Showing posts with label kuey teow goreng. Show all posts
Showing posts with label kuey teow goreng. Show all posts

Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Kuey Teow Goreng Basah
Kuey Teow Goreng Basah

Tumis:
2 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji cili

Dah garing sikit, masukkan:
2 sudu cili boh

Tumis seketika, kemudian masukkan:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis

Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)

Masukkan 2 cawan air

Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan:
1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

Masukkan:
1 bungkus kuey teow
Segenggam taugeh
Sedikit hirisan daun kucai

Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa

Kacau rata, siap!

Kredit resepi: raffieyusoff via ibu resepi

Resepi Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng
Kuey Teow Goreng

Bahan kisar:
  • 15 ulas Cili api merah @ cili kering (atau cili api merah + 1sdb cili giling adabi)
  • 3 - 4 ulas Bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Bahan A:
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Isi ayam
  • Udang
  • 2sdb Kicap pekat manis abc
  • 2sdb Sos tiram
  • 2sdb Sos tomato
  • 5sdb Sos cili
  • Kicap cair manis kipas udang - sukatan ikut kehitaman mee ya
  • Hirisan cili merah
Bahan B:
  • Kuey teow 1kg
  • Tauge & kucai 
Cara-cara:
  • tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan bahan A & last bahan B..
Kredit resepi: Ziera Xiera  

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE 

Bahan-bahan:
(A)
  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
  • 5-7 ulas bawang putih - cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • minyak secukupnya untuk menumis
(C)
  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
  • 1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
  • 1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka 
Cara:
  • Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  • Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
  • Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Credit: sue

Kuey Teow Goreng Doli Taiping, Perak

Kuey Teow Goreng Doli terletak di Taiping Perak. Memang famous kat Taiping ni..Dulu-dulu kuey teow doli ni boleh dapat kat pasar malam sekitar Taiping ni..Asal restoran ni pun dari perniagan diorang kat warung kecil je, pastu sekarang dah maju..siap ada restoran lagi...Restoran ni buka setiap hari kecuali Jumaat bermula dari 11 pagi hingga 11.30 malam..
Bahagian depan restoran Kuey Teow Goreng Doli

Bahagian dalam restoran Kuey Teow Goreng Doli