1

2

3

4

Showing posts with label lemak. Show all posts
Showing posts with label lemak. Show all posts

Throwback PKP1.0 : Menternak lemak

Sungguh tak sangka kan…tak pernah2 terfikir yang kita satu hari akan kena berkurung dalam rumah. Bukan setakat seminggu…rupenye sampai berbulan2…sampai raya kot!! Memang rare punya experience. Yang paling tak disangka2, masjid pun tak boleh pergi…bukan tu je! aku pun dah tak boleh nak g review makanan sedap2 kat Malaysia ni…

Yg lagi tak tahan dan sadisnya, lemak pun dah berkilo2 dalam badan aku…Arghhh…Mana taknya, asyik ke dapur je kejenye..Dok umah la katakan, apa lagi nak buat…kejap2 kerepek, pastu desert…malam food panda. Balun burger ke…Tahap waktu kaya sikit, balun McDonald, KFC, Pizza Hut…sampai boleh buat koleksi sos cili la….Tahap gaban punya ternak lemak…

Alhamdulillah, pas berbulan-bulan boleh dah kuar g kerja…Tapi, yg tak syioknye bila org dok kata aku makin berisi la…bla..bla…bla..Mmmm…😕

AIR LEMON PEMECAH LEMAK?

Adakah anda di antara mereka yang mengamalkan petua ini? Ada yang makan beriani, disulami air lemon, pemecah lemak katanya. Ada yang mengamalkan tiap hari, bagi kurus katanya.

Lemon sebenarnya bagus untuk kesihatan, tetapi bukan sebagai pemecah lemak. Lemon kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan.

Antioksidan pula penting untuk mengekang radikal bebas dari bertindak merosakkan sel, DNA, lipid dan sebagainya.

Tapi, jangan pula makan lemon sebiji selepas ini, pelbagaikan sumber vitamin C anda, jambu batu sebenarnya mempunyai kandungan 3 kali ganda vitamin C dari lemon.

Jangan pandang rendah kepada buah buahan tempatan ya.

Moral - boleh nak amalkan air lemon, bukan lah untuk pemecah lemak, ianya bagus sebab kalori kosong, jadi bagus untuk hidrasi dan sumber vitamin C. Jangan pula beri alasan begini, aku nak makan beriani kambing, air lemon ni ada boleh pecahkan lemak. Ha ni tak boleh.