota Bharu 
  • Padang Tembak, Kota Bharu  
  • Kg. Kubor Maras (Langgar), Kota Bharu 
  • Kg. Tapang, Kota Bharu (18:00 – 22:00)  
  • Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu 
  • Kg. Mulong, Kota Bharu (17:00 – 22:00) 
  • Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya), Kota Bharu 
  • Jalan Tanjung Baharu (PCB), Kota Bharu 
  • Pekan Peringat, Kota Bharu 
  • Padang KTM, Tumpat 
  • Kg. Morak, Tumpat  
  • Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza Serangkai Mas) (17:00 – 21:00) 
  • Gual Ipoh, Tanah Merah  
  • Pekan Kuala Krai. 
  • Setiap Hari Khamis
  • Kawasan Perindustrian Lundang, Kota Bharu 
  • Pekan Ketereh  
  • Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort, Melor), Kota Bharu 
  • Gunong, Bachok 
  • Pekan Wakaf Bharu, Tumpat (17:00 – 23:00) 
  • Tendong (berhampiran SK Othman Talib II), Pasir Mas 
  • Cabang Tiga Meranti, Pasir Mas 
  • Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai Timur) 
  • Tok Bali, Pasir Puteh 
  • Bandar Baharu Gua Musang (17:00 – 00:00). 
Setiap Hari Jumaat
  • Taman Sri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu 
  • Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas), Kota Bharu 
  • Pekan Melor, Kota Bharu  
  • Pantai Irama, Bachok (17:00 – 22:00) 
  • Kg. Berangan, Tumpat  
  • Kg. Kok Majid, Tumpat 
  • Temangan, Machang. 
Setiap Hari Sabtu
  • Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara), Kota Bharu 
  • Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu 
  • Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu (18:00 – 22:00) 
  • Kg. Kok Pasir, Tumpat 
  • Kg. Telaga Lanas, Tumpat 
  • Kg. Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat (18:00 – 21:00) 
  • Kg. Repek (berhampiran SMK Tiang Chandi), Pasir Mas 
  • Beris Kubor Besar, Bachok 
  • Pekan Kuala Krai 
  • Pekan Pasir Puteh. 

Jalan-jalan ke Muzium Negeri Kelantan di Kota Bahru

Muzium Negeri Kelantan
 Muzium Negeri Kelantan
Bangunan ini telah didirijan dalam tahun 1930an sebagai Pejabat Tanah Kota Bharu. Dalam tahun 1990 pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikan bangunan ini sebagai balai pameran dan pejabat Perbadaran Muzium Negeri Kelantan. Di muzium ini dipamerkan tentang sejarah Negeri Kelantan dan kebudayaan seperti wayang kulit, mak yong dan lain-lain alat muzik traditional secara umum dan satu ruang legar yang khusus untuk pameran sementara yang diadakan dari masa ke semasa. Muzium Negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 6 ogos 1990.
ruang legar pameran
ruang legar pameran
Bagaimana nama Negeri Kelantan diperolehi?😎.... Mengikut cerita masyarakat tempatan, sebelum menjadi negeri, dipanggil oleh orang -orang patani "Klang Tang". Kedua-dua bahasa ini dari perkataan siam iaitu "Klang" bererti tengah dan "Tang bermaksud tempat. Maka jadilah "Klang Tang" itu "tempat tengah" kerana pelayaran orang-orang pattani ke Terengganu terpaksa berhenti di tempat tengah yang menjadi perantaraan antara Pattani dan Terengganu sebagai persingggahan sementara. Ada juga versi lain berkenaan asal usul nama kelantan ini. Boleh baca di Muzium ini

Banyak kisah-kisah sejarah berkenaan Kelantan ada di Muzium ini. Berikut adalah gambar-gambar berkenaan barangan bersejarah yang terdapat di dalam Muzium Kelantan.

peralatan tradisional masyarakat Kelantan
peralatan tradisional masyarakat Kelantan

penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan
penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan

wayang kulit Kelantan
wayang kulit Kelantan

replika Gua Cha
replika Gua Cha

replika Gua Cha
replika Gua Cha
Kepada yang ingin mencari Sejarah berkenaan Negeri Kelantan, boleh la datang ke muzium ini. Disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi jika nak datang sini.

GPS koordinat: 6.1250469922395565, 102.23829840608943

Pasar Siti Khadijah tempat shopping wajib bagi orang luar yang datang ke Kelantan

Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah ni memang tempat wajib singgah la bagi pelancong-pelancong luar Kelantan. Walau pun dah beberapa kali datang ke Kelantan, pasti akan di cari juga Pasar Siti Khadijah ni. Sebab tu la tak hairan kalau cuti sekolah jer atau cuti umum yang panjang, pasti Pasar Siti Khadijah ni akan sesak dengan manusia.. Cabaran nak cari parking tu satu hal la plakπŸ˜…πŸ˜…...(Posting lepas yang aku pernah pergi SINI).................
gerai barangan makanan kering
gerai barangan makanan kering

gerai kain baju

gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
Pasar Siti Khadijah ni tingkat bawah sekali adalah khusus untuk barangan makanan basah dan kering. Sayur-sayur, pasar basah pun dibahagian ini. Di tingkat 1 pula, dikhaskan untuk barangan runcit, keropok, sambal daging, ikan kering, mee kuning, sayur cina, telur manakala di tingkat 2 pula dikhaskan untuk barangan kain/pakaian, periuk dan tembaga...

Sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya yang kaki shoppingπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....

Sebagai rujukan lokasi, disertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6.130018209947443, 102.23926120122914

Minum kopi di Kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan

Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan

Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
Kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
Kafe Kopi Mesin ni banyak aku tengok masa aku kat Kuala Terengganu. Dekat Kota Bharu pun ada gak. Yang aku datang ni, Kafe Kopi Mesin yang terletak di Kota bharu yang beralamat 'Kopi mesin Heritage, No. 2834, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan'. Yang ni lain sikit dari Kafe Kopi Mesin yang lain sebab yang ni satu-satunya Kafe Kopi Mesin yang berkonsepkan 'Heritage'. Sebab tu la ianya dipanggil sebagai Kafe Kopi Mesin Heritage.
kopi mocha dan latte
kopi mocha dan latte

ada juga kek
ada juga kek
Aku just nak minum je datang sini...aku beli kopi mocha dan kopi latte. Kalau korang nak makan pun boleh...ada juga menu makanan..Boleh makan disini. ada 2 tingkat kafe ni. Sambil makan, sambil korang boleh cuci mata dengan barangan heritage yang dipamerkan dalam kafe ni.

Kalau korang nak datang kem Kafe Kopi Heritage ni, boleh try cari seperti alamat yang aku dah bagi kat atas tu..Tapi kalau nak senang, boleh je guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 6°07'37.4"N 102°14'17.3"E atau 6.127043, 102.238140

Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Kota Bharu, Kelantan

Lieniey Nasi Kerabu Tumis
Lieniey Nasi Kerabu Tumis
Nasi Kerabu di kedai makan Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Kota Bharu memang padu dan sedap! Aku tak salah la masuk kedai ni. Tu pun atas bantuan pakcik google...Kedai ni betul-betul tepi jalan utama. Senang nak cari.

beratur panjang untuk sebungkus nasi kerabu
beratur panjang untuk sebungkus nasi kerabuπŸ˜…πŸ˜…
Tengok la orang yang beratur nak makan nasi kerabu ni...kalau tengah-tengah panas, aku pun cabut lari. Ada 2 bahagian beratur ni...satu beratur untuk beli bungkus...Line beratur yang satu lagi untuk yang nak dine in atau nak makan di kedai.... Tapi mengenangkan teringin sangat nak makan, biar lah berhujan panas berembunnn....tak pernahku hiraukannn...asal dapat memenuhiii...segala keinginannnn hatiii.....🎼🎡🎡......kalau korang termenyanyi, kita geng😎😎😎 
banyak juga makanan, nasi dagang pun ada
banyak juga makanan, nasi dagang pun ada

ada juga kuih muih versi kelantan
ada juga kuih muih versi kelantan
Dari kesabaran beratur panjang, kita tiba giliran aku untuk mengoder makanan. Aku pilih 2 bungkus nasi kerabu dan 2 bungkus nasi dagang. Walaupun aku nak makan di kedai jer, tapi tetap menggunakan kertas bungkus bukannya pinggan..mungkin diorang ni malas basuh pinggan kotπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
teh ais madu
teh ais madu

nasi dagang ayam kari
nasi dagang ayam kari

nasi kerabu ikan
nasi kerabu ikan

nasi kerabu ayam bakar
nasi kerabu ayam bakar

2 bungkus nasi dagang, 2 bungkus nasi kerabu dan sepiring daging bakar
2 bungkus nasi dagang, 2 bungkus nasi kerabu dan sepiring daging bakar

daging bakar
daging bakar
Memang sedap...patut la orang ramai datang... lagi layan nasi kerabu dan nasi dagang ni bersama dengan teh ais madu...Recommeded untuk korang nak makan di Lieniey Nasi Kerabu Tumis ni...oleh cari di Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Atau boleh guna GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 6°07'30.1"N 102°15'32.0"E atau 6.125015, 102.258889

Suriani Nasi Kukus, Kota Bharu Kelantan

Suriani Nasi Kukus
Suriani Nasi Kukus

Suriani Nasi Kukus
Suriani Nasi Kukus
Di Kota Bharu ni, aku tercari-cari makanan untuk makan malam. Pusing punya pusing, last sekali terjumpa restoran Nasi kukus Suriani. Restoran Suriani Nasi Kukus ni terletak betul-betul bertentangan dengan hospital Kota Bahru. Restoran suriani juga berada dalam bangunan stadium. Kali ni aku beli bungkus jer..Sebab dah penat nak makan di kedai...nak check in hotel cepat-cepat sikit..nak rehat...Kami sebenarnya dari Kuala Terengganu...jauh perjalanan😴😴😴😴
pelbagai jenis masakan yang ada
pelbagai jenis masakan yang ada

kalau nak makan di kedai pun boleh
kalau nak makan di kedai pun boleh
Sekali tengok macam di nasi kandar plak Suriani Nsi Kukus niπŸ˜‚πŸ˜‚...Tapi semua masakan Suriani Nasi Kukus ni sedap-sedap...Ayam goreng panas-panas...

Kepada sesiapa yang nak try Suriani Nasi Kukus ni, boleh la datang ke Kota Bharu. Aku juga sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke sini.

GSP koordinat: 6°07'29.9"N 102°14'34.8"E atau 6.124975, 102.243010

Sup kepala ikan terbaik Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan

signboard Warung Pak Mat Pokok Pisang dekat simpang jalan
Tempat makan tengahari yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu, Kelantan salah satunya adalah Warung Pak Mat. Warung Pak Mat ni terletak luar sikit dari Bandar Kota Bharu. Walaupun namanya 'warung' tapi sebenarnya Warung Pak Mat ni, bukanlah sekadar warung-warung biasa. Mungkin pada nama warung tapi kalau dah datang, bukan warung sebenarnya.
Kasawan makan warung pak mat
beratur panjang nak order sup kepala ikan
Orang datang ke sini sebab nak makan sup kepala ikan. Sup kepala ikan memang terbaik sedap la... Sup tu bukan sekadar kepala ikan jer, tapi ianya dicampur sekali dengan daging. Dihidangkan dalam mangkuk yang besar, memang puas hati la nak makan. Harga kepala ikan ikut saiz. Untuk saiz yang kecil, harga semasa di antara RM50 - RM85 manakala untuk saiz yang besar harganya diantara RM85 - RM130.
pilih kepala ikan, pastu akan di rencahkan sampai sedap
Nak order sup kepala ikan ni kena beratur panjang...masa aku datang ni agak panjang la jugak...tapi pasti untuk hari-hari yang lain... yang specialnya setiap yang kita order tu, perisanya ataupun bancuhan perasanya dibuat secara berasing ikut order masing-masing. Biasanya kalau kat kedai lain, nak ambil sup, ambil je la kan sebab semua perasa, perisa dah diadun sekali masa nak masak.
Then lepas dah order sup kepala ikan ni, next step korang kena pi ambil nasi...nasi kosong yang diletak timum dan sambal. Pastu makan dengan sup tadi.... memang terbaik sedap! 
Satu lagi yang special di Warung Pak Mat ni, Teh Ais Madu yang buih meleleh...sedap beb...orang tempatan panggil teh beng tarik madu.
Sup kepala ikan + daging
Warung Pak Mat Pulau Pisang ni jugak pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Plat JJCM TV3 korang boleh nampak tergantung dekat kaunter bayar.
kalau nak datang sini, walaupun parking yang disediakan banyak, tapi jika waktu puncak, parking sentiasa penuh...jadi kena bersabar la sikit...Warung Pak Mat Pulau Pisang tutup pada hari Selasa.



teh beng madu (teh ais madu)

nasi kosong+timun+sambal

Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Kepad yang nak datan ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps warung pak mat pulau pisang : 6°10'56.1"N 102°14'47.5"E atau 6.182240, 102.246537

Mesti datang sini, kalau Ke Kota Bharu, Kelantan - Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru
Tak lengkap kalau berjalan-jalan di Kota Bharu Kelantan kalau tak berkunjung ke Pasar Siti Khadijah terutamanya orang dari luar. Orang kelantan mungkin dah biasa. Yang mana duduk dekat-dekat Kota Bharu tu, diorang datang beli barangan basah jer. Barang basah kat tingkat bawah.
Kalau orang luar, biasanya akan ke tingkat atas. Kat tingkat atas, ada jual macam-macam jenis baju. Tapi banyak baju perempuan la...baju laki tak banyak sangat.. Kalau ada pun yang style kain songket or baju batik...
food court pasar siti khadijah

udang besar

mee sup

mee goreng

air soya yang rare
Kalau penat-penat jalan di pasar Siti Khadijah ni, ada food court yang korang boleh makan-makan. Makan kat sini kebanyakannya ada pengaruh masakan Kelantan la....
Parking agak mencabar juga la untuk ke Pasar Siti Khadijah ni...Kena bersabar la sikit...Tapi kalau dah datang jauh-jauh, kena la cari sampai jumpa walaupun terpaksa pusing 2-3 kali..
gps Pasar Siti Khadijah : 6°07'48.2"N 102°14'21.0"E atau 6.130063, 102.239170

Bukan Steak biasa-biasa di KBB Burger & Steak, Kota Bahru Kelantan

KBB Burger & Steak< Kota Bahru, Kelantan

chef tengah masak di dapur yang open

meja makan kat luar pun ada

Alang-alang dan ada kat Kota Bahru ni, mesti kena cari KBB Burger & Steak ni. Dah banyak tempat dah aku try makan makanan barat a.k.a western food ni, tapi kat sini KBB Burger & Steak ni, lain dari yang lain. Cara penyediaannya pun bukan biasa-biasa. Jenis-jenis daging yang ada di sini pun bukan biasa-biasa. Pendek cakap diorang ni memang expert la pasal daging-daging nih.
Kalau korang nak makan steak di sini, rule number 1, korang kena pastikan poket korang tebal. Tebal dengan duit ek, bukan dengan daun-daun. Busuk-busuk pun, korang ada kredit card la as backup. Steak kat sini harga atas RM100 dan yang paling mahal boleh mencecah RM2000... haaaaaa ada berani????
Antara jenis-jenis daging yang ada di KBB Burger & Steak ni adalah seperti berikut:

-Australia Wagyu Ribeye / sirloin
-Australia wagyu Tomahawk
-Japanese Wagyu A5
-Japanese Wagyu Tomahawk
-Japanese Tomahawk
-Angus
-Grainfed
-Grassfed

meh pilih daging...dah siap-siap harga
Kalau nak pilih daging, ada kat dalam peti ais. Setiap pek dagign tu dah tertulis harga supaya korang tak main bedal je order suruh masak...hahahahaha... takde la terkejut sangat kalau dah tahu harga awal-awal kan.
Disebabkan bajet aku tak berapa nak cukup, so kat sini aku makan burger je la...hahahahaha... Burger je murah sikit, dalam belas-belas ringgit.
menu burger

burger

burger

air pun sedoppp
KBB Burger & Steak ni, kalau korang perasan, ada iklan diorang ni dalam facebook. Iklan tu aku tempek kat sini. Tengok video di bawah ni.

Kalau nak tahu apa kelebihan dan keenakan setiap jenis-jenis daging yang ada di KBB Burger & Steak ni, korang boleh tengok video yang kat bawah ni pulak.


Ok dah tengok semua tu, kalau rasa-rasa nak makan steak or burger, boleh la datang ke KBB Burger & Steak Kota Bahru Kelantan. Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang untuk sampai ke sini.
gps koordinat : 6°06'38.5"N 102°14'29.4"E atau 6.110690, 102.241506