1

2

3

4

Showing posts with label popia goreng. Show all posts
Showing posts with label popia goreng. Show all posts

RESEPI POPIA GORENG BERSIRA

 

POPIA GORENG BERSIRA
POPIA GORENG BERSIRA


Resepinya:
  • 50pcs kulit popia(sy guna brand KG kaler oren)
  • 1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
  • 1/2 biji kobis (hiris nipis)
  • 3 batang lobak merah ( sagat)
  • 3-4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • Segenggam udang geragau kering (basuh n toskan)
  • Sedikit isi ayam ( jika suka )
  • Sedikit garam
Caranya:
  • Panaskan 1/2 senduk minyak. .tumiskan bawang dan udang geragau. . masukkan isi ayam.. bila isi ayam da empuk..masukkan semua sayuran.. tauhu dan sedikit garam. Kacau dalam masa 10 saat dan tutup api...toskan untuk buang air dlm sayuran dan biarkan benar2 sejuk..
  • Ambil sekeping kulit popia. .masukkan inti.. gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan(jangan gulung padat2).. buat hingga siap. .Goreng guna api perlahan hingga betul2 garing.. toskan..kemudian..biarkan betul2 sejuk..
Bahan Sira:(sos popia)
  • 15-18 tangkai cili kering(ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • (Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)
  • 3 sdb sos cili(nak gantikan air asam jawa pun boleh jer)
  • 3 senduk gula pasir
  • Sedikit bijan yg digoreng tanpa minyak (jika suka)
Caranya:
  • (nak tumis pun boleh)yang ni versi sira tak tumis..
  • Satukan bahan kisar dlm kuali..masak guna api sederhana hingga benar2 masak.
  • Masukkan gula pasir dan sos cili..masak hingga berbuih dan likat..masukkan bijan
  • Biarkan sos sira betul2 sejuk..
  • Kemudian
  • masukkan popia dan kacau hingga rata. .. pastikan sambal menyaluti popia...(waktu menyira jangan buka api dapur yer)
P/S=untuk kekalkan keranggupan..bleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg da siap disira..
Sos popia juga bleh disimpan dlm bekas bertutup jika xnk sira... goreng popia hingga garing... toskan dan sapu jer sos pada popia..
tabur bawang goreng..

Kredit Resepi: Mariana Zainal‎

Resepi popia goreng bersira pedas

popia goreng bersira pedas
popia goreng bersira pedas

Bahan-Bahan:
  • Kulit popia secukupnya
Bahan untuk lekatkan kulit popia:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit air
Bahan untuk inti popia:
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji sengkuang, potong memanjang
  • 1 batang karot, parut kasar
  • sedikit biji kobis, cincang kasar
  • sedikit taugeh
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
  • gula dan garam secukup rasa
Bahan untuk sos sira pedas:
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah, tumbuk halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka makan
  • sedikit garam
  • bijan, disangai atau goreng tanpa minyak
Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk tepung gam:Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
Cara-cara untuk popia:
  • Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
  • Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
  • Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.
Tips:
  • Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup.
  • Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.

Resepi Popia Daging Black Pepper

 

Popia Daging Black Pepper
Popia Daging Black Pepper

Bahan-bahan:
  • Kulit Popia 
  • Inti
  • 2 bj bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 4 -5 bj kentang (didadu)
  • 300 gm daging kisar
  • 1-2 sdb serbuk lada hitam
  • 300 gm mix vege
  • 2 sdb sos tiram
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.
  • Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.
  • Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.Rasakan garamnya. 
  • Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.
  • Biarkan inti sejuk .Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.