Showing posts with label Permatang To' Kandu. Show all posts
Showing posts with label Permatang To' Kandu. Show all posts

Mee Mamak, Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh

Mee Goreng Mamak, Permatang Tok Kandu
Mee Goreng Mamak, Permatang Tok Kandu

ruang makan mee mamak
ruang makan mee mamak
Salah satu tempat bagi peminat-peminat mee goreng mamak, boleh cari di Permatang Tok Kandu di area Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penang memang famous la dengan mee mamak, memang surrrr😎😎..

Di sini selain mee goreng mamak, ada juga pesembor yang juga merupakan makanan identiti masyarakat Pulau Pinang...Selain tu, korang boleh juga try cendol, ais kacang dan juga laici kang...

berdekatan dengan susur keluar highway BKE
berdekatan dengan susur keluar highway BKE

depan sikit ada pangsapuri prima
depan sikit ada pangsapuri prima
Senang nak cari restoran mee mamak ni....landmark macam aku tunjuk dalam gambar kat atas tu...GPS koordinat dan google map lokasi mee mamak ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°23'44.4"N 100°25'03.6"E atau 5.395661, 100.417678

Char Kuey Teow dimakan bersama Harimau Menangis, Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang

 

Char Kuey Teow Harimau Menangis
Char Kuey Teow Harimau Menangis

Char Kuey Teow rare... jarang-jarang jumpa char kuey teow dimakan bersama daging harimau menangis. Bukan itu saja, tambah lagi kot ataih telur mata yang menjadikan menu char kuey teow harimau menangis ni menu utama di restoran 'CHAR KUEY TEOW HARIMAU MENANGIS' yang terletak di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis

Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Restoran Char Kuey Teow Harimau Menangis
Untuk sepinggan char kuey teow harimau menangis tu berharga RM18. Tapi kalau korang taknak daging harimau menangis tu, korang boleh je beli char kuey teow biasa sama ada bersaiz kecil atau besar. Untuk sepinggan char kuey teow yang kecil berharga RM5 manakala yang pinggan besar RM7.
Char Kuey Teow besar
Char Kuey Teow besar

Char Kuey Teow kecil
Char Kuey Teow kecil
Selain char kuey teow, ada juga menu-menu lain yang terdapat di restoran char kuey teow harimau menangis ni. Bukan semata-mata char kuey teow saja. Boleh rujuk dalam menu seperti di bawah ni.
menu 1 restoran char kuey teow harimau
menu 1 restoran char kuey teow harimau 

menu 2 restoran char kuey teow harimau
menu 2 restoran char kuey teow harimau 
Kepada peminat-peminat char kuey teow yang nak cuba makan di sini, boleh cari di Permatang Tok Kandu, Permatang Pauh berdekatan dengan simpang highway BKE. Korang juga boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°23'43.3"N 100°25'03.7"E atau 5.395349, 100.417699


Restoran Kak Sal kelate, Permatang To' Kandu, Permatang Pauh

Restoran Kak Sal Kelate, Permatang To' Kandu

Restoran Kak Sal Kelate ni, depan rumah jer
 Restoran Kak Sal Kelate ni adalah restoran yang berasaskan makanan orang Kelatan. Lokasi restoran Kak Sal Kelate ni adalah di Permatang To' Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kak Sal Kelate ni betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Ada satu lagi restoran masakan kelantan kalau korang nak cuba iaitu Restoran Anggerik Desa yang terletak di Seberang Jaya.
Kebanyakan menu masakan dan makanan kelantan ada di sini. Nak nasi kerabu pun ada, nasi dagang, kuih-kuih kelantan, megi sup kelantan dan teh ais madu yang banyak buih pun ada di Restoran Kak Sal Kelate ni.
antara lauk makanan tengahari
Jadi bila korang makan di sini, boleh la nak feeling-feeling makan di Kelantan.
Makanan-makanan lain seperti aneka bubur, goreng pisang, ubi goreng pun ada. Tak lupa juga pulut mangga atau pulut durian.
So, menu aku untuk tengahari ni, aku pilih untuk makan nasi kerabu, megi sup daging, roti cicah kuah durian, goreng pisang dan tak lupa teh ais madu (teh beng) buih leleh.... terbaik...
nasi kerabu Kak Sal Kelate

megi sup daging

goreng pisang

roti cicah kuah durian

teh ais madu (teh beng) buih leleh
Kepada yang nak makan masakan kelantan, boleh la datang ke sini. Restoran pun ada luas dan selesa. Diorang ada sistem nak bagi kurangkan panas waktu tengahari. Semburan air atas bumbung. Senang je nak cari Restoran Kak Sal Kelate sebab bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu dan bertentangan dengan stesen minyak shell. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°23'39.5"N 100°25'03.1"E atau 5.394297, 100.417537