1

2

3

4

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Jalan-jalan Padang Waremart, Padang Besar, Perlis

 Kaki shopping mesti suka kalau pergi ke Padang Besar, Perlis terutamanya kaum wanita. Majoritinya macam tu la.. Orang laki kebanyakkannya tak suka shopping, jadi mangsa kena bawa beg shopping ja..hihihi 

Aku pernah datang sekali dulu, masa tu di bangunan lama. Boleh rujuk posting aku berkenaan Aked Niaga Padang Besar. Sekarang ni dah pindah tak jauh pun dari situ. Bangunan lama macam nak buat bangunan baru. Tempat shopping baru ni adalah Padang Waremart. Semua peniaga dalam tu.

Padang Waremart - tempat shopping
Padang Waremart - tempat shopping

Macam biasa la dalam Padang Waremart tu, kebanyakkannya adalah barang-barang Siam. Dalam tu terbahagi kepada dua bahagiaan. Satu bahagian jual barangan kain baju serta pinggan mangkuk dan satu lagi jual barangan makanan kering. Kalau makanan, orang biasanya akan cari pes tomyam. Pes tomyam yang pure Thailand punya. Pasti sedap.
barangan kain baju, pinggan mangkuk
barangan kain baju, pinggan mangkuk

barangan makanan kering
barangan makanan kering
Kalau nak cari makanan yang basah atau korang nak makan masakan thai, boleh tengok di depan Padang Waremart ni. Banyak gerai yang korang boleh cuba. Aku pun nak try juga makan masakan thai kat sini. Dalam banyak-banyak gerai tu, aku pilih Restoran Istimewa No.9 sebab nampak yang ni cam kayang sikit..hahaha.. yang lain berniaga buka khemah, yang Restoran Istimewa No. 9 ni duduk dalam bangunan.
Restoran Istimewa No.9
Restoran Istimewa No.9

Dalam Restoran Istimewa No.9
Dalam Restoran Istimewa No.9

Perut pun dah lapar, jadi terus je la order, aku try nasi goreng paprik ayam dan nasi goreng daging merah. Ada banyak lagi menu yang padu. Boleh rujuk senarai menu seperti di bawah.
menu1 - Restoran Istimewa No.9
menu1 - Restoran Istimewa No.9

menu2 - Restoran Istimewa No.9
menu2 - Restoran Istimewa No.9

nasi goreng daging merah
nasi goreng daging merah

nasi goreng paprik ayam
nasi goreng paprik ayam
Dah habis makan, boleh la sambung shopping. Banyak lagi tempat yang tak round kat sebelah luar Padang Waremart ni.
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
sebelah luar Padang Waremart pun banyak lagi gerai yang ada
Kepada yang nak datang ke shopping ke Padang Besar ni, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk ke sini.

GPS koordinat : 6°39'43.9"N 100°19'30.8"E atau 6.662189, 100.325209

Jalan-Jalan Shopping di Cenang Mall, Pantai Cenang, Langkawi

Langkawi adalah tempat shopping bebas cukai yang menjadi idaman dan dambaan kaki shopping terutamanya para wanita. Banyak tempat shopping di Langkawi ni. Boleh tengok posting-posting yang lain dalam blog ni.
Namun begitu bagi yang tak minat shopping, boleh pilih aktiviti-aktiviti lain di Langkawi ni. Posting kali ni aku nak bawa korang ke Cenang Mall yang terletak di Pantai Cenang.
Cenang Mall, Pantai Cenang, Langkawi
Cenang Mall, Pantai Cenang, Langkawi

Cenang Mall, Pantai Cenang, Langkawi
Cenang Mall, Pantai Cenang, Langkawi

Dalam Cenang Mall, banyak shop lot pilihan untuk korang nak ber shopping. Boleh beli baju, cenderamata, dan lain-lain lagi. Selain tu, ada juga restoran fast food seperti KFC dan Old Town White Coffee dalam cenang mall ni.
antara kedai-kedai shopping dalam Cenang Mall
antara kedai-kedai shopping dalam Cenang Mall

antara kedai-kedai shopping dalam Cenang Mall
antara kedai-kedai shopping dalam Cenang Mall

Kalau korang tercari-cari mesin ATM di area Pantai Cenang, untuk pengetahuan korang, korang boleh cari dalam Cenang Mall ni jugak. Dalam ni ada mesin ATM Maybank.
mesin ATM Maybank
mesin ATM Maybank

So, posting dapat bagi korang idea la tempat-tempat menarik untuk korang nak tabur duit a.k.a nak shopping. Aku sertakan gps koordinat dan google map untuk rujukan korang.

gps koordiant :  6°17'27.3"N 99°43'40.9"E atau 6.290907, 99.728028

Makan-makan di food court GM Klang lepas shopping sakan

GM klang dah memang terkenal kat Malaysia ni sebagai tempat memborong barang-barang murah..kiranya gedung membeli belah la...ada macam-macam barang yang ada di sini. Setiap tingkat ada tema barang yang dijual. Nak beli untuk diri sendiri pakai atau pun nak beli untuk nak berniaga...Kalau nak berniaga, kena beli dalam kuantiti yang banyak dan harga pun dapat harga borong dari harga biasa....so boleh la nak berniaga la kan...GM Klang ni, ada 2 block bangunan yang besar....ramainya orang datang tak tau nak cakap la....parking pun bertingkat-tingkat.....
GM Klang
Kalau dah penat ber 'shopping' tu, ada food court di tingkat 6 pada block baru bagunan GM Klang tu. Kiranya block yang kedua tu baru je lagi...sebelum ni semua beroperasi di block lama saja...sebab tu kalau kita tengok kat block baru ni, tak ramai lagi kedai yang buka..
Food court GM Klang

ramai orang di food court GM klang
Bagi yang nak ke sini, nak shopping barang murah-murah or nak dapatkan pemborong untuk nak berniaga, boleh la datang sini..kira macam shopping kat China la feeling-feeling hihihihihihi....Pada yang first time nak datang tu, aku sediakan google map dan gps koordinat untuk korang guna sebagai panduan....

2°59'27.4"N 101°27'03.4"E