1

2

3

4

Showing posts with label puding roti. Show all posts
Showing posts with label puding roti. Show all posts

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

PUDING ROTI SOS KASTARD
PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara cara:
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.
  • Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
  • Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.Taburkan kismis ke atasnya.. 
  • Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara:
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

Resepi Puding Roti

Puding Roti
Puding Roti

Untuk Roti:
  • 10 keping roti
  • 3 cawan susu rendah lemak
  • 4 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu kismis / 1 kotak kecil kismis
  • sedikit majerin
Kuah Kastard:
  • 2 cawan susu rendah lemak
  • 2 sudu gula
  • 1 suduh teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung castard
Cara-cara:
  • Sapukan majerin dengan rata di loyang.. Koyakkan roti kepada 2 atau 3 bahagian dan susun di dalam loyang.. setiap lapis di selang-seli dengan kismis.
  • Kemudian ambil satu mangkuk besar dan campurkan 3 cawan susu rendah lemak, 4 biji telur, 4 sudu gula dan 1 sudu teh esen vanilla. Kacau rata kemudian tuang di atas adunan roti di dalam loyang tadi. Pastikan semua roti basah dan terendam dalam susu... Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180°c selama lebih kurang 45 minit.
Cara-cara membuat kuah castard:
  • Tuangkan 2 cawan susu rendah lemak, 2 sudu gula, 1 sudu teh esen vanilla dan 2 sudu tepung castard kedalam periuk.. Kacau rata dan masak di atas api perlahan.. kacau tanpa henti sehingga kuah memekat..
  • Apabila siap boleh siramkan kuah castard ke atas roti yang telah siap dibakar.

RESEPI PUDING ROTI

puding roti
puding roti
Bahan Puding Roti:
  • 2 kotak susu coklat
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus roti coklat kismis

Bahan Sos:
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard
  • 5 sudu gula

Cara-cara Puding Roti:

1. Lapik dulang dengan kertas penaik
2. Penyek roti di dalam dulang
3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati
4. Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika
5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Cara-cara Sos:
1. Campurkan 1 tin susu cair, 1 tin air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula
2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental
3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Potong dan hidangkan bersama sos berkrim

Kredit resepi: Munirah Jasamai

PUDING ROTI

PUDING ROTI
puding roti

Bahan bahan:
  • 8 keping roti (gardenia @ hi5)
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sebab takut nanti manis sangat)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
  • 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
  • Kismis utk hiasan
Cara-cara :
  • Koyakkan roti ke dalam loyang.Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dicampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul-betul hancur).
  • Masukan bahan yang diputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
  • Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing-masing. 
  • Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard :-
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara cara: 
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
  • Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dituang sos kastard.