Showing posts with label kek pisang. Show all posts
Showing posts with label kek pisang. Show all posts

RESEPI KEK PISANG

KEK PISANG
KEK PISANG

Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung 
  • 1 sk sodium bikarbonat
  • 1sk baking powder.
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan minyak
  • 1 bijik telor
  • 1 cawan gula halus
CARA-CARA:
  • blend telor & gula sampai kembang.
  • masukkan minyak ngan pisang.
  • masukkan tepung
  • gaul sehingga sebati
  • kukus selama 45minit.. 
kredit resepi: zlaila hashim

Resepi Kek Butter Pisang

Kek Butter Pisang
Kek Butter Pisang 

Bahan A:
  • 175g Butter
  • 150g gula perang
  • 1/4 tsp garam
Bahan B: 
  • 3 biji Telur
Bahan C:
  • 220g Pisang berangan lenyet
Bahan D:
  • 175g tepung naik sendiri
  • 1/4tsp soda bicabonate
  • 1tsp vanila powder
Cara-Caranya:
  • Putarkan bahan A sehingga berkrim.
  • Masukkan telur satu per satu.
  • Masukkan bahan C berselang seli dengan bahan D.
  • Kaup balik sehingga sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang petak saiz 8 inci.
  • Bakar selama 45 minit suhu 150c bergantung kpd oven masing-masing.
  • Potong 6x3 kemudian deco dengan nutella.
Kredit resepi: CaraCikDyg

Resepi Kek Pisang

Kek Pisang
Kek Pisang

Bahan-bahan: 
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan pisang (6 biji pisang emas dilenyekkan)
  • 1 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk ovelette
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk soda bikarbonat
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara: 
  1.  Pukul telur, esen vanila, ovelette & gula sehingga kembang (mixer).
  2. Masukkan minyak dan pisang yang dilenyek. Pukul sampai rata.
  3. Sementara itu ayak tepung bersama baking soda dan soda bikarbonat.
  4. Matikan mixer. Masukan tepung ke dalam adunan dengan sedikit pewarna kuning. Gunakan teknik kaup balik hingga rata.
  5. Panaskan kukus dan kukus dalam masa 35-40 minit.
  6. Siap!

kredit resepi: Azlina Ina

Resepi kek pisang merelit

 

Kek pisang merelit
Kek pisang merelit

Bahan-bahan:
  • 15 biji pisang kalau saiz kecil sekecil pisang lemak manis. 
  • Kalau sebesar pisang mas 10 biji sahaja.
  • Kalau sebesar pisang yang orang selalu bawa gi masjid tu, cukup 5 biji saja.
  • 4 biji telur
  • 1 cawan @ 3/4 gula perang(gula putih pon boleh)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 3/4 cawan minyak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder double action(guna yang double action ni menutup bau soda)
  • Secubit garam.
Cara-cara:
  • Lenyekkan pisang dalam mangkuk adunan. Biarkan. (Pisang jangan blend untuk nampak urat-urat pisang bila kek dah masak)
  • Blend telur, minyak dan gula sampai betul betul kembang. Campurkan ke dalam adunan pisang tadi.
  • Ambil pengayak. Ayak terus tepung, baking powder dan soda ke dalam adunan tadi. 
  • Masukkan secubit garam.
  • Gaul sebati. Dah siap.

Biarkan 1 @ 2 jam dahulu sebelum di bakar @ kukus. Dua-dua boleh. (Nak bakar @ kukus  terus pun boleh...tapi untuk kejadian kek yg lebih cantik, kena biarkan dahulu. Bagi sebati semua bahan).

Oven akak The Baker 100 liter, guna api atas bawah,  Suhu atas 150°, bawah 180° selama 50 minit. Dah masak biarkan 15 minit dulu sebelum diterbalikkan keluar dari loyang.

Dari resepi ni , Kita boleh buat kek pisang 2 benua, 4 benua , kek pisang cheese, kek keret, kek labu. Tukarkan jer pisang tu. 

Kredit resepi: Fieza Afieza

Resepi Kek Pisang

Kek Pisang
Kek Pisang 

Bahan-bahannya.
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan minyak jagung
  • 2 cawan gula perang
  • 10 biji pisang berangan/bunga/restali
  • 6 biji telur ayam 
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam halus
Cara-cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar dalam suhu 180' selama 10 minit.
  • Satukan bahan kering seperti tepung gandum,soda dan baking powder.  
  • Ayak adunan tersebut sebanyak 2 kali bagi memastikan kandungan tepung agak ringan.
  • Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kelihatan putih dan gebu.
  • Pisang dilecek dan masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan pisang.
  • Masukkan tepung dan minyak.
  • Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.
  • Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
  • Bakar selama 1 jam.