1

2

3

4

Showing posts with label ayam masak kurma. Show all posts
Showing posts with label ayam masak kurma. Show all posts

Resepi ayam masak kurma

Ayam masak kurma
Ayam masak kurma 

Bahan-bahannya:
  • Ayam
  • Ubi kentang
  • Bawang besar
  • Bawang putih 
  • Perencah kurma ayam daging
  • Susu cair
Cara-cara membuatnya:
  • Potong bawang kesemuanya dan kisar dalam mesin pengisar. Kemudian, masukkan dalam periuk berisi minyak panas. 
  • Tumis hingga warna coklat dan keluar bau wangi serumah. Masukkan perencah kurma ayam mengikut sesedap hati. 
  • Kalau rasa kering sangat, tambah air sikit. Dan seterusnya letakkan ayam dan kentang yang telah dibasuh dan dipotong dan kacau. 
  • Masukkan air ke dalam periuk dan tutup periuk. Bila dah 15 minit dan ayam dah masak, masukkan hirisan lebihan bawang serta garam dan gula mengikut cubit rasa. 
  • Biarkan mendidih sehingga kentang empuk. Perlahankan api. Akhir sekali baru masukkan susu cair.

Resepi Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:
  • 500g ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 peket rempah kurma
  • 1 buah tomato (dibelah empat)
  • 1 biji kentang (dibelah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar Garam
  • 4 sudu besar gula
Bahan Dikisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
Langkah-langkah:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  • Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
  • Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
  • Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.
  • Siap dan hidangkan dengan nasi pilihan anda.
Kredit resepi: resepicheff.blogspot

Resepi Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji kentang
  • 2 biji tomato (pilihan)
  • 1 kotal santan pekat + 1 1/2 cawan air
  • 10 biji cili padi (pilihan)
  • 3 biji cili hidup merah
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 inchi kulit kayu manis ceylon
  • 3 biji bunga lawang
  • 4 sudu bahan kisar (1 biji bawang,5 ulas bawang putih, 1 inchi halia. Mesin semua nye)
Pes Kurma:
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh garam
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air
  • Campurkan semua bahan di atas untuk jadikan pes masakan kurma.
Cara Masak:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar,bunga lawang, kayu manis hingga naik bau.
  • Masuk kan pes kurma.
  • Buka api sederhana kecil dan kacau pes hingga pecah minyak dalam anggaran 15 minit.
  • Masuk kan ayam bersama kentang dan tutup periuk. Biar ayam empuk dalam 30 minit. Kacau sesekali untuk elak hangit.
  • Tambah santan tadi yang siap dicampur air dan biarkan mendidih. Sesuaikan rase dengan garam. Baru tambah potongan cili padi, cili merah dan tomato. Ok siap
Kredit resepi: Leha Yusuf