1

2

3

4

Showing posts with label Taman Pauh Jaya. Show all posts
Showing posts with label Taman Pauh Jaya. Show all posts

Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout, Taman Pauh Jaya, Pulau Pinang

Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout
Restoran Merong - Lagenda Ikan Bakar & Shellout
Restoran Merong Lagenda Ikan Bakar & Shellout ni beralamat di No 36, Lorong Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang. Menu utama di restoran ni semestinya lah ikan bakar dan shellout. Tempat parking pun banyak dan restoran pun selesa untuk makan bersama keluarga.

Makan kat sini memang padu...korang boleh try makanan set ikan bakar...boleh pilih untuk berapa orang nak makan dan boleh add on menu lain kalau takda dalam set yang korang order tu....Aku pilih nak makan ikan bakar kat sini...dan aku ambil yang set punya....Jadi set aku ambil tu macam gambar kat bawah ni...2 tomyam seafood, 2 ikan bakar siakap, 2 kailan ikan masin, dan 1 sotong goreng tepung...tapi add on 1 lagi sotong goreng tepung...

ni aku yang aku order..ada banyak menu air..boleh pilih mana suka
ni aku yang aku order..ada banyak menu air..boleh pilih mana suka

kailan ikan masin
kailan ikan masin

tomyam seafood
tomyam seafood

siakap ikan bakar bersama air asam
siakap ikan bakar bersama air asam

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Set ikan bakar yang aku ambil ni set ikan bakar lekir....selain set ikan bakar lekir, ada juga set ikan bakar tuah, set ikan bakar jebat, set ikan bakar lekiu dan set ikan bakar kasturi...Semua nama set ikan bakar ni bersempena nama pahlawan melaka 5 bersaudara😁😁😁...

Selain ikan bakar dan shellout, di Merong ni juga ada menu western dan yang paling rare dan padu adalah menu set lobster cheese bergetah dan set lobster cheese meleleh... Menu-menu Merong ni korang boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah ni.

Set ikan bakar pahlawan 5 bersaudara
Set ikan bakar pahlawan 5 bersaudara😅😋😎

set ikan bakar+shellout, kerang, sotong
set ikan bakar+shellout, kerang, sotong

menu shellout dan ala carte ikan(bakar/stim/3 rasa)
menu shellout dan ala carte ikan(bakar/stim/3 rasa)

menu western
menu western

menu western
menu western

menu set lobster
menu set lobster
Sangat recommended untuk korang makan di Restoran Merong ni...memang padu dan sedap...Boleh cari di Taman Pauh Jaya...GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Merong ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.371500065945595, 100.41538699868983

Streeto Pizza ni nak lawan Pizza Huts ke?? Jom try Streeto Pizza pulak!

 Pizza Huts branding diorang dah memang mantap. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu dan kenal pizza hut. Posting ni aku nak bagitau korang ada lagi restoran yang seakan-akan pizza huts yang boleh korang try plak iaitu Streeto Pizza.

Restoran Streeto Pizza yang aku terjah ni dekat dengan Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh. Kebetulan pulak restoran Streeto Pizza ni dekat-dekat je dengan restoran pizza huts. Jadi korang try la masuk makan dua-dua sekali, senang nak compare mana yang lagi power..hahaha

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza
Ada banyak jenis pizza yang korang boleh try makan di streeto pizza ni. Selain menu pizza yang osem, streeto pizza ni ada juga menu western yang lain. Jadi takde la korang makan pizza jer kan. Ada juga menu yang style set, ala-ala macam pizza hut tu.

Aku pilih menu set, Family Combo. Dalam Family Combo ni, ada pizza hawaiian chicken large, pepperoni beef large, 2 fries, mushroom soup dan sebotol besar air coke. Aku tambahan spaghetti chicken grill satu.

pepperoni beef large
pepperoni beef large

spaghetti chicken grill
spaghetti chicken grill

2 fries
2 fries

hawaiian chicken large
hawaiian chicken large

mushroom soup
mushroom soup
Manakala air selain dari sebotol besar air coke, aku order gak arrr air lain. Banyak gak la menu air yang sempoi-sempoi. Tapi aku pilih yang biashe-biashe jer.
air tambahan selain sebotol besar air coke
air tambahan selain sebotol besar air coke
Kalau nak tau jenis pizza yang ada di streeto pizza ni, boleh tengok dalam gambar dibawah ni. Pizza cheicken chop pun ada ooooo....
jenis-jenis pizza yang ada di streeto pizza
nis-jenis pizza yang ada di streeto pizza

pizza chicken chop
pizza chicken chop
Korang boleh la cuma makan pizza ni plak. Restoran streeto pizza ada ada cawangan-cawangan diorang. Yang aku datang ni terletak di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang. Alamat lengkap adalah no 19, Lorong Pauh Jaya 1/2, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Kalau nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat : 5°22'15.3"N 100°24'54.6"E atau 5.370914, 100.415169