1

2

3

4

Showing posts with label bawal goreng. Show all posts
Showing posts with label bawal goreng. Show all posts

Makan tengahari di restoran Mie Langgar, Alor Setar

Restoran Mie Langgar

Gambar depan restoran Mie Langgar (ihsan dari google view)
Makan tengahari yang banyak lauk dan sedap di Alor Setar ni, korang boleh singgah di restoran Mie Langgar. Waktu tengahari memang menjadi tumpuan orang ramai di sini...
Yang menjadi tarikan di restoran mie langgar ni aku rasa adalah menu bakar diorang. Memang banyak menu yang bakar-bakar ni. Ada ikan bakar, daging bakar, ayam bakar....bakar-bakar....
Diorang punya tagline yang awesome 'lkan bakar power' dan 'bawal goreng power'. Dengar pun dah rasa macam nak makan...hahahahhaaha..
Parking korang kena park di sepanjang jalan tu. Ada anggota RELA tolong jaga kan. Kadang tu susah gak la nak dapat parking.
dalam restoran Mie Langgar (sorry gambar blur sikit)
Kat bawah ni korang boleh layan la gambar-gambar yang aku sempat snap untuk tatap korang. Menu yang bakar-bakar memang nampak sedap.
daging bakar

keli bakar

ayam bakar
ulam-ulaman


sebahagian dari lauk-lauk yang ada
Kepada yang nak datang ke restoran Mie Langgar ni, Korang boleh cari di Alor Setar Kedah. Bagi yang tak biasa dengan Alor Setar, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 6°08'31.8"N 100°23'36.1"E atau 6.142154, 100.393357

Makan tengahari di Bawal Goreng Kelapa Sawit, Juru Pulau Pinang

Ok, apa kena mengena kelapa sawit dengan bawal goreng? Sebenarnya kedai ni orang panggil bawal goreng kelapa sawit disebabkan kedai ni tempat makannya di bawah pokok kelapa sawit. Tempat tumpuan orang ramai waktu tengahari di Juru, Pulau Pinang, bukan saja dari orang melayu, orang cina dan india pun turut datang ke bawal goreng kelapa sawit ni. Kalau dari simpang tiga Mac Donald Juru tu, ambil ke kiri terus ke Jalan Tok Kangar. Bawal goreng kelapa sawit kat area-area situ sebelah kanan jalan.
bawal goreng panas-panas
Ikan bawal digoreng panas-panas, diangkat dari kuali terus ke pinggan korang. Nak minta ikan lain, takde ek...keli pun takde...hal ada bawal sahaja yang digoreng panas-panas. Bukan la bermaksud korang datang sini just makan bawal goreng dengan nasi kosong je...hahahaha... Ada banyak lagi lauk di sini, macam-macam gulai, sayur dan lain-lain.
pelbagai lauk pauk
Tempat makan disediakan khemah yang besar di bawah beberapa batang pokok kelapa sawit. Selain air bancuh (kopi, teh, teh tarik etc), di sini juga ada jual air tebu dan air kelapa sama ada gelas besar ataupun gelas kecil.
gerai air kelapa

khemah makan bawah pokok kelapa sawit

tempat ambil nasi, lauk, sebahagian ada tempat makan

tempat goreng ikan bawal
Satu lagi yang menarik Bawal Goreng Kelapa Sawit ni, tempat parking yang luas dan selesa. Tak payah nak berebut-rebut, walaupun ramai orang datang, parking bukanlah satu masalah besar.
tempat parking Bawal Goreng Kelapa Sawit
Bagi yang tak biasa dengan kawasan Juru ni, maybe lebih mudah bagi korang untuk ikut je gps koordiant. Justeru itu, bagi merealisasikan usaha pencari korang, di sini aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan korang.
gps Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru : 5°19'12.5"N 100°25'59.9"E

Makan tengahari di Restoran Selera Pokok Pisang, Alor Setar Kedah

Sebagai salah satu pilihan untuk makan tengahari, boleh la jenguk-jenguk restoran selera pokok pisang ni. Ada di sediakan gulai ikan semilang , gulai ikan termenung, bawal goreng...semuanya dihidangkan panas-panas.
bahagian hadapan restoran selera pokok pisang, Alor Setar, Kedah

Restoran Selera Pokok Pisang
Keadaan restoran ni agak unik la bagi aku...tu yang buat restoran ni lain dari yang lain..kalau nak compare dari segi makanan aku rasa sama je kot dengan restoran lain...ikan bakar, ulam-ulaman...semua lengkap untuk sajian makan tengahari...oklah, ni aku kasi la beberapa gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan korang.....

D Village Cafe, Bandar Perda Pulau Pinang

Restoran ni bawa buka. Bangunan pun bangunan baru. Semuanya nampak cantik jer. Kebetulan aku lalu kat situ, ternampak restoran ni..takpa segan silu, aku pun melangkah masuk ke dalam restoran ni. Nampak macam kosong jer dalam restoran. Rupanya restoran ni tak jual nasi campur. Diorang jual pakai set. Ada set sembilang, set temenung, set bawal goreng, set ayam goreng, set puyuh.

Bahagian hadapan D Village Cafe Bandar Perda
bahagian dalam D village cafe 1
bahagian dalam D village cafe 2
So aku pun mengorder makanan...aku pilihan set ayam goreng dengan set puyuh..Puyuh aku tak pandai makan..wife aku yang nak try. Dalam set tu disertakan sekali dengan kuah gulai kosong. Ulam-ulam pun ada jugak. Tapi kena ambil sendiri..ikut kita nak ambil banyak mana.

Wan Zai Bawal Goreng

Wan Zai Bawal Goreng ni terletak kat Bandar Perda, Penang. Kalau nak datang sini senang je landmark dia...masuk ikut simpang yang ada restoran Mac Donald. Kalau terus akan jumpa  Bukit Tengah roundabout. Lepas masuk simpang Mac Donald tu, dalam 200 meter, ada satu simpang belah kiri betul-betul lepas stesen minyak caltex...Masuk simpang tu. Belah kanan akan ada astaka gerai makan. Wan Zai kat situ laaa..Kat hujung2 sikit. Tapi bukan hujung sekali..nak lagi senang, nah ambil ni ==>>> (coordinate: 5°22'5.92"N100°25'39.85"E).


pandangan depan gerai
business card wan zai bawal goreng
dalam gerai makan
view lain dalam gerai
Kat situ ada jual bawal goreng, keli goreng, ayam goreng.....aku tak order semua la...tiris la poket aku..hahaha..untuk posting ni aku just boleh tempek gambar set keli goreng je la ek...tapi sedap gak la...keli dia goreng panas2, garing plak tu...dah macam keropok plak aku makan...hohohoh...kuah gulai dia pun terbaik. Cam mak2 masak. Gulai dia melayu style..bukan cam gulai mamak ada kas2..