Cendol padu di Haji Shariff Cendol, Bandar Seremban, Seremban

Haji Shariff Cendol
Haji Shariff Cendol
Siapa sangka di tengah-tengah Bandar Seremban ni ada kedai jual cendol yang padu. Bangunan ni dari jauh pun dah boleh nampak. Bangunan warna hijau. Parking pun senang gak. Tapi kena bayar la sikit.

Berbalik kepada cendol, ada pelbagai jenis cendol ada di sini, antaranya cendol pulut, cendol jagung dan lain-lain. Selain tu, diorang juga ada jual rojak pasembor.

cendol biasa
cendol biasa

cendol jagung
cendol jagung

4 mangkuk cendol
4 mangkuk cendol

6 mangkuk cendol
6 mangkuk cendol
Ramai juga yang datang ke sini. Kalau nak makan rojak, kena datang awal sikit. Kalau lambat dah habis. 

Selalu kalau nak cendol padu, belah-belah utara je banyak. Ni kira rare la ada cendol di tengah-tengah bandar Seremban. Sangat rekomen untuk korang cuba. Boleh cari Haji Shariff Cendol ni guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 2.727287755899143, 101.94003537117402

Makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson, Negeri Sembilan

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson

Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung Port Dickson
Restoran Citarasa Kampung ni terletak di No 1, jalan bypass, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Standard la kalau Negeri Sembilan, menu utama mesti masak lemak punya lah....💋 Begitu juga dengan di Restoran Citarasa Kampung, kebanyakannya adalah menu masak lomak..

Selain masak lemak, diorang juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar memang padu.

deretan makanan, kebanyakannya masak lemak
deretan makanan, kebanyakannya masak lemak

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

daging kambing bakar
daging kambing bakar
dari segi makanan, boleh la nak rekomen diorang ni punya masakan. Bagi aku yang tak berapa gemar sangat masakan lemak, aku layan daging kambing bakar jer.. Untuk korang terjah ke sini makan tengahari, aku prepare untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

Gps koordinat: 2°31'50.6"N 101°48'10.9"E atau2.530712, 101.803028

RESEPI DALGONA MILO

DALGONA MILO
DALGONA MILO

Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi
Untuk yang tak suka kopi tapi nak try jugak minuman viral ni, boleh cuba buat Dalgona Milo ni!
Tapi resepi ni gantikan nescafe dengan MILO.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu gula perang / gula biasa
  • 2 sudu air panas
  • Hujung sudu ovalet
  • Ais
  • Susu segar
Cara-caranya:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!
4. Hiaskan mengikut kreativiti anda!
Tunggu apa lagi? Jom la cuba!😍

Tips: Ovalet adalah rahsia untuk kembangkan campuran milo tu, kalau tak guna ni, tak jadi ye.

Resepi Bubur Lambuk

Bubur Lambuk
Bubur Lambuk

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan beras [basuh dan toskan]
  • 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
  • 1/2 kg daging tetel [potong kecil]
  • 2 s/b minyak sapi
  • 3 s/b minyak
  • 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
  • garam/gula secukup rasa
  • air
  • 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 ulas bawang putih [dimayang]
  • 2 biji bawang besar [dimayang]
  • 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]
Rempah tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 biji buah keras [ditumbuk]
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]:
  • 1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
  • 1 sudukecil ketumbar
  • 1 sudukecil lada sulah
  • 1 sudukecil lada hitam
Bahan-bahan sampingan [optional] :
  • 2 batang carrot dipotong dadu
  • 1/2 cawan kurma dibuang biji
  • bahan hiasan [mayang]
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak:
  • Panaskan minyak dan minyak sapi 
  • Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
  • Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
  • Kemudian masukkan daging. 
  • Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk. 
  • Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
  • Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
  • Ketika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
  • Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
  • Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan