1

2

3

4

Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts
Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts

Restoran De Dapoor by Chef Megat, Parit Buntar, Perak

 

Restoran De Dapoor by Chef Megat
Restoran De Dapoor by Chef Megat

Restoran De Dapoor by Chef Megat
Restoran De Dapoor by Chef Megat
Sekarang ni aku pun tak pasti mana satu nama sebenar restoran niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..Kejap Restoran De Dapoor, tengok masa nak scan mysejahtera, naik nama restoran intan plak. Bila tengok depan restoran tu, restoran & kafe menu warisan plakπŸ˜…...Jadi hentam saja la labu..aku pun dah lapar ni..Bila Chef Megat confirm kan kalau dia baca posting niπŸ˜„..

Restoran ni terletak di Jalan Keli, Taman Kerian Permai, 34200 Parit Buntar, Perak. Makan kat sini lain macam sikit, jadi aku nak try la. Menu diorang macam gambar di bawah ni.

Menu De Dapoor by Chef Megat
Menu De Dapoor by Chef Megat
So aku nak try makan set nasi asam pedas ikan kembong, set nasi ayam warisan, Set nasi talapia goreng tiga rasa dan set nasi kukus ayam goreng berempah. Yang lain-lain tu lain kali aku try or kalau korang dah try boleh la bagitau rasanya macam mana😍
nasi kukus ayam goreng berempah
nasi kukus ayam goreng berempah

set nasi ayam warisan
set nasi ayam warisan

asam pedas ikan kembong
asam pedas ikan kembong

set nasi asam pedas ikan kembong
set nasi asam pedas ikan kembong

Set nasi talapia goreng tiga rasa
Set nasi talapia goreng tiga rasa

talapia goreng tiga rasa
talapia goreng tiga rasa
Rasa pun ok la..sedap jugak..dengan tarikan menu yang rare sikit. lain dari yang lain menu diorang.

Kalau korang nak try makan di sini boleh cari di Parit Buntar, Perak. Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat : 5.117050796286369, 100.4845250540712





Restoran Balak Inn, Parit Buntar, Perak

Restoran Balak Inn ni beralamat di Jalan Sempadan, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Perak. Restoran ni start buka jam 1 tenghari hingga lewat malam. Tutup pada haru Jumaat.

Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Restoran Balak Inn, Parit Buntar

Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Sebab apa panggil BALAK? Sebabnya restoran ni berkonsepkan kayu balak hutan. Semua tiang-tiang adalah dari asal pokok. Ada sesetengah meja pun di buat dari pokok-pokok hutan.
Apa yang ada di sini? macam-macam ada. Ada kuih-kuih, ada char koay teow, ada ABC, ada western food, ada makanan goreng-goreng, makanan set dan sebagianya. Disebabkan aku datang waktu tengahari, jadi aku nak makan nasi la... tapi nasi campur tak ada ek... nasi yang goreng-goreng jer. Senarai menu makanan yang goreng-goreng seperti di bawah:
Senarai menu Balak Inn
Senarai menu Balak Inn
Oleh yang demikian, menu makan tenghari aku hari tu adalah nasi goreng paprik daging, telur mata, nasi goreng cili dan sup tulang.
nasi goreng cili
nasi goreng cili
nasi goreng telur mata
nasi goreng telur mata
sup tulang
sup tulang

paprik daging
Paprik daging

minuman penghilang dahaga
minuman penghilang dahaga

Kesimpulannya makan tenghari aku ni sedap. Aku rekomen kat korang la Balak Inn ni. Aku pun jumpa restoran ni dari salah satu blog famous juga la pasai makanan. Kepada yang nak ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°07'51.8"N 100°28'44.6"E atau 5.131047, 100.479041

Along Char Koay Teow Parit Buntar, Perak.

Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Along Char koay Teow ni terletak di Kampung Kedah, Parit Buntar Perak. Walaupun nama Kampung Kedah, bukan di Kedah ek... Along Char Koay Teow ni memang famous la di sini. Ramai yang datang ke sini untuk nak cuba makan Along Char Koay Teow nih. Sampai nak kena tunggu meja kosang dulu, baru boleh dapat duduk.
Sebenarnya di sini yang aku perati, macam food court la... bukan char koay teow saja yang di jual...ada juga kiosk-kiosk lain. Tapi biasanya orang datang nak cari char koay teow laaaa...
Along Char Koay Teow

Along Char Koay Teow
Rasanya sedap... kuah pun sedap. Aku siap hirup kuah char koay teow tu... Nak habaq sedap! Selain tu, sementara nak tunggu char koay teow siap, layan dulu otak-otak dengan nasi lemak.
otak -otak
Oklah.... kepada yang nak datang ke sini, cari Kampung Kedah di Parit Buntar, Perak. Gerai agak ke dalam sikit dari jalan besar. Jika masih tak jumpa, aku sertakan di sini gps koordinat dah google map sebagai rujukan dan panduan korang.
Gps koordinat : 5°06'53.1"N 100°28'51.9"E atau 5.114748, 100.481069

Pelbagai makanan ada di Medan Selera Parit Buntar, Perak

Medan Selera Parit Buntar atau Gerai Penjaja statik Jalan Maharaja

kiri kanan kedai makan sepanjang medan selera
Puas pusing-pusing Parit Buntar nak cari tempat makan, akhirnya terjumpa dengan medan selera ni. Kalau ikut signboard kat depan medan selera ni tulis Gerai Penjaja Statik Jalan Maharaja. Nampak macam menarik jer....so terus ler aku singgah. Dalam medan selera ni banyak gerai makan yang korang boleh pilih. Nak makan apa semuanya ada. Semuanya dalam satu bumbung. Sambil dok jalan tu, aku perhati kiri-kanan nak cari makanan yang sempoi-sempoi. Akhirnya aku singgah dekat gerai member station. Opppsss, jangan salah faham, bukan gerai member aku, nama gerai tu sebenarnya member station.
Dekat gerai member station ni ada masakan goreng-goreng dan juga masakan barat. Yang paling best, yang rare sikit dari yang lain, ada ketam lembut dengan pilihan masakan. Ketam lembut ni specialnya kita boleh makan terus dengan kulit-kulit sekali.
Jadi, selera aku kali ni, aku pilih nasi goreng ketam lembut, nasi goreng kampung dan cheesy wedges sebagai pencuci mulut, kononnya la..hihihi
gerai members' station

nasi goreng ketam lembut

nasi goreng kampung

cheesy wedges
Jika korang sedang mencari medan selera ni, landmark paling mudah korang cari stesen bas Parit Buntar. Medan Selera ni ada dekat-dekat situ jer. Tapi kalau tak jumpa jugak, boleh guna gps koordinat yang aku sediakan seperti di bawah. Google map pun ada sekali.
gps koordiant : 5°07'01.5"N 100°29'12.1"E atau 5.117072, 100.486698

Shopping di Bazaar Kemboja Parit Buntar, Perak


Bazaar Kemboja Parit Buntar, Perak
Bazaar Kemboja, Parit Buntar, Perak ni memang dah famous la.. Semua orang dah tahu tempat ni. Sebelum ada bangunan Bazaar Kemboja ni, diorang berniaga di tepi jalan pada hujung minggu sahaja. Sekarang dah buka hari-hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam. Yang hujung minggu tu pun masih berjalan seperti biasa.
Di Bazaar Kemboja ni, banyak barang pakaian yang dijual. Boleh kata hampir 80% yang jual pakaian terutamanya baju kurung wanita. Kalau nak tengok tempat ni bersesak-sesak dengan orang ramai, datang waktu musim-musim perayaan terutamanya nak sambut hari raya aidilfitri. Memang menjadi antara tempat tumpuan orang shopping di Parit Buntar ni.
ramai peniaga-peniaga di sini

Pelbagai jenis baju kurung
Banyak pilihan la untuk kaum-kaum ibu nak berpesta shopping...hihihi. Harga pun agak murah jugak la. Bazaar kemboja ni lokasinya dekat dengan kawasan kilang-kilang...Bangunan diorang ni pun rasanya bekas bangunan kilang jugak. Landmark paling mudah nak cari  Bazaar Kemboja ni, korang cari ECONSAVE. Ada simpang depan ECONSAVE ni, korang terus belok masuk. Nanti korang akan perasan la bangunan Bazaar Kemboja ni.
peta lokasi ke Bazaar Kemboja Parit Buntar
kalau masih tak dapat cari jugak, korang pakai je terus gps koordiant yang dah aku sediakan seperti di bawah ni. Boleh juga rujuk google map.
gps koordinat Bazaar Kemboja : 5°06'28.7"N 100°29'15.3"E  atau 5.107958, 100.487575

Makan-makan di medan selera Mydin Parit Buntar

Nasi Kandar Padang Kota, Mydin Parit Buntar, Perak
Selepas dah puas bershopping di Mydin Parit Buntar, boleh la rehat dan makan-makan di medan selera (food court). Ataupun korang memang saja-saja nak datang makan di sini pun ok jugak. Gerai utama di Mydin ni, biasa la kan, tentunya restoran nasi kandar. Banyak menu di Nasi Kandar Padang Kota ni. dari yang ringan-ringan hingga ke makanan yang berat-berat. Roti canai. roti bom, tosai, capati, roti nan, tandori, mee goreng, nasi goreng, goreng-goreng, nasi kandar etc. Dekat restoran Nasi Kandar Padang Kota ni pun dah macam-macam ada, belum lagi round ke gerai-gerai yang lain. Antara gerai makanan lain yang ada di medan selera Mydin Parit Buntar ni adalah young tau foo, dessert & ice cream, minuman, nasi campur, western food, selera nusantara, clay pot and hot plate, aneka sup dan nasi ayam.
gerai-gerai lain di Mydin Parit Buntar

GPS koordinat mydin Parit Buntar, Perak : 5°07'42.3"N 100°28'59.2"E

Santai-santai makan Omaq Char Koay Teow di Parit Buntar, Perak

Jika korang berada bi Parit Buntar, Perak dan nak makan char koay teow, boleh cari kedai makan Omaq Char Koay Teow yang betul-betul bertentangan dengan menara jam Parit Buntar. Senang nak cari kalau refer dengan menara jam ni. Char koay teow kat Omaq Char Koay Teow ni sedap gak. Standard macam char koay teow yang ada di Pulau Pinang.
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak

Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow
Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow

Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Char koay teow ni ada saiz kecil dan saiz besar. Aku order dua-dua sekali. Selain char koay teow, boleh juga order satay sebagai makanan sampingan. Ada kiosk kat depan Omaq Char Koay Teow yang jual satay. Ok, berbalik dengan char koay teow ni, macam aku dah cakap tadi memang sedap. Kuah yang tidak cair sangat, rasa yang enak, udang yang manis, segalanya cukup untuk sepinggan char koay teow.
Char koay teow kecil (pinggan kecil)
Char koay teow kecil (pinggan kecil)

Char koay teow besar (pinggan besar)
Char koay teow besar (pinggan besar)

satay
satay
Kepada sesiapa yang nak ke sini, yang tak biasa datang la or bukan orang Parit Buntar, selain berpandukan landmark menara jam Parit Buntar, boleh la juga korang guna je gps koordinat dan google map yang aku dah bagi kat dalam blog ni. Parking kat sini kadang-kadang susah gak nak cari sebab parking kat area Omaq Char Koay Teow ni diorang parking kat tepi-tepi jalan je...

5°07'48.7"N 100°29'26.6"E