1

2

3

4

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

RESEPI UDANG BUTTERMILK

 

UDANG BUTTERMILK
UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan:
  • udang
  • tepung jagung
  • butter
  • bawang puteh
  • daun kari
  • cili padi
  • susu cair
  • garam & gula
Cara-cara:
  • Salutkan udang dgn tepung jgung dan sedikit garam.Goreng hingga masak(jangan lama sangat ye nanti udang keras)
  • Gunakan lebihan minyak goreng udang (buang sikit kalau banyak) masukkan butter & kacau hingga butter cair sepenuhnya.
  • Masukkan bawang puteh,cili padi,daun kari. Masak hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair(kalau nak berkuah,lebihkan susu cair/air) .Perasakan garam dan gula
  • bila kuah mendidih masukkan udang yang dah digoreng tadi & gaul rata. Siap

RESEPI UDANG BAKAR KEJU

UDANG BAKAR KEJU
UDANG BAKAR KEJU

BAHAN-BAHAN:
  • 300gm udang segar
  • 100gm keju mozzarella
  • 50gm keju cheddar
  • 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Herba thyme secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika. 
  • Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang. 
  • Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.  Sedia dinikmati.

RESEPI UDANG NESTUM

UDANG NESTUM
UDANG NESTUM

Bahan-bahan:
  • 20 ekor udang yang agak besar
  • 10 helai daun kari
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji cili api dihiris kasar
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam
  • 1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
  • minyak untuk menggoreng udang
Cara Penyediaan:
  • Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  • Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
  • Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam. Gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. 
  • Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.

Resepi Udang Goreng Nestum

Udang Goreng Nestum
Udang Goreng Nestum

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg udang saiz sederhana
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
  • 2 biji telur putih gred A
  • 2 kiub pati ayam KNORR – dihancurkan
  • 100 gm nestum
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit serbuk lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
  • Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.
  • Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa.
  • Gaulkan sehingga menjadi sebati.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.
  • Siap untuk dihidang.

Resepi Kailan Ikan Masin dan Udang

Kailan Ikan Masin dan Udang
Kailan Ikan Masin dan Udang

Bahan-bahan:
  • Sayur kailan-dipotong
  • 5 ekor udang - buang kulit
  • 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
  • 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
  • 1 biji bawang besar- dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • 3 ulas bawang putih-diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Sedikit air asam limau nipis
  • Sedikit serbuk lada sulah
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
  • Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
  • Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
  • Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.

RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

UDANG MASAK DIRAJA
UDANG MASAK DIRAJA 

1/2kg udang. Udang galah@udang kertas dll boleh je. Make sure yang fresh je. Masa beli tu tengok kalau fresh udang tu berkilat je dan tekan sikit udang. Kalau keras kenyal fresh la tu.

Bahan-bahan dikisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat
Cara-cara:
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping 
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Kredit Resepi : Aryati Sarah

Resepi udang goreng lada bersama ubi kentang

 

Udang goreng lada bersama ubi kentang
Udang goreng lada bersama ubi kentang

Bahan-bahan:
  • Udang setengah kilo
  • 2 biji ubi kentang ( goreng ketepikan)
  • lada hitam 1 sudu besar
  • halia 1 inci
  • Bawang kecik 3 biji
  • (tumbuk ya bahan di atas) 
  • gaul dengan udang masukkan sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit garam..dengan gula
  • Seketul pati ayam knorr
  • Sebiji bawang besar
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah sebiji
  • Sedikit daun bawang
Cara-cara:
Goreng udang sampai garing, kemudian masukkan sedikit air asam jawa. Masak sampai kuah pekat , kemudian Masukkan , ubi kentang ,bawang besar , Cili padi , Cili merah dgn Daun bawang.

Siap boleh dihidangkan