1

2

3

4

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena, Kepala Batas

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena
Kalau korang nak makan koay teow kerang yang sempoi dan sedap, korang boleh la datang ke Pak Din Koay Teow Kerang di Pokok Sena, Kepala Batas Pulau Pinang. Buka pukul 5 petang hingga 10.30 malam. Setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin cuti. Kalau tak makan udang, boleh oder yang lain. Ada koay teow udang, koay teow ketam, koay teow telur dan lain-lain. Selain Koay teow, ada juga menu nasi goreng. Daripada review yang aku baca dan dengan dari member-member, diorang cakap nasi goreng pun sedap di sini.
Senarai menu Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

Senarai menu Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

minuman yang aku order
Kalau nak datang ke sini, korang cari je Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan kawasan Pokok Sena ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 5°28'57.5"N 100°27'26.4"E atau 5.482638, 100.457341

Makan nasi beriani di Restoran Gubuk Beriani Tok Aji, Bertam Kepala Batas

Restoran Gubuk Beriani Tok AJi, Bertam Kepala Batas
Restoran Gubuk Beriani Tok Aji terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Bertentangan dengan pasaraya sunshine. Beoperasi setiap hari kecuali hari Ahad. Ahad cuti. Ada banyak menu nasi beriani yang ada di restoran ni. Senarai menu korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
menu nasi beriani

menu minuman
Kalau tengok dalam menu tu, banyak menu nasi beriani yang korang boleh cuba. Untuk terjahan aku ke restoran ni, aku cuba nasi beriani ayam ros dengan nasi berani ayam kuzi. Sedap........sampai aku minta nasi tambah. Kalau minuman pulak, biasanya kalau betul-betul menu nasi beriani, mesti kena dengan air bandung soda. Dekat restoran ni, bandung soda tu diorang tulis dalam menu 'bandung kenduri kahwin'.
nasi beriani ayam masak ros

nasi beriani ayam masak kuzi

bandung soda
Selesai sudah isi perut aku dengan nasi beriani. Kalau korang nak makan juga nasi beriani di restoran Gubuk Beriani Tok Aji ni, datang je cari di Bertam, Kepala Batas. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordiant : 5°30'59.4"N 100°26'57.4"E atau 5.516489, 100.449268

Char Koay Teow depan CIMB, Kepala Batas Pulau Pinang

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas
Peminat-peminat char koay teow boleh la mencuba makan char koay teow yang terletak di hadapan bank CIMB Kepala Batas dan bertentangan dengan bagunan Dato Kailan. Char koay teow ni mula beroperasi lewat petang hingga tengah malam. Selain char koay teow, boleh juga la nak mencuba satay dan nasi lemak bungkus.
Char koay teow

Char koay teow
satay daging dan ayam
Boleh la nak makan malam santai-santai di sini. Malam sejuk la sikit. Walaupun meja banyak, tapi kadang-kadang meja full sebab ramai orang datang. Kepada yang nak menuju ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°30'57.9"N 100°25'48.9"E atau 5.516084, 100.430258

Restoran Debob Coffee - coffee and western food, Bandar Perda Pulau Pinang

Debob Coffee (abaikan jari tu)

dalam restoran Debob Coffee
Kepada pengemar minuman berasakan kopi dan makanan barat (western food), boleh la terjah ke DEBOB COFFEE yang terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. DEBOB COFFEE ni bersebelahan dengan bank rakyat. Di Bandar Perda ni juga ada satu lagi restoran DEBOB berdekatan dengan pejabat tabung haji. DEBOB di  sebelah tabung haji ni berkonsepkan CAFE BUTIK.
Aku saja datang nak minum petang santai-santai di sini. So aku try la cappuccino dengan mocha dan juga mushroom soup with garlic bread.
cappuccino

mocha

mushroom soup with garlic bread
Kalau korang nak makan makanan western yang lain, order saja. Ada banyak menu lain yang ada di DEBOB COFFEE ni. Boleh tengok menu-menu seperti di bawah ni.
muka depan buku menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu
Setakat tu je aku sempat snap..sebenarnya ada lagi menu-menu lain. Boleh datang sendiri tengok apa yang ada.
Kepada yang nak datang ke DEBOB COFFEE ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°22'00.4"N 100°26'10.1"E atau 5.366787, 100.436132