Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

RESEPI KEK LAPIS CHEESE

kek lapis cheese
kek lapis cheese

Bahan-bahan :
  • 20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
  • 1 cawan susu segar
  • 250g cream cheese
  • 100g whipping cream non-dairy
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu besar gelatin halal
  • 50 ml air panas
Cara Membuatnya:
  • Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
  • Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  • Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  • Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
  • Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
  • Bekukan dalam 1-2 jam sebelum makan 

Resepi Greentea Cheese Meleleh

Greentea Cheese Meleleh
Greentea Cheese Meleleh 

Bahan-bahan A:
  • 1sb serbuk greentea flavour
  • sedikit air suam
  • satukan dan kacau larut
bahan di ayak:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikar bonat
  • 1sk cream off tartar
bahan di mix gebu C:
  • 8 biji telur
  • 1 cawan 1/2 gula halus(180g)
  • 1sb ovalate
  • bancuhan green tea td
  • pewarna hijau epal sedikit
  • mix sampai gebu
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • dah sebati masukkan minyak masak
  • 1/2 cawan (180g)
  • dah sebati matikan mixer
  • kacau guna tangan 
  • panas kan pengukus
  • masuk dalam bekas sq 450
  • kukus 10 minit api besar
  • dah masak terbalikkan kek
topping:
  • 1sb green tea bancuh sikit dengan air suam
  • 500g cream cheese
  • 2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan whiping dairy
  • 1/2 cawan susu segar
  • blender semua kecuali green tea
  • campur kan sedikit cheese dalam green tea untuk corak
  • letak sedikit pewarne hijau
  • tuang cheese atas kek dan tuang greentea untuk hiasan
Kredit: azlina ina

NASTAR KEJU/TAT NENAS CHEESE

NASTAR KEJU/TAT NENAS CHEESE
NASTAR KEJU/TAT NENAS CHEESE

bahan-bahan:
  • 200g buttercup
  • 50g gula halus/gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb susu cair
  • 350g Tepung Gandum (kalau lembik sangat tambah sedikit tepung)
  • Sedikit garam (optional)
Bahan sapu:
  • 2 biji kuning telur
  • Cheese parut (cheddar)
Cara:
  • Pukul butter & gula sekejap
  • Masukkan telur & esen vanila
  • Campurkan susu cair & tepung jagung
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
  • Ambil sedikit adunan, leperkan & masukkan inti nenas. Bentukkan menjadi bebola
  • Sapu atas kuning telur & tabur cheese secukpnya
  • Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit/sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA

bakar dulu lebih kurang 10 minit. Biarkan sejuk baru sapu kuning telur & tabur cheese. 
Ranggup, gebu & lembut

Kredit Resepi: wan jaa

RESEPI KEROPOK LEKOR CHEESE

KEROPOK LEKOR CHEESE
KEROPOK LEKOR CHEESE

Keropok lekor sebenarnya mudah untuk disediakan dan ringkas sahaja cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g isi ikan(dikisar/dihancurkan)
  • 230g tepung sagu/ubi kentang/ubi kayu
  • 20g tepung jagung
  • 2 sudu besar garam & 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • Air (dimasukkan sekadar membolehkan doh keropok dibentuk)
  • Boleh juga dimasukkan bahan perisa lain mengikut cita rasa anda.
  • cheese
Cara-cara membuat doh keropok lekor:
  • Campurkan tepung sagu& jagung dalam satu bekas dan gaul rata.(bukan bekas isi ikan)
  • Masukkan gula ke dalam isi ikan dan gaul sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sehingga rata.
  • Tuang sedikit air, kemudian masukkan tepung yang dah digaul tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  • Campurkan air secukupnya dalam bancuhan sehingga semua bahan sebati & menjadi doh.(Hati-hati,masukkan air jangan terlalu sedikit,keras nanti keropok tu.Atau terlalu banyak susah nak bentuk kepok nanti)
  • Siap doh,rehatkan dalam 5minit & terus bentuk ikut bentuk yang dimahukan. Jangan Lupa Masukkan cheese. 
  • Selesai bentuk keropok lekor, rebus dalam air panas mendidih selama 5-10minit atau sehingga keropok lekor timbul diperkaan air&kembang.
  • Siap angkat keropok rebus tadi & boleh dihidangkan…….Nak goreng terus doh tadi tak rebus pun boleh Atau rebus kemudian goreng juga boleh ikut kesukaan masing-masing….
SELAMAT MENCUBA…

RESEPI ROTI GULUNG CHEESE KOSONG

Bahan-bahan:

6 keping Roti
Segenggam Cheese Cheddar Shredded
1 biji Telur
Secubit Garam Himalaya
Secubit Ajinomoto
Segenggam Panko Breadcumbs

Cara-cara:

1. Potong tepi roti.
2. Leperkan roti di tengah. Biar tinggal sikit di hujung untuk kita kepit nanti
3. Letak cheese dan gulung
4. Kepit kedua-dua hujung roti
5. Pukul sebati Telur, Garam & Ajinomoto
6. Celup roti dalam telur & roll dalam breadcrumbs
7. Panaskan minyak & goreng hingga keemasan
8. Makan panas-panas memang layan 

Kredit: MinSha