1

2

3

4

Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Perkara yang perlu dilakukan andai ada kematian dirumah kita

Urusan untuk mendapat permit,perkebumian.
  • Call Ambulans.  Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.
  • Call orang surau atau jiran yang terdekat
  • Bawa document yang diberi doktor tadi. IC simati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.(jangan lupa surat polis ini PENTING untuk di bawa ke kubur serah kepada pengali kubur sebagai permit untuk pengkebumian)
  • Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran-jiran. 
Urusan dirumah.
  • letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.
  • Chek seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu. 
  • Salin/ tukar seluar dan baju yg mudah di buka oleh tukang mandi jenazah..pakaikan arwah serkup atau tutup kepala jika perempuan( jangan biarkan rambutnye free hair)
  • Cari perca kain bersih.  Buat beberapa tali.( jika tak ada kain perca .. ambil saja baju t-shirt berwarna putih.. gunting bahagian bawah nye jadikan tali)
  • sedia kan minyak zaitun atau baby oil.  mulakan dari muka.  Urut pelan-pelan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala. 
  • Urut mata pelan-pelan, rapatkan.  Jika tak rapat.  letak duit syiling 50sen dikelopak. boleh dah rapat, keluarkan duit tu..
  • Tangan, siku urut pelan-pelan. Qiamkan tangannya seperti  org yg sedang solat elok-elok, ikatkan kemas-kemas.  
  • Punggung, peha rapat kan elok-elok. Urut pelan-pelan.
  • Lutut rapatkan elok-elok.  ikat tali.  
  • betis rapatkan. ikat tali.
  • Penggelangan kaki urut, dengan minyak rapatkan dan ikat kemas-kemas. 
  • 2 ibu jari kaki dirapatkan dan ikatkan.  
  • Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..(jangan guna kain yang tebal )
  • Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.
Untuk persiapan yang lain-lain
  • Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 3helai. Towel 3helai (yang sederhana besar)
  • kalau ada telekung simati juga bagus .. telekung lama yang bersih .. tak perlu telekung baru..membazir..
  • Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat-kerat. Simpan dalam plastik..
  • Sebelum kedatangan jiran-jiran.  anak-anak yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat-cepat bersihkan rumah.  
  • Bila jenazah dirumah dah ready semua.  sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan membaca surah.    
Note,
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat pelan-pelan, sambil itu sedekah Al-Fatihah. Ni kerana jenazah yang tercabut nyawanya, didalam keadaan perit dan sakit.  

SETELAH SOLAT SUBUH PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN

Jika kita mencapai usia 60 tahun maka waspadalah, kerana inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. 

Akhir yang baik (Husnul Khaatimah) Inshaa Allah. atau akhir yang buruk (Su'ul Khaatimah) NA'UDZUBILLAH                       

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, Maka Tidak Ada Yang Layak Untuk Dia Lakukan Selain Istighfar, Ibadah Ketaatan dan KONSENTRASI PENUH UNTUK AKHIRAT.

RASULULLAH SAW. pernah bersabda bahawa usia umatnya adalah berkisar di antara 60 - 70 tahun.
Sedikit yang berhasil melewatinya". 
(HR Tirmizi dan Ibnu Majah).

Barang siapa yang meyakini  perjumpaan dengan Sang Khalik, ia harus sedar bahawa ia akan ditanya, dan harus menyiapkannya.

"Lalu bagaimana jalan keluarnya"   

Caranya mudah.
Teori bertaubat. 

Beribadah dan beramal soleh di sisa usiamu, kerana ALLAH SWT. sangat menyayangi terhadap hambaNya yang mahu menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada Nya, INSYAA  ALLAH,

ALLAH SWT akan ampuni dosa² yang telah lalu dan ALLAH SWT. berikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di akhiratNya ALLAH SWT.

Di saat kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah menginjak usia 60 tahun atau bahkan lebih, maka biasakan berdoa memohon perlindungan dari Ketidakupayaan, Malas, Fitnah dan Dijauhkan dari  Seksa Kubur DAN AKHIRAT:

“Allaahumma Inni A’uudzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasali ,Waljubni Walharam, Wa A’udzibika Minal Fitnatil Mahya Wamamaati ,Wa A’udzubika Min ‘Adzaabil Qabr."

Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari seksa kubur.

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan. Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain Solatmu. 

Alam itu  aneh. 

Jenazah disusuli dengan jenazah.  

Kematian disusuli dengan kematian berikutnya.

Berita tentang kematian terus muncul. ada yg mati kerana kecelakaan, ada kerana sakit, ada yang tiba² mati tanpa diketahui sebabnya, dunia ini akan ditinggalkan semuanya yang ada dan semua manusia akan dikuburkan, itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba, mari kita persiapkan bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.

Wahai orang yang menunda taubat dengan alasan kerana masih muda,

Kubur bukanlah tempat untuk orang dewasa saja,

kubur tempat manusia segala usia.

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :
Hari kelmarin : kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi,
Hari ini: kita jalani namun tak berlangsung lama,
Besok: kita tidak akan tahu apa yg akan terjadi.

Maka saling memaafkanlah antara saudara dan sesama, bersedekahlah. kerana aku, engkau dan mereka pasti akan pergi meninggalkan gemerlapnya dunia ini untuk selamanya.

Yaa Allah. kami memohon keredhaanMu Husnul Khatimah dan beruntung dengan mendapatkan Syurga dan selamat dari api Neraka.

Barang sesiapa merasa Hidup Dalam suatu KEBIASAAN maka ia akan mati Dengan KEBIASAANNYA itu.Nikmat hidup dan mati rasa sama saja

Jadi marilah kita membiasakan diri dengan memperbanyak BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT SUPAYA MATI KITA DALAM KEADAAN BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT.

BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?

 Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:
1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN
1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi

PERSEDIAAN JENAZAH
1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA
1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
8. Minyak attar atau air mawar
9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
11. Sarung tangan plastik
12. Putik kapas

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain.