1

2

3

4

Showing posts with label terung goreng berlada. Show all posts
Showing posts with label terung goreng berlada. Show all posts

Terung Goreng Berlada

 

Terung Goreng Berlada
Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan:
  • 5 biji terung (kunyitkan dan garamkan sedikit - goreng dulu sekejap dan jangan sampai layu sangat.. sebab terung mudah empuk)
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Segenggam ikan bilis goreng (untuk tabur atas) - optional
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kering kasar:
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dulu 10 min)
  • 11 biji Cili api merah
  • 5 biji Cili merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 keping kecil hirisan halia
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar
Cara-cara:
  • Panaskan minyak lebihan goreng terung tadi...Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk kasar...
  • Agak-agak dah pecah minyak/garing cilinya, masukkan asam jawa, garam, pati ikan bilis dan sedikit gula... Last baru masukkan terung yang telah digoreng.... Kacau sebati.... Sesuaikan rasa....Siap.... Taburkan ikan bilis goreng kalau suka...Makan dgn nasi panas-panas

kredit resepi: Adnil Sam

RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

TERUNG GORENG BERLADA
TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-Bahan:
  • 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  • 2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
  • 8-10 biji cili merah segar
  • 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
  • Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  • Angkat terung dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  • Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Tips
Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.