1

2

3

4

Showing posts with label cornflakes. Show all posts
Showing posts with label cornflakes. Show all posts

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

 

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Selamat mencuba😋

Nestle Breakfast Cereals Malaysia

kredit resepi: dapurciktom

Resepi biskut cornflakes raya

biskut cornflakes raya
biskut cornflakes raya

Bahan-Bahan:
  • Cornflakes 1 kotak
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau mixed fruit
  • hirisan badam
  • paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  • Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)
  • Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  • Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam
  • Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. 
(jangan sampai hangus sudah)