1

2

3

4

Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap, Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang

 Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul-betul power. Dimasak panas-panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar. Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la.

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

Restoran Pen Mutiara ni betul-betul dalam kawasan jeti nelayan. Restoran pun agak eklusif. Tidak hairan lah ianya sekali dengan hotel.
Selain kari kepala ikan ada banyak lagi menu pilihan yang korang boleh cuba. Bagi aku, aku pair kan kari kepala ikan tu dengan menu sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

kari kepala ikan
kari kepala ikan 
Restoran Pen Mutiara ni terletak di Batu Maung, Bayan Lepas. Ada satu lagi cawangan Pen Mutiara iaitu terletak di Jalan Selat, Butterworth.
Kalau korang nak datang ke restoran Kari Kepala Ikan yang sedap ni, korang boleh cari di Bayan Lepas. Jika masih pening, boleh je guna gps koordiant seperti dibawah.

gps koordinat : 5°17'08.6"N 100°17'20.9"E atau 5.285724, 100.289145

The Table & Co Cafe, Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang


The Table & Co Cafe
The Table & Co Cafe

 Makan santai-santai western food di The Table & Co Cafe di Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang memang sangat ohsem dan sedap.
The Table Cafe ni takde la besar sangat. Diorang menggunakan sepenuhnya ruang dua tingkat bangunan tersebut untuk dijadikan cafe. 
Walaupun kecil je ruang cafe ni, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus datang ke The Table & Co Cafe ni.
Seperti biasa, jika restoran dekat area macam ni di Goerge Town, parking memang agak mencabar sikit. Tapi bagi korang yang tak kedekut, ada parking berbayar dekat je dengan The Table & Co Cafe ni. Sekali entry RM5. tapi kalau yang jenis berkira sikit, korang berusaha la cari parking disekitar area tersebut.
bahagian tingkat bawah The Table & Co Cafe
bahagian tingkat bawah The Table & Co Cafe

bahagian tingkat atas The Table & Co Cafe
bahagian tingkat atas The Table & Co Cafe
Dari segi menu pula, The Table & Co Cafe menyediakan pelbagai menu western yang menarik dah sedap. Menu yang simple je, menu santai-santai. Menu yang The Table & Co Cafe sediakan boleh rujuk seperti dalam senarai menu di bawah ni.
Senarai menu makanan The Table & Co Cafe
Senarai menu makanan The Table & Co Cafe

Senarai menu minuman The Table & Co Cafe
Senarai menu minuman The Table & Co Cafe

Dalam banyak menu tu, aku cuba menu The Table Platter, spaghetti carbonara, rainbow cake, classic chocolate ais, mocha ais dan Rasa Mango.
The Table Platter
The Table Platter
rainbow cake
rainbow cake

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

classic chocolate ais dan Rasa Mango.
classic chocolate ais dan Rasa Mango.

Memang padu dan sedap. So, aku rekomen kat korang untuk singgah ke The Table & Co Cafe ni yang terletak di No 27, Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan jalan di Goerge Town ni, boleh rujuk terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°25'01.9"N 100°20'09.8"E atau 5.417197, 100.336059

Makan makanan Arab di Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab, Pulau Pinang
Restoran Halab, Pulau Pinang

Restoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang. Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab-Syria. 80% adalah pelayan berbangsa arab. Kalau tak silap chef juga memang orang Arab. Jadi tak hairanlah kalau korang nak merasai rasa makanan arab sebenar di restoran Halab ni.
Restoran Halab beroperasi dalam bangunannya sendiri yang berkonsepkan Arab-Syria.
Parking bukan masalah jika korang nak datang makan ke restoran Halab kerana pihak restoran halab menyediakan parking yang luas dibahagian belakang bangunan. Jika parking tak disediakan, boleh terbantut juga la nak makan nasi arab di sini. Mana taknya, kawasan ni memang agak padat dan sangat mencabar untuk nak dapatkan parking.
restoran halab
restoran halab
restoran halab
restoran halab

kawasan parking restoran halab
kawasan parking restoran halab
Ada banyak menu yang menarik untuk dicuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Makan pun dalam suasana restoran esklusif, terasa seolah-olah berada di Syria. Puas selak-selak buku menu, akhirnya aku pilih untuk makan chicken mandi, lamb kebab manakala minum pulak aku pilih untuk try adani tea teapot. Menu di bawah ni antara menu yang ada di restoran halab. Ada banyak lagi sebenarnya menu, yang ni je yang sempat snap.
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab
menu halab

Chicken mandi harga satu hidangan RM25. Konon-konon nak order satu set jer... bila sampai atas meja, tengok-tengok sikit jer nasinya. So, terpaksa order nasi tambah dua pinggan. Lamb Kebab pulak satu set RM30, makan satu set rasa sedap pulak, then order lagi satu set. So total lamb kebab saja RM60.
lamb kebab
lamb kebab

roti kebab
roti kebab
chicken mandi
chicken mandi
nasi tambah (plain)
nasi tambah (plain)
Adani Tea Teapot pulak memang terbaik. Aku pilih saiz kecil, harga RM15. satu teko air ni. First air, pelayan arab tu akan tarik depan kita. Yang lain tu kena tuang sendiri la.. boleh la nak try.. rasanya lain macam sikit..menang padu..
Adani Tea Teapot
Adani Tea Teapot
Itu saja la menu yang aku makan di restoran Halab ni. Rasa macam nak repeat lagi ke sini untuk cuba menu-menu yang lain pulak. Ok gais, yang mana dok area Penang ni yang nak rasa nasi arab sebenar, bolehlah terjah ke restoran halab yang terletak di Chulia St, George Town.
Boleh rujuk google map dan gps koordinat lokasi restoran halab seperti dibawah.

gps koordinat : 5°25'06.6"N 100°20'08.3"E atau 5.418503, 100.335644


Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas

 

Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas
Restoran Dapoq Pandan, Bertam Kepala Batas
Dapoq Pandan yang terletak di Bertam Kepala Batas, port sempoi untuk korang breakfast/sarapan dan juga lunch/makan tengahari. Breakfast korang boleh cuba roti benggali bakar, roti yang dibuat sendiri beserta telur separuh masak yang perfect.
Waktu lunch pulak, ada pelbagai set nasi dan mee. Antara set nasi adalah nasi itik penyet, nasi burung penyet, nasi ayam penyet, nasi ayam geprek, nasi ayam bawang, nasi goreng penyet dan nasi pecel lele manakala set mee adalah indomee penyet dan indomee geprek. Kebanyakannya makanan berasakan makanan Indonesia.

menu kuih dan minuman
menu kuih dan minuman
menu makanan
menu makanan




Untuk makan tengahari aku kali ni, aku try makan nasi ayam penyet, nasi ayam geprek, nasi ayam bawang dan nasi pecel lele.
nasi ayam geprek
nasi ayam geprek

nasi ayam bawang
nasi ayam bawang

nasi pecel lele
nasi pecel lele

nasi ayam penyet
nasi ayam penyet
Kepada yang nak cuba makan di restoran Dapoq Pandan, boleh la ke Bertam, Kepala batas Pulau Pinang. Disertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan pencarian korang.
GPS koordinat : 5°31'01.6"N 100°26'51.8"E atau 5.517120, 100.447721