1

2

3

4

Showing posts with label Naim Gulai Sembilang. Show all posts
Showing posts with label Naim Gulai Sembilang. Show all posts

Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani Kedah

 

Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani
Naim Gulai Sembilang, Sungai Petani
Naim Gulai Sembilang ni terletak di Kampung Sungai Layar Tengah, 08000 Sungai Petani, Kedah. Naim Gulai Sembilang Sungai Petani ni sebenarnya cawangan diaorang. restoran yang first terletak di Kampung sungai Pial. Boleh rujuk SINI. 

Restoran buka dari jam 8 pagi hingga ke 12 malam dengan menu yang panas-panas dimasak selepas di order. Tapi killer menu di sini, tentulah gulai sembilang. Wajib kena order. Dah order baru tak padu ke tak.

Gulai Sembilang
Gulai Sembilang
menu sampingan yang aku makan sekali dengan gulai sembilang ni adalah sotong goreng tepung dan ikan kembong sambal sumbat.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

gulai sembilang, ikan kembong sambal sumbat, sambal belacan
gulai sembilang, ikan kembong sambal sumbat, sambal belacan
Lokasi Restoran Naim Gulai Sembilang Sungai Petani boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

gps koordinat : 5°39'39.1"N 100°27'55.6"E atau 5.660857, 100.465451


Makan gulai sembilang di Naim Gulai Sembilang, Kampung Sungai Pial, Bedong, Kedah

Restoran Naim Gulai Sembilang

Restoran Naim Gulai Sembilang
Naim Gulai Sembilang ni kalau nak ikutkan alamat penuh lokasi adalah F54 Jalan Tanjung Dawai, Kampung Sungai Pial, 08110 Bedong, Kedah. Kiranya laluan untuk korang nak ke Tanjung Dawai la. Lepas makan nak pergi shopping di Tanjung Dawai pun boleh.
Restoran Naim Gulai Sembilang ni kalau korang google dan korang telah pun google sebab korang tengah baca posting kat blog aku ni...hihihihi... Kat internet dah banyak orang review pasal restoran ni. Memang menjadi tumpuan orang ramai walaupun restoran Naim Gulai Sembilang ni terletak di kawasan kampung jer. Kalau nasib tak baik, korang kena tunggu kejap sebab semua meja full. Masa aku sampai pun meja full. Kena sabar tunggu....alang-alang datang dah jauh-jauh, so tunggu je la....
Restoran Naim Gulai Sembilang ni juga telah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Manakata memang famous la restoran Naim Gulai Sembilang nih.
jalan-jalan cari makan tv3
So, kalau dah sampai sini, jangan lupa la untuk mengoder gulai sembilang. Kalau tak order yang tu macam takda makna la korang datang jauh-jauh. Gulai sembilang memang sedap. Dimasak cara utara....perghhh.... Selain tu, korang kena try jugak sototng goreng tepung. Sotong goreng tepung diorang ni sekali tengok macam ayam goreng kfc, tapi rupanya sotong besar yang diorang guna. Biasa sototng goreng tepung restoran juga sotong yang kecil-kecil atau sedang-sedang je kan...
gulai sembilang

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

ulam-ulaman

ikan kembong goreng
sambal













Untuk makan tengahari aku di restoran ni, memang tiptop la...sedap... Gambar-gambar tu hanya menu yang aku order je ek...ada banyak lagi menu yang ada di Naim Gulai Sembilang ni...
antara menu yang ada...
Kepada yang berhajat untuk singgah makan di Restoran Naim Gulai Sembilang ni, boleh la rujuk google map seperti di bawah. Aku sertakan juga gps koordinat untuk korang guna.
gps koordiant Naim Gulai Sembilang : 5°42'32.3"N 100°21'23.0"E atau 5.708983, 100.356396