1

2

3

4

Showing posts with label pulut mangga. Show all posts
Showing posts with label pulut mangga. Show all posts

Resepi Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand
Pulut Mangga Thailand

BAHAN-BAHAN:
  • 400gm beras pulut
  • 400ml santan
  • 100gm gula perang atau gula Melaka
  • 2 biji mangga ranum
CARA MEMBUAT:
  • Rendamkan beras pulut semalaman. Kemudian bersihkan seperti biasa. Isikan periuk dengan air sejuk dan masukkan beras pulut. 
  • Tanak di atas api kecil sehingga air diserap oleh beras. Dalam periuk lain, kacaukan santan bersama  garam dan gula di atas api sederhana. Biarkan mendidih dan tutup api. 
  • Bahagikan santan kepada dua bahagian. Kemudian ambil beras pulut dan tuangkan ke dalam separuh daripada santan masak tadi. Sejukkan kedua-duanya. 
  • Ambil sedikit beras pulut dan tuangkan kuah santan ke dalam bekas bersama mangga ranum untuk dinikmati.

Pak yeop corner pulut durian, Terong Perak

Tetiba rasa teringin nak makan pulut durian. On da way, aku dari lumut ke Changkat Jering, lalu dekat Terong, sebelah kiri jalan ternampak Pak Yeop pulut durian ni, so aku pun singgah la untuk makan pulut durian tu...Tapi nasib malang aku sebab waktu aku sampai pulut durian dah takde...yang ada cuma pulut mangga. Alang-alang dah berhenti, layan la jugak pulut mangga ni...
Pak yeop pulut durian, Terong Perak

pulut durian, RM8 ringgit sepinggan
Sekali dengan pulut mangga, aku layan la jugak cendol pulut dan cendol jagung habuan nak sejukkan tekak petang-petang. Kalau nak cendol sempoi terbaik boleh layan di dua tempat di Taiping iaitu Bismillah cendol dan Ansari cendol. Aku akan kembali ke Pak yeop corner pulut durian ni untuk cari jugak pulut durian..hihihi..Pak yeop, tunggu aku datang!!
Pulut mangga

cendol pulut

cendol jagung
Lokasi Pak Yeop Corner Pulut Durian ni terletak di Terong, Perak. Dekat tepi jalan, ada selekoh sikit..kadang-kadang tak perasan. Paling senang guna gps koordiant kat bawah ni...

4°44'51.2"N 100°43'04.9"E

Jom pekena pulut durian di Awi Pulut Durian, Alor Setar Kedah

Memang terbaik bro...tapi masa aku datang sini, bukan musim durian, makanya tak dapat la nak rasa pulut durian tu...tapi apapun, supaya tidak menghampakan aku dan famili aku, kami pun try la order pulut mangga...perghh, terbaik lah...untuk pengetahuan korang, bukan pulut durian je yang ada kat sini, ada macam-macam lagi menu pulut ni cam dalam gambar kat bawah tu...cuma pulut durian, ikut musim la...kena korang datang waktu musim durian, memang rezeki korang la....
Awi Pulut Durian, Alor Setar Kedah

Senarai menu dah harga Awi Pulut Durian
Cam aku cakap tadi, aku try makan pulut mangga kat sini...aku siap order tapau aka bungkus nak makan kat hotel. Sedap beb...ni gambar yang aku snap pulut mangga tu....

Makan tengahari di Bazar Padang Besar, Perlis

Haaa...dah sampai pun Bazar Padang Besar, Perlis. Nak pi cuci mata shopping aka window shopping sebab bajet tak berapa nak elok bulan ni..Banyak jual baju-baju je aku tengok...sekali-sekali terserempak dengan orang jual mainan...terjumpa je, ada drama anak-anak buat...drama nak mainan, hahahaha..beli la jugak yang murah-murah...Dah penat berjalan, kitorang cari la kedai makan kat situ...nak keluar tempat lain, kalau nak masuk balik kena bayar tol parking...so cari je lah kat dalam-dalam ni...Kat belah hujung tu ada gak la deretan kedai makan...memang ramai orang la..sebab kawasan tumpuan kan...kena sabar tunggu orang lain habis makan..sebab meja tak cukup nak menampung pengunjung yang ramai...Sebab Padang Besar ni dah sempadan dengan Thailand, korang mesti try tomyam...ala-ala Thai or tak pun angin Thai boleh sampai kat korang..hihihihi...
Antara menu yang ada kat salah satu gerai makan

Tomyam