1

2

3

4

Showing posts with label koay teow kerang. Show all posts
Showing posts with label koay teow kerang. Show all posts

Resepi Koay Teow Goreng Kerang

 

Koay Teow Goreng Kerang
Koay Teow Goreng Kerang 

Bahan-bahan:
  • sepeket kuay teow 
  • Bawang merah sebiji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Ikan bilis sikit*
  • Cili kering 6 tangkai*
  • Sos cili dalam 2 sudu
  • Kicap manis
  • Kerang (rebus setengah masak)
  • Daging(rebus)
  • Taugeh
  • Kucai
  • Telur
Cara-cara:
Blender bahan-bahan bertanda * sampai lumat dan tumis sampai naik minyak, masukkan sos cili dan kicap  manis..tambah garam sikit je,aji..kacau-kacau, masukkan air dalam setengah cawan..bila mendidih masukkan kerang dan daging..pastu masukkan telur dan biarkan kejap, kacau-kacau sebntar dan masukkan koay teow..kacau-kacau sehingga masak, kemudian masukkan taugeh,kucai..kacau-kacau dan siap..!!!

Kredit Resepi: ct nazura

Restoran Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner, Bandar Perda, Pulau Pinang

 

Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner
Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner
Restoran Ali-Ko Koay Teow ni terletak di Lorong Perda Utama 6, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Daripada tajuk restoran diorang ni, aku dapat agak la special menu diorang ni tentulah koay teow kerang kaannnπŸ˜…..Aku memang peminat koay teow kerang, jadi signboard kedai dah tangkap mata aku sampai secara dalam tak sedar aku drive dan terus park kat depan restoran diorang niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
masakan ala thai dan nasi ayam
masakan ala thai dan nasi ayam

nasi campur tengahari
nasi campur tengahari
Selain koay teow kerang, ada juga menu lain seperti masakan ala thia, nasi ayam dan tak tinggal juga menu nasi campur. Tapi disebabkan aku dah aim nak makan koay teow kerang, jadi yang lain tu aku tak peduli dah laa😁😁....lantas terus diordernya koay kerang tersebut walaupun aku dah 50-50 tak jadi makan or nak makan sebab aku duduk kat meja, tunggu orang ambil order, lambat betul nak datang..walaupun dalam kedai aku sorang ja yang adaπŸ˜…πŸ˜…...kira cam memerontak la sikit hahahahahaha...
koay teow kerang
koay teow kerang
Akhirnya sampai juga koay teow kerang aku...cili jeruk wajib kena ada la kalau makan koay teow kerang...Bagi aku koay teow kerang diorang ni sedap...bagi tekak aku la...tapi aku ada yang lagi sedap yang aku pernah makan...dalam blog aku ni pun, aku dah masukkan posting pasai tempat tu..korang boleh cari sendiri posting tu dalam blog aku ni...

Korang nak try koay teow kerang Ali-Ko Koay teow kerang ni? Boleh cari di Bandar Perda Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

5°22'02.6"N 100°25'44.0"E atau 5.367382, 100.428876

https://maps.app.goo.gl/HtxYaHW8usVLudbS9

Kita layan dulu koay Teow kerang di Pa'E Koay Teow Kerang, Seberang Jaya Pulau Pinang

 

menu di Pa'e Koay Teow Kerang
menu di Pa'e Koay Teow Kerang

Food Court Taman Siakap, Perai
Food Court Taman Siakap, Perai
Makan di gerai Pa'E Koay Teow Kerang dalam food court ni memang padu. Menu di sini gerai ni hampir semuanya adalah koay teow goreng yang di goreang secara Chinese style. Gerai ni buka dari jam 5 hingga ke 9 malam dan tutup pada Jumaat. Kalau korang nak koay teow goreng special, nanti diorang akan letakkan udang dan kerang dalam 1 pinggan. Udang tu dah siap kopek( buang kulit)..tak payah susah-susah nak buat kulit sendiri.
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)

koay teow udang
koay teow udang

koay teow kerang
koay teow kerang
Memang padu..memang sedap! sangat recommended untuk korang try makan di Pa'E Koay Teow Kerang ni...

Food court ni bertentangan dengan masjib seberang jaya dan berdekatan dengan flyover jalan menuju ke arah Taman Sutera. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°23'09.2"N 100°24'08.5"E atau 5.38586596660266, 100.40235089174247

https://maps.app.goo.gl/J975MM2ibxSJhJSf7


Jom try makan Char Koay Teow di Wan Char Koay Teow, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

gerai Wan Char Koay Teow
gerai Wan Char Koay Teow
Gerai ni dekat tepi jalan jer, bertentangan dengan kedai runcit Sinar Gemilang Enterprise di Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau nak makan char koay teow diorang ni, kena datang start jam 6 petang sampai malam.

Selain char koay teow, korang boleh jugak try koay teow kerang. Kalau anak tak makan char koay teow, korang boleh order juga burger. Burger pun diorang jual.

Char Koay Teow
Char Koay Teow

koay teow kerang
koay teow kerang
GPS Wan Char koay teow : 5°30'19.4"N 100°26'11.8"E atau 5.505374, 100.436619

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena, Kepala Batas

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena
Kalau korang nak makan koay teow kerang yang sempoi dan sedap, korang boleh la datang ke Pak Din Koay Teow Kerang di Pokok Sena, Kepala Batas Pulau Pinang. Buka pukul 5 petang hingga 10.30 malam. Setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin cuti. Kalau tak makan udang, boleh oder yang lain. Ada koay teow udang, koay teow ketam, koay teow telur dan lain-lain. Selain Koay teow, ada juga menu nasi goreng. Daripada review yang aku baca dan dengan dari member-member, diorang cakap nasi goreng pun sedap di sini.
Senarai menu Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

Senarai menu Pak Din Koay Teow Kerang Pokok Sena

minuman yang aku order
Kalau nak datang ke sini, korang cari je Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan kawasan Pokok Sena ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 5°28'57.5"N 100°27'26.4"E atau 5.482638, 100.457341

Iman Koey Teow Kerang Taman Pandan, Alor Setar

Iman Koey Teow Kerang, Taman Pandan, Alor Setar
Tengahari tu aku berpusing-pusing di Alor Setar Kedah mencari restoran makanan tengahari. Last-last ternampak restoran Iman Koey Teow Kerang ni dan tetiba plak rasa macam nak makan koey teow kerang. So aku pun memarking kereta betul-betul depan restoran tu.
Dah sampai dan dah duduk di meja, dengan konfiden aku mengoder koay teow kerang....dan you know what? I was terkejut giler bila diorang cakap koay teow kerang takde lagi....pukul 6 petang baru start berniaga koay teow kerang tu.... wawawawawawawww.... dah duduk kan dalam restoran ni, so aku layan je la menu yang ada untuk makan tengahari aku...Kat sini yang aku nampak ada laksa, ada sup2 (mee sup, mihun sup, koay teow sup), roti arab, nasi ayam......
Maka dengan tidak semena-mena aku makan nasi ayam, mee sup dan roti arab di Iman Koey Teow Kerang.......asalnya nak makan koey teow kerang...... hatiku luka hampa dan kecewaaaaaaa
nasi ayam

mee sup

roti arab
Kalau korang nak datang untuk makan koey teow kerang, kena datang pukul 6 petang ke atas. Kalau sebelum pukul 6, koey teow kerang tak ON lagi. Tapi menu makanan lagi ada la kalau nak makan. Di sini aku sertakan lokasi gps koordinat dan google map.
gps koordinat : 6°08'36.7"N 100°21'52.9"E atau 6.143523, 100.364705