1

2

3

4

Makan donuts roti di Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda, Pulau Pinang

Kalau nak makan donut or roti boleh la try di Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda Pulau Pinang. Ada perlbagai jenis donut dan roti yang boleh korang pilih. Tempat pun cantik dan selesa nak makan. Yang penting ada ekon..hihihihi...
Nash Donuts & Bakery, Bandar Perda Pulau Pinang
Selain dari aneka donut dan roti yang ada di sini, korang juga boleh makanan masakan goreng-goreng macam nasi goreng dan sebagainya. Makanan barat juga ada disediakan. Pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, ada menu khas untuk sarapan (breakfast). Masa ada datang sini aku just order puding roti, piza (tuna kot) dan air aku pilih ice cappuccino dan juga coffee latte.

puding roti, piza (tuna kot)

 ice cappuccino, coffee latte
Begitu la kisah aku di Nash Donuts & Bakery ni. Sesuai untuk korang datang minum petang. Nash Donuts & Bakery ni buka dari 8am hingga 12am. Sebagai panduan untuk korang datang ke sini disertakan gps koordiant Nash Donuts & bakery ni sebagai panduan dan rujukan.
gps koordinat NashDonuts & Bakery : 5°22'02.4"N 100°26'09.1"E

Santai-santai minum petang di Koppi Station, Bertam Kepala Batas

Koppi Station yang terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang merupakan salah satu tempat altrnatif untuk santai-santai minum petang. Bertentangan dengan Koppi Station ni adalah station minyak petronas Bertam. Makanan yang kat sini aku tengok nak macam ala-ala barat sikit. Minuman dah tentulah kopi sebagai menu utama.
Koppi Station, Bertam Kepala Batas
Deco dalaman kedai pun menarik. Ada lukisan-lukisan yang cantik disetiap dinding kedai. Ada juga satu sudut ala-ala ruang tamu dengan kerusi sofa, buku-buku dan mainan kanak-kanak untuk santai-santai sambil makan. Sebut pasal makan, kat bawah ni ada gambar menu yang ada di Koppi Station ni...
menu makanan koppi station

Menu minuman Koppi Station
So, apa yang aku order/makan? haaa.... menu petang aku waktu tu aku makan joenedtte beef, szendvics chicken dan nachos. Untuk minuman plak aku minum hazelnut latte dan koppi susu. Tentu korang kompius benda apa semua ni kan...hihihi... takpe jangan pening, tengok gambar-gambar di bawah ni.
szendvics chicken 

joenedtte beef

nachos

hazelnut latte dan koppi susu
Seperti biasa dalam posting-posting aku, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan juga google map lokasi koppi station ni. Semoga dapat membantu pencarian korang la kan...
gps koordinat koppi station : 5°31'03.3"N 100°26'56.8"E

Makan nasi lemak jalanan malam-malam di Sungai Petani

Jika korang berada di Sungai Petani, Kedah, nak makan malam nasi lemak sedap, aku rekomen kat korang gerai makan tepi jalan ni. Boleh makan di situ. Ada disediakan kerusi meja. Nasi lemak ni bukan nasi lemak bungkus siap-siap. Nasi lemak ni nasi lemak lauk pilih. Ada banyak pilihan lauk dan sambal untuk korang pilih. Sambal pun sedap. 
gerai nasi lemak jalanan Sungai Petani

pilihan lauk/sambal nasi lemak
Gerai nasi lemak ni terletak di depan kedai jual sari di Taman Ria. Malam tu aku pilih nasi lemak dengan sambal paru dan telur mata. Lepas tu letak sambal lebih. Memang terbaik.
nasi lemak sambal paru, telur mata
Jika korang nak mencuba makan malam or petang nasi lemak ni, selain korang cari Taman Ria, Sungai Petani, boleh juga guna gps koordinat yang dah aku sediakan...landmark, depan kedai jual sari.
gps koordinat nasi lemak : 5°39'47.9"N 100°30'13.9"E

Makan malam di Yolo Kitchen, Sungai Petani, Kedah

Yolo Kitchen
Alamat penuh Yolo Kitchen adalah, No 20 Lorong 1, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah. Yolo Kitchen ni menyediakan dua menu utama iaitu western food (makanan barat) dan juga Thai food (makanan Thai). Deko dalaman berkonsepkan restoran dan cafe. Dinding-dinding kedai dipenuhi dengan lukisan-lukisan jiwa anak muda sebab orang tua-tua tak layan lukisan kat situ..hahahahaha.. Menu makan malam aku untuk malam tu, aku pilih menu western. Ni first time aku datang di Yolo Kitchen ni. Tu pun aku google je..tup tup jumpa dengan Yolo Kitchen ni...So, aku layankan aja.
menu western yang aku makan malam tu
Ok lah, setakat ni je aku boleh story kat korang...lebih-lebih, aku takde info pasal Yolo Kitchen ni. Kepada yang nak cuba makan di Yolo Kitchen ni, dan korang memang dah ada dekat area Sungai Petani ni, boleh la datang. Boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

gps koordinat Yolo Kitchen : 5°39'45.3"N 100°30'13.4"E