1

2

3

4

Showing posts with label Tanah Merah. Show all posts
Showing posts with label Tanah Merah. Show all posts

Makan Nasi Kukus di Agip Cafe, Tanah Merah, Kelantan

Agip Cafe, Tanah Merah Kelantan
Agip Cafe, Tanah Merah Kelantan
Misi percutian aku ke Terengganu terhenti jap sebab perut dah lapar😁... Masa ni aku dah berada dalam area jajahan Tanah Merah Kelantan...Masih jauh lagi perjalanan menuju ke Terengganu. Melalui bantuan pakcik google, pakcik google rekomen aku untuk makan tengahari di Agip Cafe. Dekat Agip Cafe ni ada Nasi Kukus Utara...jadi aku nak cuba la makan nasi kukus ni..
kena beratur untuk pilih lauk nasi kukus ni
kena beratur untuk pilih lauk nasi kukus ni

ni la hasil nasi kukus yang aku nak makan ni
ni la hasil nasi kukus yang aku nak makan ni
Ternyata nasi kukus di Agip Cafe ni sedap dan aku memang suka la makan nasi kukus ni...rasa macam nak tambah lagi😋😋....

Selain dari nasi kukus ni, kalau korang tak minat nak try nasi kukus ni, di Agip Cafe ni juga ada makanan ala thai yang boleh korang cuba...Jadi ada pilihan lain la selain nasi kukus ni...

bahagian ni untuk masakan ala thai
bahagian ni untuk masakan ala thai
Kalau korang nak ke Agip Cafe ni, aku sertakan gps koordinat dan google map kat bawah ni untuk panduan kalau korang nak cari restoran ni..
Taman Barakah, 17500 Tanah Merah, Kelantan

GPS koordinat: 5°48'56.5"N 102°08'54.6"E atau 5.815694, 102.148505

Shopping dan makan-makan di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

gerai-gerai jualan di Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan
Bukit Bunga di daerah Tanah Merah, Kelantan ni, Kalau kita dari negeri-negeri sebelah utara, tempat ni adalah persinggahan terakhir untuk shopping sebelum naik bukit membelah banjaran titiwangsa menuju ke Gerik, Perak. Kebiasaannya, apabila tiba waktu cuit sekolah ataupun cuti-cuti umum yang lain, Bukit Bunga akan dibanjiri oleh ramai orang dan kebanyakannya orang luar dari Kelantan.
Disebabkan Bukit Bunga ini juga berdekatan dengan Thailand, banyak juga produk-produk jualan barangan thailand ada di Bukit Bunga.
antara produk-produk jualan di gerai di Bukit Bunga
Kalau nak makan, ada juga warung-warung berdekatan yang boleh korang cuba makan. Kebanyakan makanan ala-thai la. Aku singgah juga la disalahsatu warung yang ada di Bukit Bunga ni. Warung tu ada sup-sup dan sup yang rare disini adalah sup belut. Mesti mau try!
sup belut

megi sup daging

paprik

nasi goreng kampung
Kepada yang berkunjung ke Kelantan melalui leburaya utama timur barat yang menghubungkan Kelantan dengan Perak, korang wajib singgah di Bukit Bunga. Destinasi persinggahan shopping terakhir sebelum pulang ke tempat masing-masing. Lokasi Bukit Bunga adalah seperti berikut:
gps koordinat : 5°50'07.7"N 101°54'06.9"E atau 5.835464, 101.901914

Menjamu selera di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah Kelantan

Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah Kelantan

suasana dalam Selera Tepi Sungai
Tanah Merah, Kelantan. Wajib kena singgah di Restoran Selera Tepi Sungai untuk menjamu selera. Restoran  ni menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu tengahari. Bertentangan dengan restoran ni, ada satu bangunan baru. Rupanya banguan tu pun milik diorang.....
Operasi Premis Selera Tepi Sungai bermula pada pukul 8.00 pagi dengan menyediakan nasi berlauk, kerabu , laksa, laksam , kuih dan sebagainya.
Kemudian jam 11.30 pagi , ia mula agak sibuk dengan penyediaan makan tengahari yang merupakan waktu puncak perniagaan . Hidangan layan diri waktu tengahari terdiri dari pelbagai jenis gulai bermula dengan gulai ikan kering, kerutuk daging , kurma,  ayam ikan percik dan puluhan jenis resepi Melayu dan ala Thai yang boleh anda nikmatinya. Sup daging kawah pula tersedia untuk dihirup oleh pengunjung yang ingin selera kurang lemak. 
Selain tu, makanan tradisi orang kelantan banayak juga ada di sini. Kuih muih kelantan yang jarang dapat di negeri-negeri lain. 
antara lauk makanan tengahari

budu wajib kena try
nasi campur kerabu mangga, kerabu perut dan paru goreng

nasi campur ulam ulaman, ikan bakar

makanan sup-sup. Biasanya kalau sampai kelantan, feveret sup yang aku makan ada megi sup. Orang kelantan punya megi sup lain macam sikit. Then, aku cuba pulak pulut ayam....biasa kita makan nasi ayam kan...tapi di kelantan ni jangan pelik ada pulut ayam.
sup station

megi sup

pulut ayam
Premis Selera Tepi Sungai mengakhiri perniagaannya dengan masakan panas ala carte sehingga jam 11.00 malam.. Kepada yang nak datang ke sini, orang kelantan mungkin dah tahu. Bagi yang luar kelantan (kecek KL..hihihihi), korang boleh la guna gps koordinat dan google map yang aku sediakan seperti di bawah ni.
gps koordinat : 5°47'08.8"N 102°08'58.6"E atau 5.785786, 102.149609