1

2

3

4

Showing posts with label Madu. Show all posts
Showing posts with label Madu. Show all posts

HUBUNGAN ANTARA MADU TUALANG DAN PENYAKIT DARAH TINGGI

Kematian yang berpunca dari penyakit yang sebenarnya dapat di cegah dengan amalan sunnah minum Madu.Dakwah Thib Nabawi (pengubatan Nabi) tidak sampai kepada mereka. 

Sebenarnya, sudah ada kajian secara rawak, double blind, dijalankan di Universiti Sains Malaysia membandingkan antara 20 g / hari Madu Tualang dengan 20 g / hari Madu Cocktail di kalangan wanita pasca menopause berumur 45-65 tahun. Parameter kardiovaskular dan pengukuran antropometrik dinilai setelah 6 bulan dan 12 bulan pemberian Madu. 

Hasilnya, wanita yang diberikan Madu Cocktail menunjukkan kesan yang baik pada indeks berat badan. Namun, suplemen Madu Tualang menunjukkan kesan yang sangat unggul dalam menurunkan tekanan darah diastolik dan gula darah puasa berbanding dengan Madu Cocktail. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk memastikan mekanisme yang mendasari Madu Tualang dan Madu Cocktail pada setiap parameter yang diperhatikan.

Hal ini sejalan dengan ayat al-Quran yang secara jelas nyatakan manfaat madu sebagai Shifaa' Linnas (شفاء للناس) . Surah an-Nahlu ayat 68-69. 

Sukatan:

1-2 sudu Madu Tualang per hari sudah memadai untuk pencegahan penyakit kronik. 

1-2 sudu Madu Tualang 2-3 kali sehari untuk rawatan penyakit.

KAJIAN HUBUNGAN ANTARA MANFAAT MADU TUALANG DENGAN PENYAKIT KANSER

 Kita dengar disana sini orang diuji dengan kanser. 

Tak kurang juga mereka yang berisiko tinggi terkena kanser disebabkan faktor genetik, ditandai dengan adanya ahli keluarga terdekat yang pernah menderita penyakit barah itu.

Namun, berita baik bagi pengamal tegar sunnah Nabi ﷺ, ternyata dengan meminum madu setiap hari dapat mencegah kanser.

Hal ini cuba dibuktikan sendiri oleh para pakar dari Bahagian Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia dalam sebuah jurnal yang bertajuk, "Kesan anti-kanser pada Madu Tualang dalam modulasi barah payudara: Pengujian haiwan". Diterbitkan dalam BMC Complement Altern Med. pada tahun 2017.

Hasil kajian mendapati bahawa kesemua kumpulan yang dirawat dengan Madu Tualang menunjukkan,

(1) insiden tumor yang lebih rendah dan tempoh pendam yang lebih tinggi daripada kumpulan kontrol yang tidak dirawat.

(2) perkembangan kanser payudara dengan pembelahan, ukuran dan berat yang lebih rendah berbanding kumpulan kontrol

(3) Beberapa luka payudara didapati benar-benar hilang pada akhir kajian.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti anti-oksidan, anti-tumor, anti-mutagenik, dan anti-proliferatif terhadap sel yang kuat dalam Madu Tualang.

Walaupun penyelidikan ini masih sebatas kajian makmal, dapat kita garis bawahi bahawa Madu Tualang boleh digunakan sebagai makanan yang selamat, mampu 'meredakan kanser' secara semulajadi atau sebagai terapi tambahan agen kimoterapeutik.

Secara tak langsung, kajian ini menolak dakwaan yang mengatakan gula semulajadi pada Madu dapat menyebabkan sel kanser semakin membesar. 

Hal ini sejalan dengan hadith Sunan Ibnu Majah 1400 tahun lalu,

 عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  ﷺ :

siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).

10 MANFAAT MADU TUALANG KEPADA WANITA

1. Mencegah Kanser Organ Reproduksi
Madu memang tidak dapat menyembuhkan kanser secara langsung. Namun, amalan meminum madu secara rutin mampu mencegah muncul dan berkembangnya sel kanser pada organ pembiakan wanita. Madu mampu mencegah kanser serviks, kanser payudara, serta kanser prostat. Selain kanser, madu juga mencegah tumor.

2. Meningkatkan Kesuburan Dan Membantu Kehamilan
Salah satu kertas penyelidikan di 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘑𝘰𝘶𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘎𝘺𝘯𝘢𝘦𝘤𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘖𝘣𝘴𝘵𝘦𝘵𝘳𝘪𝘤𝘴 pada 2008 membuktikan bahawa menggunakan madu sebagai cairan pelincir saat berhubungan suami isteri dapat meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan. 
Tak hanya itu, minum susu dan madu tulen setiap pagi mampu meningkatkan stamina badan. 

3. Mengurangi Keputihan Pada Wanita
Peter Molan, 𝘋𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘏𝘰𝘯𝘦𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘜𝘯𝘪𝘵 di Universiti Waikato, New Zealand mengatakan bahawa madu asli dapat mencegah keputihan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Ini disebabkan madu asli mengandungi enzim antibakteria.
Sebetulnya keputihan bukanlah hal yang sangat berbahaya, bahkan ia normal bagi wanita. Terutama keputihan yang muncul saat masa subur, menjelang, dan sesudah haid. Keputihan yang normal tidak berbau dan memiliki tekstur yang kenyal serta tidak berwarna atau jernih.
Namun, jika keputihan yang muncul ada bau, warna, dan tekstur yang tidak biasa, digalakkan meminum madu Tualang asli secara rutin untuk menghilangkannya. Biasanya, keputihan yang tidak biasa muncul disebabkan adanya bakteria 𝘛𝘳𝘪𝘤𝘩𝘰𝘮𝘰𝘯𝘢𝘴 𝘷𝘢𝘨𝘪𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴, kulat 𝘊𝘢𝘯𝘥𝘪𝘥𝘢 𝘢𝘭𝘣𝘪𝘤𝘢𝘯𝘴, serta bakteria 𝘎𝘢𝘳𝘥𝘯𝘦𝘳𝘦𝘭𝘭𝘢 𝘷𝘢𝘨𝘪𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴.

4. Anti-penuaan sejak zaman berzaman
Menurut 𝘑𝘰𝘶𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘊𝘰𝘴𝘮𝘦𝘵𝘪𝘤 𝘋𝘦𝘳𝘮𝘢𝘵𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺, manfaat amalan meminum madu untuk wajah adalah menghambat pembentukan kedut dan menghilangkan kedut, meskipun tidak sepenuhnya.
Hal ini disebabkan Madu mengandung pelbagai antioksidan, termasuk polifenol dan flavonoid yang membantu kulit mengatasi kerosakan pada kolagen yang pada gilirannya mengurangi tanda-tanda penuaan yang terlihat.

5. Menurunkan Berat Badan
Salah satu kunci diet adalah menjauhi makanan dan minuman yang megandung gula, kecuali madu lebah. 
Rasa manis dalam madu berasal dari komposisi yang berbeza dari gula pada umumnya. 
Madu dapat membantu proses metabolisme tubuh sehingga cukup berkesan membantu menurunkan berat badan.
Antara kelebihan utama Madu Tualang hutan Alam Melayu kita adalah berdasarkan kajian, madu Tualang miliki antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu Manuka dan madu tempatan lainnya (Kishore et.al, 2013)

CARA-CARA NAK MINUM MADU AGAR IA BERKESAN UNTUK KESIHATAN ANDA

Minumlah madu dicampur air (𝘥𝘪𝘭𝘶𝘵𝘦𝘥) sebagaimana yang disebut oleh Ibnul Qayyim dalam Kitab nya 𝘡𝘢𝘥 𝘢𝘭-𝘔𝘢'𝘢𝘥 𝘧𝘪 𝘏𝘶𝘥𝘢 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳 𝘢𝘭-𝘐𝘣𝘢𝘥 bahawa "𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙬 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙣𝙪𝙢 𝙈𝙖𝙙𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙢𝙥𝙪𝙧 𝙖𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙥𝙖𝙜𝙞".

Bila kita campur Madu dengan air, ikatan kimianya jadi seperti ini sahabat,

C6H12O6 (Glukosa semulajadi Madu) + Air (H2O) + Oksigen (O2)

Menghasilkan, 

Asid Glukonik (C6H12O7) + Hidrogen Peroksida (H2O2)

𝘼𝙨𝙞𝙙 𝙂𝙡𝙪𝙠𝙤𝙣𝙞𝙠 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 inilah yang mewujudkan persekitaran pH rendah lalu menyukarkan patogen seperti bakteria dan virus untuk bertahan hidup. 

Sementara 𝙃𝙞𝙙𝙧𝙤𝙜𝙚𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙤𝙠𝙨𝙞𝙙𝙖 𝙖𝙡𝙖𝙢𝙞 ini pula bertindak menghambat pertumbuhan bakteria, kulat, virus, dan bahkan spora. 

Oleh sebab itu lah kalau minum Madu, harus dibancuh dalam segelas air sejuk atau dijilat/dihisap (campur dengan air ludah sebelum telan). 

Manfaatnya pasti berbeza.

𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh
Dewasa: 1 - 2 sudu makan

𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻
Kanak-kanak: 1 - 2 sudu teh 3 kali sehari
Dewasa: 1 - 2 sudu makan 3 kali sehari

Amalkan sebelum makan. 

(𝘚𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘢𝘴𝘵𝘳𝘪𝘵𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘥𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘴𝘶𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯)