Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Peringatan Buat Diri Serta Muslimin dan Muslimat


1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:40 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3 - Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi. 

12 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13 - Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :

1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :

1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

KESIMPULAN : 
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. 

Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

20 NUKILAN MUTIARA KATA

  1. Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
  2. Hebat seseorang kerana mampu mengawal marahnya saat hati sedang dilukai. Mengalah bukan bermakna seseorang itu lemah. Itu kerana dia mengalah untuk menang.
  3. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.
  4. Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.
  5. Jika ingin mimpi menjadi kenyataan.. kamu perlu bangkit dari lenamu.
  6. 1000 batang mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selamanya, tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.
  7. Bila nak buat benda baik, banyak saja halangannya.. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa.
  8. Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bersyukurlah kerana kita  masih dapat meneruskan kehidupan.
  9. Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. fikikan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.
  10. Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang,belum tentu ia kematangan sebenar-benarnya.
  11. Tak perlu kisah orang pandang rendah,  apa yang penting cita-cita dan usaha kita tinggi.
  12. Orang yang hebat asalnya tidaklah sehebat mana..
  13. Seseorang yang tidak berputus asa amat sukar untuk ditewaskan.
  14. Orang berjaya tidak akan mengalah. Orang yang mengalah tidak akan berjaya.
  15. Orang yang biasa boleh jadi luar biasa hebat, bila tidak berputus asa walau berbagai rintangan.
  16. Janganlah sering berandai-andai dengan segala yang berlaku. Redhalah dengan ketentuan, bersyukurlah dengan pemberian, sabarlah dengan dugaan, tetaplah dalam pengharapan, kerana Allah maha pengasih maha penyayang.
  17. Dalam setiap masalah ada terdapat peluang. Anda perlu melihatnya !
  18. Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan. Lakukannya sekarang !
  19. Ambil langkah pertama walaupun belum dapat melihat langkah seterusnya.
  20. Kesusahan hari ini adalah kesenangan hari esok !