Showing posts with label keropok lekor. Show all posts
Showing posts with label keropok lekor. Show all posts

Resepi pencicah keropok lekor

pencicah keropok lekor
pencicah keropok lekor

Bahan-bahan:
  • 1 jug air asam jawa (jangan pekat sangat nanti masam kuat sangat)
  • 3 keping nise
  • 1 plastik ciliboh (anggaran 1/2kg)
  • gula pasir secukup rasa
  • 3 sb bancuhan tepung jagung
Cara-cara:
Campur semua sekali dalam periuk. Kacau hingga pekat. Siap. Senang je kan..

kredit resepi: tuan empunya resepi

Keropok Mengabang Tapah, Kampung Pantai Merang, Setiu, Terengganu

Keropok Mengabang Tapah
Keropok Mengabang Tapah
Keropok Mengabang Tapah ni memang tempat tumpuan orang ramai untuk beli keropok lekor. Kedai ni terletak di Kampung Pantai Merang, Setiu Terengganu. kalau wrong timing, kena beratur panjang la kalau nak beli keropok di sini. Jenis-jenis keropok dan harga setiap keropok, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
senarai jenis dan harga keropok
senarai jenis dan harga keropok
Perjalanan aku nak balik masih jauh..lagipun aku nak singgah bermalam dulu di Kota Bharu. Jadi aku decide untuk tak beli la keropok lekor yang tak masak lagi...takut rosak tengah jalan, tak sempat nak bawa balik rumah. Aku just beli keropok goreng tanpa rebus je untuk makan kudap-kudapan dalam kereta. Memang betul sedap arrrrπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
keropok goreng
keropok goreng
GPS koordinat Keropok Mengabang Tapah: 5°31'45.1"N 102°57'27.2"E atau 5.529196, 102.957559




 

RESEPI KEROPOK LEKOR CHEESE

KEROPOK LEKOR CHEESE
KEROPOK LEKOR CHEESE

Keropok lekor sebenarnya mudah untuk disediakan dan ringkas sahaja cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g isi ikan(dikisar/dihancurkan)
  • 230g tepung sagu/ubi kentang/ubi kayu
  • 20g tepung jagung
  • 2 sudu besar garam & 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • Air (dimasukkan sekadar membolehkan doh keropok dibentuk)
  • Boleh juga dimasukkan bahan perisa lain mengikut cita rasa anda.
  • cheese
Cara-cara membuat doh keropok lekor:
  • Campurkan tepung sagu& jagung dalam satu bekas dan gaul rata.(bukan bekas isi ikan)
  • Masukkan gula ke dalam isi ikan dan gaul sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sehingga rata.
  • Tuang sedikit air, kemudian masukkan tepung yang dah digaul tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  • Campurkan air secukupnya dalam bancuhan sehingga semua bahan sebati & menjadi doh.(Hati-hati,masukkan air jangan terlalu sedikit,keras nanti keropok tu.Atau terlalu banyak susah nak bentuk kepok nanti)
  • Siap doh,rehatkan dalam 5minit & terus bentuk ikut bentuk yang dimahukan. Jangan Lupa Masukkan cheese. 
  • Selesai bentuk keropok lekor, rebus dalam air panas mendidih selama 5-10minit atau sehingga keropok lekor timbul diperkaan air&kembang.
  • Siap angkat keropok rebus tadi & boleh dihidangkan…….Nak goreng terus doh tadi tak rebus pun boleh Atau rebus kemudian goreng juga boleh ikut kesukaan masing-masing….
SELAMAT MENCUBA…

Pak Su Keropok Losong, Kuala Terengganu

Pak SU Keropok Losong, Kuala Terengganu
Nak cari keropok losong di Kuala Terengganu, boleh la cari Pak Su Keropok Losong. Ada banyak sebenarnya Pak Su Keropok Losong di Kuala Terengganu ni. Gambar kat atas tu adalah salah satu kedai Pak Su Keropok Losong di Kuala Terengganu ni.
pekerja-pekerja sedang buat keropok
Ada banyak pilihan keropok di sini. Boleh la korang membeli belah keropok-keropok.......



Tempat proses keropok lekor Dynar Lekor, Kuala Terengganu

kedai keropok lekor - Dynar Lekor Kuala Terengganu
Dynar Lekor
Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman,
Kampung Bukit Tok Beng
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Dynar Lekor ni diorang proses sendiri keropok lekor then terus jual kepada customer. Kalau datang ke Kuala Terengganu ni, tempat ni wajib korang kena singgah untuk beli keropok lekor. Selain keropok lekor, keropok keping pun ada di sini. So, boleh borong sekali. Rugi la tak beli keropok lekor ni terutama orang luar Terengganu. Orang terengganu mungkin dah biasa sebab makanan tradisi diorang kan....
kayu api untuk masak/rebus keropok lekor

ada banyak periuk besar yang tengah masak/rebus keropok lekor
keropok lekor di proses mengunakan kaedah dapur tradisional bagi mengekalkan keaslian rasa keropok lekor terengganu. Korang boleh tengok keropok lekor di rebus menggunakan dapur kayu api yang banyak dengan periuk besar. Api yang marak dan sekata nyalaannya boleh dilihat oleh semua pelanggan yang datang.
keropok lekor yang dah siap dimasak, boleh makan di kedai

Kalau ramai orang, kena ambil nombor giliran dulu

banyak juga pilihan keropok keping
Selain beli untuk bawa balik, ada juga disediakan cafe untuk korang makan terus di situ. Dimasak panas-panas, terus makan...memang rasa fresh la...Korang kena beli dan makan juga di situ...baru feel makan keropok lekor kuala terengganu.
Kepada yang datang ke Kuala Terengganu dan mencari Dynar Lekor ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°21'23.4"N 103°07'09.2"E atau 5.356511, 103.119209