Showing posts with label waffle. Show all posts
Showing posts with label waffle. Show all posts

Makan waffle di Leomag waffle Aeon Mall Bukit Mertajam

 

Leomag Waffle Aeon Mall Bukit Mertajam
Leomag Waffle Aeon Mall Bukit Mertajam
Ni Leomag Waffle yang berada di Aeon Mall di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Leomag ni berada di tingkat 1 di mall ni. Ni kira cawangan diorang la... Jadi kepada yang teringin nak makan waffle, boleh la cari di Aeon Mall Bukit mertajam ni terutamanya kepada korang yang memang dah ada dalam mall ni😁😁
menu-menu waffle
menu-menu waffle
Ada pelbagai jenis perisa waffle di sini...korang pilih je yang mana korang suka... Anak aku nak waffle coklat, jadi aku beli ler satu waffle coklat ni...
waffle coklat
waffle coklat
GPS koordinat Leomag Aeon Mall Bukit Mertajam: 5°19'12.4"N 100°28'41.5"E atau 5.320122, 100.478180


RESEPI WAFFLE SEDAP

waffle
waffle

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 5 sudu gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil mauripan
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 cawan air suam + 1/2 cawan susu full cream
  • Secubit garam
  • 1/4 cawan minyak masak
Cara memasak :
  • Campurkan semua bahan. Masukkan minyak masak terakhir sekali.
  • Gaulkan sebati, biarkan dalam 10 minit.
  • Sapukan sedikit minyak pada waffle maker dan masukkan sedikit bancuhan.
  • Tunggu selama 10 minit atau sehingga garing.
  • Setelah waffle masak, boleh letak sapuan yang anda suka.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

.Kredit resepi: Nurul Aini Mohd Hamidi

Resepi waffle kaya

waffle kaya
waffle kaya

Bahan bahannya:
  • 1 1/2cwn tepung gandum
  • 2 telur
  • 1cwn susu cair
  • 1sudu besar susu pekat
  • 1sudu besar majerin(cairkan double boil)
  • 1sudu kecil@kfc baking powder
  • Sedikit garam
  • Inti flavour tak kisah ikut selera anda
Cara membuatnya:
  • Blend semua bahan kecuali tepung+baking powder hingga sebati dan berbuih kembang
  • kemudian masukkan tepung kacau@ kalau nak halus blend sebati..
  • dah sebati masukkan dalam acuan waffle dan bakar
  • agak dah msk blh dihidang dgn flavour pe yang anda suka...
Selamat Mencuba!

Kredit resepi: Zulaikha Azureen 

Restoran Happy Waffle, Bertam Perdana 3, Kepala Batas

restoran Happy Waffle
Kalau dah rasa bosan nak makan nasi kandar di Pulau Pinang ni, korang boleh la cari restoran-restoran yang ada kelainan sikit. Macam-macam ada yang boleh korang try. Antara yang aku pernah terjah, Big Tas Tea Pokok Sena, Debob Coffee, Barastar Cafe, dan banyak lagi lah yang aku pernah terjah.
Restoran Happy Waffle ni salah satu la yang korang boleh terjah. Di sini menu kebanyakannya adalah menu western food a.k.a makanan barat.
Tapi yang rare sikit di Happy Waffle ni, menu utama adalah waffle. Sesuai la dengan nama restoran kan... takan la menu utama nasi lemak kot...hahahahaha. 
Ada banyak jugak la pilihan makanan western dan waffle. Selain tu ada jugak goreng-goreng kalau tak suka makan western food. Boleh tengok menu-menu yang aku sempat snap di bawah ni.
menu-menu western

menu-menu waffle

menu hidangan happy platter, kidz menu dan pasta

menu goreng-goreng dan menu side order
Daripada menu-menu tu, aku telah mengorder beberapa makanan yang ada di Happy Waffle ni. Semestinya waffle kena order la kan..
waffle

waffle

waffle

set burger

pasta

cheesy wedges

nasi goreng kampung
Ok, minuman yang aku try di sini adalah root beer float dan mocha ais.
root beer float

mocha ais
Itu saja kisah aku di Happy waffle. Kalau korang nak datang ke sini, silakan. Restoran ni buka dari jam 4 petang hingga malam. Akusertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°32'21.5"N 100°28'00.2"E atau 5.539309, 100.466722