Showing posts with label pasar awam. Show all posts
Showing posts with label pasar awam. Show all posts

Sarapan pagi di pasar awam Seberang Jaya yang baru

Bahagian barangan kering, sayur-sayur dan sebagainya

barangan basah - ikan, udang, daging, ayam dan sebagainya

sebelah barang dapur, sebelah medan selera
Pasar Awam Seberang Jaya yang ni tak pasti la sama ada pasar ni akan kekal di situ selama-lamanya atau pun hanya sementara saja. Sebenarnya tempat asal pasar awam ni di lokasi yang lain. Lokasi lama pasar awam ni berdekatan dengan stesen petron. Pasar awam lama nampak macam nak buat renovation. Tak pasti la kalau akan dipindahkan balik ke lokasi lama.
Kalau nak compare antara dua lokasi pasar awam ni, yang baru lebih nampak tersusun dan sistematik. Dari segi keselesaan pula, pasar yang baru lebih luas dan selesa. Nak kepasar untuk beli barangan dapur pun selesa. Dah penat beli ikan sayur bagai.... boleh la sarapan di medan selera yang juga dalam bangunan yang sama.
medan selera pasar awam seberang jaya

pelbagai jenis makanan di medan selera seberang jaya
Di medan selera Pasar Awam Seberang Jaya ni, banyak jenis makanan yang ada yang korang boleh pilih. Banyak kiosk-kiosk makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Untuk pengunjung cina, atas kisok khas untuk diorang...makanan cina.
Antara makanan yang aku makan di sini adalah nasi goreng ayam, nasi goreng ikan masin, telur separuh masak....
nasi goreng ayam

nasi goreng ikan masin

telur separuh masak
Kepada yang mencari Pasar Awam Seberang Jaya (Baru) ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat: 5°23'43.3"N 100°23'46.1"E atau 5.395370, 100.396125

Sarapan di Pasar Awam Kepala Batas

Sarapan pagi kat pasar awam Kepala Batas ni pun sempoi gak. Orang yang datang sini biasanya objektif awal nak cari barang dapur macam ikan, daging, ayam, sayur..Dah penat membeli ikan sayur semua bagai, secara automatif mest terjebak nak bersarapan kat sini. Kalau nak compare pasar awan seberang jaya, kat Kepala Batas ni tak banyak sangat gerai jual makanan..tapi not bad gak untuk nak hilangkan penat lepas memborong barang-barang yang nak masak.
Pasar awam Kepala Batas
Pasar ni macam tempat lain jugak..tempat barang basah dengan barang kering diorang asingkan..Tempat makan duduk kat tengah-tengah antara dua tempat tu.
Pasar kering 
Pasar basah
Aku just nak share gerai-gerai makanan kat sini. Makanan favourite aku nasi lemak kat salah satu gerai kat situ..tapi masa aku datang, dia tak buka plak gerai dia..So gambar-gambar kat bawah ni, antara gerai-gerai yang terdapat kat pasar ni......