1

2

3

4

Showing posts with label taman sedia. Show all posts
Showing posts with label taman sedia. Show all posts

Sarapan pagi di KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands

KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
KHM Strawberry Taman Sedia, Cameron Highlands
Fikir punya fikir nak sarapan di Cameron Highlands kat mana? last-last terus decide nak sarapan di KHM Strawberry yang terletak di Taman Sedia. Aku pernah pergi dulu sini. Boleh rujuk posting aku berkenaan KHM Strawberry DISINI. Tapi aku macam confius sikit kali sebab kenapa macam lain jer๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Dekat sini, benda wajib yang korang kena makan adalah scone. Yang tu penting order dulu๐Ÿ˜... makanan lagi pun ada gak la disini. Aku order nasi lemak ayam goreng berempah, nasi goreng, spagetthi bolognese. Minum ofcoz la kena minum teh.

nasi goreng
nasi goreng

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

teh o
teh o

spaghetti bolognese
spaghetti bolognese

scone
scone
Sapa-sapa yang nak datang ke KHM Strawberry ni, boleh cari di Taman Sedia. Korang juga boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°28'44.6"N 101°22'46.7"E atau 4.479045, 101.379648

Nasi Lemak Abang Strawberry Cameron Highland jadi tumpuan orang ramai

 

Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry ni memang menjadi tumpuan orang ramai kalau ke Cameron Highland ni. Kira tempat wajib la. Abang Strawberry ni terletak di Kampung Taman Sedia, Cameron Highland. Aku dah pernah review dah Abang Strawberry ni pada 2019 lalu. Boleh tengok posting tu kat SINI. Kali ni aku datang 2022, ada kelainan sikit dari yang lepas. Jadi aku update la sikit apa yang diorang dah improve tu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
di bahagian belakang dah ada kabin untuk krew masak
di bahagian belakang dah ada kabin untuk krew masak๐Ÿ’ช

orang ramai sedang menanti order sampai
orang ramai sedang menanti order sampai
Selain kabin kontena yang colorful tu, diorang juga dah upgrade sistem order. Sekarang ni bila korang datang jer. terus duduk kat meja dan order terus. Takan ada orang datang dah ambil order sebab sistem order sekarang, korang kena scan QR code yang dah dilekat atas meja tu. nanti terus keluar menu dan order terus dari situ. Tapi kena ingat, bila korang dah order, jangan tukar meja plak, nanti korang mungkin takkan dapat apa yang korang dah order tu sebab pelayan dah confius kat mana korang dah tukar meja. Sebab setiap QR code tu dah lock dengan meja yang korang order.
order pakai sistem QR code
order pakai sistem QR code
Lagi satu yang aku perasan perubahan dari yang lepas aku datang sini adalah dari segi makanan yang di order tu dah tak pakai pinggan. Diorang pakai kotak kertas je. Mungkin senang nak handle. Tak payah basuh, terus buang jer๐Ÿ˜๐Ÿ˜... Tapi cantik gak la design kotak tu. Gambar kat bawah ni, aku order nasi lemak abang strawberry, korang tengok packaging design tu, cantik kan?๐Ÿ˜
Air strawberry Abang Starwberry
Air strawberry Abang Starwberry

Nasi Lemak Abang Strawberry
Nasi Lemak Abang Strawberry

packaging design yang osemm
packaging design yang osemm๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Sambil makan tu, korang boleh la menikmati straberry farm kat sebelah tu, kalau musin ada buah, korang boleh pi petik sendiri, tapi kena bayar la ek,bukan ambil free jer๐Ÿ˜…
ladang strawberry dalam restoran Abang Strawberry
ladang strawberry dalam restoran Abang Strawberry
Boleh la korang nak datang sini kalau ke Cameron Highland. Tapi nak cari parking agak mencabar la sikit kalau korang datang waktu cuti sekolah atau cuti perayaan ke, sebab orang terlampau ramai.

Di sini aku sertakan macam biasa gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°28'43.7"N 101°22'54.0"E atau 4.478794, 101.381677


Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands
Tiny Boutique Cafe, piza kayu api di Cameron Highlands

 Menikmati rasa strawberi coklat, scones, jagung mutiara dan nasi lemak strawberi adalah antara menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands.

 Selain itu, ada satu lagi menu yang perlu dimasukkan dalam senarai menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands iaitu mencuba piza kayu api di Tiny Boutique Cafe di Kampung Taman Sedia. 

Apa yang menariknya? piza berkenaan dibakar secara tradisional menggunakan ketuhar kayu api. Hanya terdapat di Cameron Highlands sahaja.

Konsep ini sangat authentic di mana ianya mengikut penyediaan asal piza di Itali di mana asas untuk membuat piza secara tradisional iaitu kayu, api dan piza.

Pemilik Tiny Boutique Cafe menggunakan kayu berkualiti iaitu daripada kayu pokok pine yang sudah kering. Kayu ini menghasilkan bau asap yang berbeza dan membuatkan rasa piza lebih sedap.

menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api
menyediakan piza sebelum dibakar menggunakan dapur kayu api

Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali
Dapur kayu api untuk bakar piza seperti restoran piza di Itali

 Perbezaan bakar piza antara dapur kayu dengan ketuhar biasa adalah ketuhar tidak dapat mencapai suhu yang tinggi menyebabkan ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk masak menyebabkan piza kering dan rasanya hilang.

Manakal dapur kayu api dengan suhu antara 400 hingga 500 darjah Celsius, piza akan masak kurang dua minit tanpa merosakkan rasa piza tersebut. Cabaran  dapur kayu api adalah kayu terpaksa dibakar 2 jam awal untuk dapatkan suhu yang sesuai sebelum memulakan operasi.

ruang dalam Tiny Boutique Cafe
ruang dalam Tiny Boutique Cafe




    Ada beberapa jenis perisa piza yang          boleh dipilih. Juga terdapat pilihan            menu dessert sebagai menu tambahan      selain piza. Boleh rujuk dalam menu        seperti di bawah.
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 2
Tiny Boutique Cafe, menu 1
Tiny Boutique Cafe, menu 1












Untuk menu pilhan yang aku nak makan di Tiny Boutque Cafe ni, aku pilih untuk makan piza beef pepperoni, kopi panas dan strawberry smoothie milkshake.

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

satu slide piza beef pepperoni
satu slide piza beef pepperoni

piza beef pepperoni
piza beef pepperoni

kopi panas
kopi panas

strawberry smoothie milkshake
strawberry smoothie milkshake
Bagi yang nak merasai piza kayu api pertama di Malaysia, boleh la datang ke Tiny Boutique Cafe yang terletak di Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang. Rasai sendiri keenakan rasa piza dari dapur kayu api persis original piza dari Itali.

Sebagai panduan lokasi Tiny Boutique Cafe, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan ke sini.

GPS koordinat : 4°28'45.6"N 101°22'50.8"E atau 4.479325, 101.380790