1

2

3

4

Showing posts with label udang butter. Show all posts
Showing posts with label udang butter. Show all posts

RESEPI UDANG BUTTER NESTUM

UDANG BUTTER NESTUM
UDANG BUTTER NESTUM

Bahan-bahan:
  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 biji kuning telur
  • 5 batang cili api (dibelah)
  • 10 helai daun kari
  • 3/4 cawan susu cair / segar
  • 5 sudu besar butter
  • Sedikit minyak
  • 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 4 sudu besar nestum
Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.
  • Pukul kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).
  • Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.
  • Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.
  • Panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.
  • Tambah garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum. Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan bersama flos telur tadi. SIAP.
kredit resepi : Buat Orang Lapo

Resepi Udang Goreng Butter

Udang Goreng Butter
 Udang Goreng Butter

Bahan:
  • Udang
  • Telur
  • Telur (kuning sahaja, dikacau macam nak buat telur dadar tu sehingga gebu)
  • Tepung jagung
  • Tepung Beras
  • Garam
  • Gula
  • *nak guna tepung Bistari pun boleh
  • Planta/Marjerin
  • Minyak
  • Cili padi dihiris
  • Daun kari

Cara-cara:-

Udang disalut telur dan tepung, garam..kalau guna tepung bistari takyah letak garam lagi, pastu goreng sampai ke emasan.

Panaskan Planta/Marjerin di campur dengan minyak, dah betul-betul panas terus masukkan cili padi dan daun kari, dah hampir garing masukkan telur kuning (part ni kena ada skill sikit, mangkuk yang ada telur kuning yang telah dikacau diangkat tinggi dan pelan-pelan di tuang di dalam kuali), sambil tuang kuning telur tu kena kacau laju-laju supaya buih telur tak terlalu membuak.

Sambil kacau tu masukkan sedikit garam dan gula, kacau sehingga warna sarang telur ke emasan, kemudian masukkan semula udang yang digoreng tadi dalam telur yangg sedang dikacau dan sebatikan.

Lepas tu cepat-cepat tapis udang dan telur tadi dalam tapisan..pastikan minyak betul-betul ditapis dan boleh dihidang.

Makan dengan nasi putih je pun dah wallahhh!!

Kredit Resepi : Azian Rahmat‎

Resepi Masakan Udang Butter

Udang Butter
Udang Butter

Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang 
  • 6 batang cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang kecil daun kari
  • 1 sudu kecil lada sulah(kasar)
  • 1 sudu butter
  • 3 biji telur (Kuning Sahaja)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit susu cair
Cara-cara:
  • Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak dan butter.
  • Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati
  • Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan. (proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).
  • Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.
  • Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.
  • Goreng udang separuh masak sahaja. Angkat dan toskan.
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih. Masih menggunakan minyak tadi, tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih
  • Masukkan udang tadi. Masa ni boleh serasikan rasa, kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut
  • Letak udang dalam pinggan dan taburkan serdak telur di atas udang.

Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.

Kredit: Resipi Masakan Terkini