1

2

3

4

Showing posts with label Kea Farm. Show all posts
Showing posts with label Kea Farm. Show all posts

Sarapan Pagi Nasi Lemak Pandan di Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Aku punya strategik untuk elak jem di Cameron Highlands ni, hari terakhir aku di Cameron Highlands aku plan nak singgah Kea Farm untuk nak shopping sayur-sayuran sebelum balik. Aku balik ikut Simpang Pulai. Jadi untuk memastikan aku sempat sampai ke Kea Farm sebelum start nak jem, lepas aku check out hotel dalam 8 pagi, terus aku keluar menuju ke Kea Farm. Dah la aku duduk hotel di Tanah Rata, ambil masa sikit la nak ke Kea Farm.....

Dalam keluar awal tu pun, aku sangkut jugak dengan jem....tapi jem tu takde la jauh sangat dengan Kea Farm....so tak lama la aku nak hadap jem tu😁😁😁

Nasi Lemak Panda Ayahman
Nasi Lemak Panda Ayahman
Jadi Sarapan pagi aku dah tentu la di Kea Farm. Dekat Kea Farm ni ada satu port sarapan pagi yang sempoi iaitu di Restoran Ayahman...Waktu pagi ada nasi lemak pandan yang ohsem...sedap dan padu...Selepas makan boleh la nak shopping sayur di sini....

Untuk pengetahuan korang juga, Ayahman ni juga terkenal dengan menu patin tempoyak....tapi menu patin ni untuk makan tengahari la...Boleh rujuk POSTING SINI berkenaan patin tempoyak di restoran ni...menu ni pun padu!

GPS koordinat restoran Ayahman Patin Pahang dan google mapboleh rujuk seperti dibawah.

GPS Koordinat: 4°30'14.2"N 101°24'26.6"E atau 4.503952, 101.407391

aiskrim rare, POPSTICK, di Kea Farm, Cameron Highlands

gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
Aiskrim popstick ni memang rare la di cameron highlands ni...dekat tempat lain jarang la aku jumpa aiskrim popstick ni...kalau korang pernah jumpa di tempat lain tu, cer bagitau dekat komen... Trend di Cameron highlands rasanya dengan airskrim yang macam ni. Ada pelbagai flavor yang korang boleh pilih...
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni

pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
Selain daripada aiskrim, popstick ni juga ada pelbagai jenis popcorn dengan flavor yang berbeza. Ada juga popstick air....Tapi dari pemerhatian aku, pengunjung kebanyakan membeli aiskrim dari benda lain...
popstick popcorn
popstick popcorn
Aiskrim popstick yang aku jumpa ni, dekat Kea Farm...boleh la korang nak cari di sini.

GPS koordinat:4°30'13.4"N 101°24'25.5"E atau  4.503709, 101.407072

Jagung Cheese viral di Kea Farm, Cameron Highlands

 

jagung cheese viral, Kea Farm
jagung cheese viral, Kea FarmπŸ˜‹πŸ˜‹

jagung cheese viral, Kea Farm
jagung cheese viral, Kea Farm😍😍
Ni dah macam inovasi makanan yang baru....jagung cup yang biasa-biasa kita makan dulu tu, sekarang ni diorang tambahkan cheese bersama bijiran jagung...dan viral!

Jagung cheese ni korang boleh cari di Kea Farm, Cameron Highlands. Tapi korang kena bertabahlah nak sampai Kea Farm ni...sebab Kea Farm ni lah punca jalam jem di Cameron HighlandsπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ˆ

beratur panjang nak beli jagung cheese
beratur panjang nak beli jagung cheese
Disebabkan dah viral, jadi bila korang nak beli pun kena hadap jem gak..bukan jem kenderaan, tapi jem orang beratur nak beli jagung cheese niπŸ˜…...Bagi aku yang tak berapa minat cheese ni, jagung ni biasa-biasa saja...selera masing-masing kaaannnn
ni jer koisk kecil yang menjadi igauan peminat jagung cheese
ni jer koisk kecil yang menjadi igauan peminat jagung cheese😁😁😁😎

bijiran jagung di campurkan dengan cheese
bijiran jagung di campurkan dengan cheese

ni masa cheese dah penuh leleh, ditarik-tarik panjang-panjang
ni masa cheese dah penuh leleh, ditarik-tarik panjang-panjangπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ˜‹
Boleh la cari jagung cheese di Kea Farm kalau korang ke sini..tu pun kalau mamat indon ni masih jualπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....

GPS koordinat Kea Farm: 4°30'14.7"N 101°24'24.9"E atau 4.504094, 101.406929


Holidays Park - mini funfair di Cameron Highlands

Holidays Park
Holidays Park
Holidays Parks ni kira macam funfair la... ada game untuk budak-budak nak main-main. Takde la besar sangat, tapi kalau bawa budak-budak, diorang mesti suka la tempat ni. Letih la mak bapak nak beli tiket kalau nak main semua gameπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..

Holidays Park ni dekat je dengan Kea Farm dan bersebelahan dengan Cameron Square Shopping Center di tepi jalan utama jer. Senang nak cari...

Gambar kat bawah ni antara game untuk budak-budak yang terdapat di Holidays Park ni....

funfair game
funfair game

funfair game
funfair game

funfair game
funfair game
Selain tu, mak-mak boleh la guna nak shopping sambil-sambil tunggu anak main game. Kat kiri kanan Holidays Park ni ada gerai-gerai jualan. Mak-mak mesti suka yang ni😍😍😍😍
boleh beli barang cenderahati cameron
boleh beli barang cenderahati cameron

ada gak jual baju-baju
ada gak jual baju-baju
GPS koordinat dan google map Holidays Park adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 4°30'30.8"N 101°24'29.4"E atau 4.508559, 101.408160

THE SHEEP SANCTUARY, CAMERON HIGHLAND

 

beratur panjang nak masuk ke kandang kambing
beratur panjang nak masuk ke kandang kambingπŸ˜…

beli tiket di sini
beli tiket di sini
Ni kali kedua aku melawat kambing biri-biri di The Sheep Sanctuary, Cameron Highland. Kali pertama, tahun lepas. Yang first time aku datang tu pun aku dah review dah dalam blog ni. Boleh rujuk SINI posting tersebut. Tak banyak beza sangat dari yang tahu lepas. Cuma beza pada laluan nak turun ke kandang tu. Tahun lepas ada satu jer disebelah kiri. Tapi kali ni di kiri kanan ada laluan turun ke kandang.
ada laluan kiri dan kanan untuk turun ke bawah
ada laluan kiri dan kanan untuk turun ke bawah
Masa korang nak masuk nanti, akan dibekalkan sorang sekotak kecil sebesar kotak mancis makanan kambing tersebut. Nanti korang boleh merasai sendiri bagi makan kepada kambing tu. Yang first time tu mesti jeli, sebab rasa lidah kambing tu jilat tapak tanganπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
kambing biri-biri berkeliaran cari makanan
kambing biri-biri berkeliaran cari makanan

comel tak saya?
comel tak saya?πŸ˜‡πŸ˜‡
Semua kambing biri-biri ni mudah didekati dan jinak. Bulu-bulu lebat, macam pegang kapet😁😁. Selain yang dilepaskan luar kandang, yang dalam kandang pun banyak jugak kambingnya...
alamak, dia kasi bontot daaa
alamak, dia kasi bontot daaa

mana satu kambing, mana satu manusia?
mana satu kambing, mana satu manusia?πŸ˜…
Nak datang sini? Boleh cari di Kea Farm.

GPS koordinat The Sheep Sanctuary: 4°30'14.7"N 101°24'26.6"E atau 4.504087, 101.407393

Google map:

Santai-santai makan di food court Kea Farm, Cameron Highlands

Kalau dulu-dulu ke Kea Farm, Cameron Highlands ni, kita just nak beli sayur-sayur segar yang di tanam di Cameron Highlands ni. Sekarang pun sama saja, Kea Farm sering kali menjadi persinggahan orang ramai untuk membeli sayur-sayuran.

Tapi di Kea Farm sekarang ni bukan sekadar nak beli sayur saja, malahan dan ada banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Food court di Kea Farm ni antara tempat baru yang wujud di Kea Farm yang dulunya tak ada.

food court Kea Farm
food court Kea Farm

food court Kea Farm
food court Kea Farm
bagi orang Islam, status halal tidak diragui kenapa yang menjual tu adalah melayu Islam. Makanan di sini pun makanan santai-santai. sambil makan sambil menikmati permandangan bukit-bukit ladang sayur.
jagung bakar dan jagung susu
jagung bakar dan jagung susu

cendawan goreng
cendawan goreng
Ok la juga ada food court ni, lepas penat shopping beli sayur, boleh la singgah makan or minum-minum di food court ni.

GPS koordinat Kea Farm : 4°30'13.0"N 101°24'25.1"E atau 4.503601, 101.406969


Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

 

Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands
Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

Pak Tam Kek ni korang boleh cari di Kea Farm. Dekat deretan kedai yang banyak-banyak tu. Area parking berbayar RM3 per entry. Pelbagai jenis perisa kek ada di Pak Tam Kek ni. Ramai yang beli kek ni. Jadi aku pun terjebak juga nak cuba.
senarai jenis-jenis pak tam kek viral
senarai jenis-jenis pak tam kek viral

kek-kek di packing dalam bekas macam ni
kek-kek di packing dalam bekas macam ni

memang sedap dan gebu kek pak tam ni. Sedap pun sedap. Sesuai la diviralkan. Aku pilih untuk beli dua perisa iaitu parmesan cheese dan red velvet.
red velvet.
red velvet.

parmesan cheese
parmesan cheese
Yang aku beli ni di Kea Farm. Tak pasti kalau ada kat tempat lain. Dekat Kea Farm ni cabaran utama nak cari parking je.. Lepas dah dapat parking, banyak tempat korang boleh explore.
GPS Kea Farm : 4°30'13.0"N 101°24'25.1"E atau 4.503601, 101.406969


Melayan Kambing Biri-biri di The Sheep Sanctuary, Kea Farm Cameron Highlands

 

The Sheep Sanctuary, Kea Farm Cameron Highland
The Sheep Sanctuary, Kea Farm Cameron Highland

The Sheep Sanctuary ni terletak di Kea Farm, Cameron Highlands. Bersebelahan dengan laluan masuk ke The Sheep Sanctuary adalah restoran Ayahman ikan patin pahang. Untuk ke The Sheep Sanctuary, harga tiket untuk dewasa adalah RM8 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM5.
Dengan setiap pembelian tiket, pengunjung akan dapat satu kotak makanan untuk beri makanan kepada kambing biri-biri. Kotak kecil jer.... kotak sebesar mancis api.
kambing biri-biri yang jinak sedang tunggu makanan
kambing biri-biri yang jinak sedang tunggu makanan

Korang boleh rasa sendiri bulu biri-biri ni yang lembut, macam pegang karpet. Semua kambing-kambing ni di import dari luar negara. Bulu ni perlu dicukur sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau korang bernasib baik, boleh tengok teknik untuk mencukur bulu biri-biri dengan teknik yang betul.
sesetangah kambing biri-biri berada di dalam kandang
sesetangah kambing biri-biri berada di dalam kandang

Permandangan kandang kambing biri-biri dari atas
Permandangan kandang kambing biri-biri dari atas

Tempat The Sheep Sanctuary ni sebenarnaya takde la besar sangat. Kalau orang ramai datang dalam satu-satu masa, nanti tempat akan padat dan tak selesa untuk berjalan bukan saja manusia, tapi biri-biri turut menerima kesan yang sama. Biri-biri ni akan datang ke arah korang jika korang pegang makanan untuk nak bagi makan kambing biri-biri.
orang ramai bermain-main dengan biri-biri
orang ramai bermain-main dengan biri-biri

Begitu la satu lagi tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh dijadikan destinasi  persinggahan korang di Cameron Highlands.
GPS koordinat dan google map.
GPS koordinat : 4°30'14.0"N 101°24'26.8"E atau 4.503901, 101.407430

Restoran Ayahman, tempat makan menu ikan patin terbaik di Cameron Highlands

 Restoran Ayahman terletak di Kea Farm, Cameron Highlands. Bersebelahan dengan Ayahman adalah tempat famous tumpuan ramai iaitu The Sheep Sanctuary. Lepas melayan kambing biri-biri, boleh la makan pula di restoran Ayahman.

Restoran Ayahman, Ikan Patin Pahang
Restoran Ayahman, Ikan Patin Pahang

Jika korang masuk restoran ni jer, menu wajib yang korang kena makan adalah patin pahang tempoyak dan pais patin tempoyak. Pais patin tempoyak ni adalah menu ikan patin yang dibakar bersama-sama dengan perapan sambal tempoyak.
patin pahang tempoyak ( dah tinggal kuah ja)
patin pahang tempoyak ( dah tinggal kuah ja)

Pais patin tempoyak (patin bakar)
Pais patin tempoyak (patin bakar)

Sangat sedap dan korang mesti cuba. Isi yang lembut ditambah pula dengan patin yang disaluti sambal tempoyak...memang terbaik! 
pais patin tempoyak in progress
pais patin tempoyak in progress

selain patin, ada juga talapia dan keli bakar
selain patin, ada juga talapia dan keli bakar

Itu menu special di Ayahman. Selain patin, ada juga menu-menu sampingan masakan lain yang di sediakan oleh Ayahman.
menu-menu lain yang ada di Ayahman
menu-menu lain yang ada di Ayahman

Memang berbaloi la makan tengahari di sini. Lagi-lagi bila dah dapat parking di Kea Farm ni. Mencari parking adalah cabaran besar di Kea Farm. Dah dapat parking tu, jom la kita menikmati ikan patin sedap dan sempoi ni.
nasi dan daging goreng sayur
nasi dan daging goreng sayur

nasi, sambal belacan dan rebung masak lemak (sedap rebung ni)
nasi, sambal belacan dan rebung masak lemak (sedap rebung ni)

air asam pelengkap menu
air asam pelengkap menu
Jadi, sila la datang ke restoran Ayahman ni. Salah satu tempat makan tengahari yang sedap di Cameron Highlands ni.
Walaupun korang dah tahu Kea Farm ni kat mana, aku nak juga sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke Ayahman ni.
GPS koordinat : 4°30'14.5"N 101°24'26.4"E atau 4.504017, 101.407337