Showing posts with label Batu Kawan. Show all posts
Showing posts with label Batu Kawan. Show all posts

Makan petang di Gerai Dapur Onna, gerai no 3 Al Ihsaniah Simpang Ampat, Pulau Pinang

 

Gerai Dapur Onna
Gerai Dapur Onna

dalam ni ler Gerai Dapur Onna
dalam ni ler Gerai Dapur Onna
Rasa nak makan nasi kandar melayu di Restoran Nasi Kandar Ahmad. Tapi kiciwa la plak sebab sebab Nasi Kandar Ahmad tutup!😭😭😭...

Jadi sebab dah lapar sangat ditambah dengan perasaan kiciwa...maka aku cari jer gerai yang dekat area-area tu...dan terjumpa la Gerai Dapur Onna yang terletak betul-betul di sebelah Masjid Al Ihsaniah di Simpang Ampat, Penang..

So, aku order nasi goreng macam dalam gambar di bawah ni...

senarai menu nasi goreng gerai dapur onna
senarai menu nasi goreng gerai dapur onna

nasi goreng daging
nasi goreng daging

mee goreng
mee goreng

nasi goreng biasa
nasi goreng biasa
selain nasi goreng, ada juga gerai yang jual char koay teow.....

GPS koordinat: 5°16'57.5"N 100°28'34.6"E atau 5.282632, 100.476269


makan aiskrim llaollao, di Design Village batu kawan, Pulau Pinang

kedai aiskrim llaollao, design Village
kedai aiskrim llaollao, design Village

ada banyak perisa yang korang boleh pilih
ada banyak perisa yang korang boleh pilih
Jalan-jalan shopping di Design Village ni waktu tengah panas terik, memang satu penyiksaan...kering tekak oooo😂😂😂..

Sekali terpandang kedai aiskrim pulak dalam desgin village ni...apa lagi yang ko tunggu, terus ler aku terjah beli aiskrim ni..ni kedai aiskrim llaollao...aku pun first time nak try llaollao ni...

ni antara menu-menu diorang ler
ni antara menu-menu diorang ler

masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
Dan dengan bangganya, aku berjaya mendapatkan semangkuk aiskrim berperisa coklat...fuhhh nikmat oooo makan aiskrim waktu panas terik ni....
tudiaaa...asikrim yang aku beli ni
tudiaaa...asikrim yang aku beli ni😋😋😋
settle makan, jom sambung shopping di design village ni.... yang nak try aiskrim ni boleh le singgah design village kalau korang ada di area Batu Kawan.

GPS design Village, Batu Kawan: 5°14'34.0"N 100°26'12.4"E atau 5.242782, 100.436776

Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan Pulau Pinang, dekat jer dengan IKEA

Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan
Bistro Nasi Kandar, Batu Kawan
Aku first time datang sini. Itu pun selepas tak boleh nak makan dalam IKEA sebab ramai sangat orang. Jadi aku cari je la restoran yang berdekatan dengan IKEA. Bistro Nasi Kandar ni kira dekat la dengan IKEA Batu Kawan. Masa aku datang ni, kira tempat ni baru la...Kawasan apartment yang ada lot-lot kedai di tingkat bawah. Mungkin lot-lot kedai ni untuk residen @ penduduk yang duduk dalam ni je kot. Sebabnya nak masuk ke sini, kena pakai pas @ kena pakai touch n go. Untuk sejam yang pertama free rasanya. Masa aku masuk tu, aku tak touch apa-apa kad pun, tetiba gate terbuka, apa lagi terus masuk jer la.. Tapi masalah bila nak keluar, boleh jadi gaduh ooo dengan guard. Ada ke guard taknak buka gate sebab kata aku masuk tadi tu aku main cucuk angin kereta depan??? Rasa last la aku makan di Bistro ni😡😡😡

Ok berbalik kepada Bistro Nasi Kandar ni, dekat sikit bukan setakat nasi kandar yang korang boleh makan, diorang juga ada sediakan makanan yang goreng-goreng. Yang bukan peminat nasi kandar, boleh la order yang goreng-goreng ni.

ayam goreng
ayam goreng

lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

sayur-sayur nasi kandar
sayur-sayur nasi kandar

ni nasi kandar yang aku makan
ni nasi kandar yang aku makan
Selain tu aku juga order mee goreng dan megi goreng.
megi goreng
megi goreng

mee goreng
mee goreng
Tanya aku? aku last la datang ke sini..bukan sebab Bistro ni tak sedap, tapi sebab aku dah bergaduh dengan guard yang tuduh aku macam-macam taknak buka gate masa aku nak keluar😆😆😆

Korang boleh cari di Batu Kawan. Boleh guna gps koordinat dan google map seprti di bawah.

GPS koordinat: 5°14'26.1"N 100°26'16.3"E atau 5.240574, 100.437868

Orang Utara dah boleh shopping di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang!

IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang
Makcik-makcik, kakak-kakak yang duduk belah utara ni, tak payah la lagi pujuk pakcik-pakcik, abang-abang suruh bawa pergi IKEA Damansara...Dekat belah utara pun dah ada!!!! Maka bergembira la makcik-makcik dan kaka-kakak sekalian....IKEA ni memang exclusive barang dia. Masuk dalam IKEA Batu Kawan ni, rasa sama je dengan yang di Damansara tu. Orang standard la...mesti ramai punya.
IKEA ni banyak barangan keperluan rumah dari yang kecil-kecil hingga lah ke perabot yang besar-besar. Kalau barang yang besar yang tak mut kereta korang nak angkut bawa balik, IKEA ada sediakan service penghantaran hingga ke pintu rumah korang....tapi kena bayar la kos penghantaran tu.
barangan display untuk korang survey dulu sebelum nak beli

barangan yang dipamerkan mengikut category
kalau nak beli barang yang besar-besar, korang kena pilih dulu di bahagian ruang pameran. Kemudian catatkan nombor barang yang korang nak beli tu. Pen dan kertas disediakan. Barang tu nanti korang kena ambil sendiri kat gudang IKEA. Kena cari sendiri kat mana barang tu.
Kalau lapar, ada cafe IKEA...tapi ramai gila la orang yang nak makan. Kena bertabah sikit.
gudang IKEA
Kepada orang-orang utara yang nak merasai shoppping di IKEA, jom datang ke IKEA Batu Kawan. Bagi yang tak tahu Batu Kawan dekat mana, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai panduan untuk korang datang ke sini.
gps koordinat : 5°14'00.9"N 100°26'27.8"E atau 5.233591, 100.441062

Jalan-jalan di Design Village Outlet Mall, Batu Kawan, Pulau Pinang

Design Village, Batu Kawan Pulau Pinang
Hujung minggu jom kita jalan-jalan di Design Village Outlet Mall di Batu Kawan Pulau Pinang. Outlet mall ni memang syurga dunia untuk kali shopping. Memang rambang mata kalau golongan-golongan ni yang sampai ke sini hahahaha....Banyak barang-barang branded yang ada di Design Village ni. Kadang-kadang kalau nasib baik, banyak offer sale (jualan murah) potongan hingga 50%-70%. Kawasan yang sangat luas dan banyak juga outlet ada. Bila dah lapar, ada restoran di dalam Design Village ni. Ada KFC, western food. Bagi yang tak suka nak masuk restoran, food court jugak ada di sediakan. Kat sini diorang panggil food bazaar (medan selera). Ada banyak juga gerai dalam ni....tapi mahal jugak la kalau nak makan di food bazaar ni.
antara gamba-gambar di Design Village Outlet Mall

Food bazaar a.k.a medan selera di Design Village Outlet Mall
Aku pilihan gerai ayam penyet untuk makan sebab tengok gambar macam sedap jer. Bila dah makan memang ternyata sedap walaupun agak mahal..nasib baik sedap, kalau tak, mahal saja tak sedap mesti menyesal order. Aku order nasi pecalele dan nasi goreng ulu. Bihun goreng je order dari gerai lain.
nasi pecalele

nasi goreng ulu

bihun goreng
Lokasi Design Village Outlet Mall ni, kalau nak datang, tempat ni agak terpencil sikit...agak ke dalam dari exit highway Batu Kawan. Mungkin bila ikea yang sebelah dengan Design Village Outlet Mall siap dibina, tempat ni akan menjadi tumpuan orang ramai. Mungkin siap dalam 2019 kot...aku rasa la..Untuk ke sini boleh guna gps koordinat dan juga google map seperti dibawah:
5°14'42.3"N 100°26'19.1"E