Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Resepi Homemade Meatball Ala Ikea

Homemade Meatball Ala Ikea
Homemade Meatball Ala Ikea

Bahan-Bahan:
  • 500 gm daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar 
  • – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan butter. (*)
  • 3/4 sudu teh lada hitam
  • - powder
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk.
  • 1 biji telur ‘c’
Cara-cara:
  • tumis yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
  • satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
  • guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.
p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

Sos Gravy:
  • butter sos lepas masak meatball.
  • 2 cawan chicken stok
  • 2 cawan whipping krim (*)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • lada hitam sikit – powder
  • 1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
  • garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara-cara:
  • satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
  • didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.
hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix friuts jem.

Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan Pulau Pinang, dekat jer dengan IKEA

Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan
Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan
Aku first time datang sini. Itu pun selepas tak boleh nak makan dalam IKEA sebab ramai sangat orang. Jadi aku cari je la restoran yang berdekatan dengan IKEA. Bistro Nasi Kandar ni kira dekat la dengan IKEA Batu Kawan. Masa aku datang ni, kira tempat ni baru la...Kawasan apartment yang ada lot-lot kedai di tingkat bawah. Mungkin lot-lot kedai ni untuk residen @ penduduk yang duduk dalam ni je kot. Sebabnya nak masuk ke sini, kena pakai pas @ kena pakai touch n go. Untuk sejam yang pertama free rasanya. Masa aku masuk tu, aku tak touch apa-apa kad pun, tetiba gate terbuka, apa lagi terus masuk jer la.. Tapi masalah bila nak keluar, boleh jadi gaduh ooo dengan guard. Ada ke guard taknak buka gate sebab kata aku masuk tadi tu aku main cucuk angin kereta depan??? Rasa last la aku makan di Bistro ni😑😑😑

Ok berbalik kepada Bistro Nasi Kandar ni, dekat sikit bukan setakat nasi kandar yang korang boleh makan, diorang juga ada sediakan makanan yang goreng-goreng. Yang bukan peminat nasi kandar, boleh la order yang goreng-goreng ni.

ayam goreng
ayam goreng

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

sayur-sayur nasi kandar
sayur-sayur nasi kandar

ni nasi kandar yang aku makan
ni nasi kandar yang aku makan
Selain tu aku juga order mee goreng dan megi goreng.
megi goreng
megi goreng

mee goreng
mee goreng
Tanya aku? aku last la datang ke sini..bukan sebab Bistro ni tak sedap, tapi sebab aku dah bergaduh dengan guard yang tuduh aku macam-macam taknak buka gate masa aku nak keluarπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Korang boleh cari di Batu Kawan. Boleh guna gps koordinat dan google map seprti di bawah.

GPS koordinat: 5°14'26.1"N 100°26'16.3"E atau 5.240574, 100.437868

Orang Utara dah boleh shopping di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang!

IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang
Makcik-makcik, kakak-kakak yang duduk belah utara ni, tak payah la lagi pujuk pakcik-pakcik, abang-abang suruh bawa pergi IKEA Damansara...Dekat belah utara pun dah ada!!!! Maka bergembira la makcik-makcik dan kaka-kakak sekalian....IKEA ni memang exclusive barang dia. Masuk dalam IKEA Batu Kawan ni, rasa sama je dengan yang di Damansara tu. Orang standard la...mesti ramai punya.
IKEA ni banyak barangan keperluan rumah dari yang kecil-kecil hingga lah ke perabot yang besar-besar. Kalau barang yang besar yang tak mut kereta korang nak angkut bawa balik, IKEA ada sediakan service penghantaran hingga ke pintu rumah korang....tapi kena bayar la kos penghantaran tu.
barangan display untuk korang survey dulu sebelum nak beli

barangan yang dipamerkan mengikut category
kalau nak beli barang yang besar-besar, korang kena pilih dulu di bahagian ruang pameran. Kemudian catatkan nombor barang yang korang nak beli tu. Pen dan kertas disediakan. Barang tu nanti korang kena ambil sendiri kat gudang IKEA. Kena cari sendiri kat mana barang tu.
Kalau lapar, ada cafe IKEA...tapi ramai gila la orang yang nak makan. Kena bertabah sikit.
gudang IKEA
Kepada orang-orang utara yang nak merasai shoppping di IKEA, jom datang ke IKEA Batu Kawan. Bagi yang tak tahu Batu Kawan dekat mana, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai panduan untuk korang datang ke sini.
gps koordinat : 5°14'00.9"N 100°26'27.8"E atau 5.233591, 100.441062

Jalan-jalan cuci mata dalam IKEA Damansara - aktiviti best orang perempuan

route map laluan dan bilik pameran barang IKEA secara terperinci
IKEA Damansara ni aku rasa adalah IKEA yang pertama di Malaysia, pastu timbul la IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan yang terbaru akan dibuka pada 2019(mungkin) adalah di Batu Kawan, Pulau Pinang. Jadi orang utara dah tak payah pi panjat KL kalau nak shopping di IKEA. IKEA ni memang tempat aktiviti paling best la untuk yang kaki shopping terutamanya geng-geng wanita. Asal pi je IKEA mesti balik dengan barang...mula-mula niat nak tengok-tengok je..tapiiiiiii...lu pikir la sendiri..hihihi.. Gambar kat atas ni korang boleh tengok berapa banyak deparment perabot yang diasingkan mengikut kategori tertentu.
Start point untuk korang explore dalam IKEA

berlonggok barang yang kecil-kecil (yg ni pelekat habuk untuk karpet)
banyak perobot cantik-cantik
gudang barang IKEA yang tinggi melangit 
tingkat bawah IKEA
Lepas penat jalan-jalan dalam IKEA, boleh singgah di kafe IKEA. Memang ramai orang di kafe ni. nak beli makanan pun kena beratur panjang. Makanan di IKEA ni rare la sikit. Alang-alang dah datang, korang patut cuba makan walaupun kena beratur panjang...kedai mamak boleh je beratur panjang..takan tempat sejuk camni pun tak boleh. Lagi satu IKEA ni memang tempat shopping artis-artis kot. Apa taknya, asal aku datang je, mesti terjumpa artis-artis dok shopping. Aku malas la nak layan artis-artis tu...nanti depa minta sain plak kat aku ni...kuikuikui...
kafe IKEA
kepak ayam
sayur-sayuaran
meatball
Itu antara yang aku makan la...ada bnayak lagi menu yang korang mesti cuba. Maaf la yer..nama betul menu tu aku lupa..hahaha.. Bagi yang nak datang ke IKEA Damansara ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'25.3"N 101°36'46.6"E