Showing posts with label roti nan. Show all posts
Showing posts with label roti nan. Show all posts

Ayam tandoori dan roti nan terbaik di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

 

Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka
Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

buku menu restoran pak putra
buku menu restoran pak putra
Kalau korang ada di Melaka, dan nak makan ayam tandoori dan roti nan yang power, korang boleh cari di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana. Recommended la untuk korang cuba. Petang-petang ramai orang datang sini. Diorang akan buka meja diluar kedai.

Restoran Pak Putra ni aku pernah review dalam blog aku ni. Masa tu Jan 2019, setahun sebelum covid19 wujud. Boleh tengok posting tu DISINI.

roti nan cheese
roti nan cheese

potato zeera
potato zeera

kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)
kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)

ayam tandoori
ayam tandoori
Memang terbaik. Tak lengkap kalau datang Melaka tapi tak makan di restoran pak putra ni😁😁😁..Jadi, kepada korang yang nak datang ke sini, aku sediakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 2°11'42.3"N 102°14'37.3"E atau 2.195078, 102.243682

Restoran Kapitan, Bayan Bays, Queensbay. Bayan Lepas Pulau Pinang

Nasi kandar restoran Kapitan
Penat berjalan-jalan dan Queenbays Mall, kalau nak makan nasi kandar, kena keluar sikit dari Queensbay Mall sebab restoran kapitan ni berada betul-betul bertentangan dengan Queensbay Mall ni. Dalam Mall tu takde la nasi kandar.. nak makan fastfood banyak la. Restoran Kapitan ni dibuka 24 jam dan sentiasa ramai orang. Biasanya orang akan order nasi briyani claypot. Depa kata sempoi....
lauk-lauk nasi kandar

Restoran Kapitan

Restoran Kapitan
Ada banyak juga menu-menu lain selain nasi kandar yang korang boleh cuba. Lagi satu yang sempoi, korang boleh try roti naan ayam tandoori. Sedap gak arrr... Kalau ambil roti naan cheese, lagi sempoi.
roti naan ayam tandoori
Kepada yang nak ke sini aku sertakan alamat diorang, gps diorang...kalau tak cukup juga, aku selit sekali google map sebagai panduan dan rujukan korang.
Restoran Kapitan
89-G Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas, Penang
gps koordinat : 5°20'02.3"N 100°18'27.1"E atau 5.333965, 100.307530

Mana nak cari nasi beriani dengan cheese nan di tengah-tengah KL?

RMSY house of real beriani

dalam restoran RMSY
Kat mana nak cari nasi beriani dan roti nan/cheese nan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih?
Mungkin ada banyak yang korang boleh explore di Kuala Lumpur ni. Yang aku nak bawa korang kali ni adalah di restoran RMSY house of real beriani yang beralamat di Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur berhampiran dengan jalan TAR.
So, bila dah sampai apa lagi, terus la terjah restoran ni. Nak dijadikan rezeki, dapat parking betul-betul depan restoran. Parking agak susah gak la nak dapat.
Kalau tengok dalam menu, banyak juga yang diorang sediakan. Tapi semuanya berkaitan dengan nasi beriani dengan roti nan la.. Korang boleh rujuk dalam menu seperti dalam gambar di bawah.
Dah puas study menu, jadi sampai masanya untuk mengorder makanan.....
Pilihan nasi beriani ada dua iaitu nasi beriani ayam ros dengan nasi beriani agam goreng berempah.
Disebabkan dari review orang ramai, diorang cakap cheese nan terbaik di sini, aku pun selit la juga order cheese nan tu...
nasi beriani ayam goreng rempah

nasi beriani ayam ros

Cheese nan

senarai menu makanan

senarai menu minuman
Kepada yang nak datang ke restoran ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'30.0"N 101°41'48.7"E atau 3.158326, 101.696855

Makan roti tempayan Wajinah (roti nan le tu), Kota Bharu Kelantan

kedai makan roti tempayan wajinah KB

ni yang katakan roti tempayan tu
Roti tempayan tu roti nan la...Di belah Kelantan ni diorang panggil roti nan tu roti tempayan... Sebelum aku sampai di wajinah ni, aku dok terfikir roti tempayan tu sebenarnya macam mana bentuk dia. Dah sampai, tengok-tengok...laaaaaaaaa roti nan rupanya...kikikikikiki
Kedai roti tempayan Wajinah ni memang lokasi di tengah-tengah bandar Kota Bahru. Dekat dengan simpang traffic light. Tepi jalan jer...
ni roti tempayan kosong

ni roti tempayan cheese

cicah dengan kuah kari

cicah dengan kuah kari ayam
Roti tempayan korang boleh pilih camna korang nak....yag korong ke..yang ada cheese ke....dan juga boleh pilih nak cicah dengan kuah kari. Ada banyak juga pilihan kuah kari untuk cicah roti tempayan tu.
senarai menu wajinah
Kepada yang nak datang ke roti tempayan wajinah ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 6°07'13.3"N 102°14'49.8"E atau 6.120362, 102.247168

Ayam Tandoori dan Roti Nan di Restoran Pak Putra, Melaka

Restoran Pak Putra, Melaka
Restoran Pak Putra ni terletak di Jalan Kota Laksamana, Melaka. Tak jauh dari pusat bandar Melaka. Dekat restoran ni, orang datang nak makan roti nan, ayam tandoori. Restoran ni ala-ala North Indian & Pakistan Cuisine.
Antara menu popular adalah plain nan, onion nan, cheese nan, plnata nan, butter nan dan banyak lagi la.... makan bersama-sama ayam tandoori.
Menu lain yang ada selain roti nan ayam tandoori ni, diorang juga ada menu vegeterian... Tapi biasanya orang cari roti nan ayam tandoori jer... Nak datang, datang petang-petang sikit ek..
ayam tandoori

roti nan

kentang dimakan bersama roti nan
Nampak sedap kan? Nak tau sedap ke tak, kena la datang dan cuba sendiri. Boleh tengok antara menu-menu yang ada seperti gambar di bawah ni:

buku menu
menu
 Sebagai rujukan lokasi restoran Pak Putra ni, aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan pencarian korang jika nak datang ke sini.
gps koordinat : 2°11'42.3"N 102°14'37.2"E atau 2.195083, 102.243674

Makan capati dan roti nan santai-santai waktu malam di Alor Setar

Warung capati dan roti nan

Warung capati dan roti nan
capati dan roti nan the making....
Jalan-jalan Alor setar, kalau nak makan santai-santai capati dan roti nan waktu malam, korang boleh cuba di warung tepi jalan, Jalan Anak Bukit, Pantai Johor betul-betul di simpang 3 susur jalan masuk ke taman perumahan kot. Bertentangan dengan warung ni, ada masjid Syed Muhammad Al-Bukhary Pantai Johor yang agak besar gak la. Kalau korang tengok dalam gambar tu, ramai geng-geng masjid dok mengopi di warung tu....maklum la, warung depan masjid.....dan kebetulan pulak masa aku sampai tu, masjid baru selesai solat Isyak...
Warung ni nampak cam biasa-biasa je kan... tapi diorang ni memang specialist buat capati dengan roti nan jer...nak makan benda lain takde le kat sini.... Tapi aku perasan ada gak corner yg buat makanan goreng-goreng....namum begitu, biasanya orang datang nak makan roti nan atau capati...
capati

roti nan ayam tandori

roti nan biasa
Gambar tu menu yang aku order masa dok dalam warung ni. Antara menu yang ada di sini, capati, ayam tandori, roti nan, roti nan cheeese, double cheese nan, garlic nan dan cheese garlic nan.
masjid yang bertentangan dengan warung capati dan roti nan
Bagi yang ingin mencari warung ni, landmark yang korang boleh cari adalah Masjid Syed Muhammad Al-Bukhary  Pantai Johor. Selain tu korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti dibawah sebagai guideline korang.
gps koordinat : 6°10'02.9"N 100°22'07.9"E atau 6.167481, 100.368861