1

2

3

4

Restoran mamak Safreen, Taman Cempaka, Ampang

Restoran Safreen, Taman Cempaka, Ampang

dalam restoran Safreen
Peminat-peminat mamak...opssss!!  Peminat-peminat makan di restoran mamak sekiranya korang berada di Taman Cempaka, Ampang, boleh la singgah di Restoran Safreen. Restoran ni berkembar dengan pasaraya Matahari. Standard makan di restoran mamak, roti canai dan segala jenis roti mesti ada...
ni la roti canai restoran safreen
Yang nak makan berat-berat sikit, macam nasi lauk campur, boleh la nak makan di sini. Ada banyak jugak lauk pauk yang ada. Semua dimasak mamak style ler... takde melayu style...
banyak menu yang best-best

ikan-ikan goreng pun ada

laku keras kalau di restoran mamak, ayam goreng ler...
Boleh la datang sini buat perindu-perindu restoran mamak..awwwummmm dapnyer.... Aku kasi gps koordinat dan juga google map sebagai panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°08'13.2"N 101°44'51.2"E atau 3.137008, 101.747546

Mana nak cari nasi beriani dengan cheese nan di tengah-tengah KL?

RMSY house of real beriani

dalam restoran RMSY
Kat mana nak cari nasi beriani dan roti nan/cheese nan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih?
Mungkin ada banyak yang korang boleh explore di Kuala Lumpur ni. Yang aku nak bawa korang kali ni adalah di restoran RMSY house of real beriani yang beralamat di Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur berhampiran dengan jalan TAR.
So, bila dah sampai apa lagi, terus la terjah restoran ni. Nak dijadikan rezeki, dapat parking betul-betul depan restoran. Parking agak susah gak la nak dapat.
Kalau tengok dalam menu, banyak juga yang diorang sediakan. Tapi semuanya berkaitan dengan nasi beriani dengan roti nan la.. Korang boleh rujuk dalam menu seperti dalam gambar di bawah.
Dah puas study menu, jadi sampai masanya untuk mengorder makanan.....
Pilihan nasi beriani ada dua iaitu nasi beriani ayam ros dengan nasi beriani agam goreng berempah.
Disebabkan dari review orang ramai, diorang cakap cheese nan terbaik di sini, aku pun selit la juga order cheese nan tu...
nasi beriani ayam goreng rempah

nasi beriani ayam ros

Cheese nan

senarai menu makanan

senarai menu minuman
Kepada yang nak datang ke restoran ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'30.0"N 101°41'48.7"E atau 3.158326, 101.696855

Mee Bandung Udang, Restoran Sri Saujana, Bertam Putra, Kepala Batas

Restoran Sri Saujana
Restoran Sri Saujana Bertam Putra Kepala Batas ni special sikit sebab selain makanan ala thai, nasi goreng, di restoran ni juga ada menu mee bandung. Segala jenis mee bandung ada. Tapi yang ditonjolkan oleh owner restoran ni adalah mee bandung udang.
antara masakan ala thai yang terdapat di restoran sri saujana

buku menu
Tapi penyinggahan aku di restoran ni, aku tak makan pun mee bandung diorang. Aku just makan menu ala carte yang simple-simple jer.
nasi goreng daging merah

sotong goreng tepung

daging masak halia
Lokasi Restoran Sri Saujana ni, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat : 5°31'07.2"N 100°28'58.9"E atau 5.518678, 100.483030

Restoran WW One Cafe, Kepala Batas

restoran WW One Cafe
Restoran WW One Cafe yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang boleh la dijadikan alternatif untuk korang makan petang or makan malam jika korang ada di area Kepala Batas ni. Kat sini korang boleh makan masakan ala-thai. Ada juga western food kat sini. Boleh refer senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu 1

senarai menu 2
Yang aku makan kat sini menu yang biasa-biasa saja. Korang boleh la nak cuba menu-menu lain yang sempoi-sempoi sikit.
sotong masak halia

nasi goreng daging black pepper

chicken chop
Lokasi WW One Cafe ni, boleh rujuk googpe map dan gps koordinat seperti yang aku sertakan di bawah ni.
gps koordinat : 5°30'32.5"N 100°25'46.5"E atau 5.509034, 100.429573